nuffnang1

.:)

Nov 10, 2012

Pasar Malam Taman Pauh Up Date - Politeknik Seberang Perai


http://www.wangpasarmalam.com

Salam...kalau suatu ketika dahulu sebut sahaja Pasar Malam Taman Pauh hadapan Politeknik Seberang Perai, aku lah orang pertama yang akan berkata..memang jualan kat situ cukup hebat dan di bandingkan dengan tempat lain ..maka Taman Pauh adalah yang betul betul AAAAAAAA dan no 1.

Namun segalanya berubah secara mendadak sekarang ini, bila mana tamat kursus student-student intake yang lama dan di ganti dengan intake Julai baru-baru ini segalanya macam mimpi lah pulak , Jualan di Taman Pauh jatuh mendadak dan boleh di katakan sejak intake Julai ni nak dapat untung dalam RM300 susah sangat..memang terlalu susah...

Aku sendiri pun hairan jugak kenapa perkara ini berlaku, mungkin kah hanya aku seorang sahaja yang terjadi macam ni atau ramai lagi rakan-rakan seangkatan, memang betul telahan aku ramai yang semakin hari semakin teruk dari segi jualan di Pasar Malam Taman Pauh dan sekadar boleh berniaga saja.

Yang menjadi kemuskilan kepada kami semua adalah kenapa student yang baru ni terlalu berjimat cermat berbelanja ... adakah mereka terlalu kedekut atau mereka datangnya dari kalangan yang agak kurang berkemampuan atau dan atau dan atau...segalanya menjadi persoalan sekarang dan saya sendiri sedang menjalankan survey..kenapa bihunsup saya jatuh teruk, adakah student intake Julai baru ni kebanyakkan datang dari Pantai Timur..tak kira lah kelantan, Trengganu atau sebagainya..kerana mereka kurang makan bihunsup..

Seperti yang saya nyatakan pada posting yang lalu, nasi kerabu cukup laris di sini ..jadi mungkin juga ramai student intake Julai dari Pantai Timur....Kalau nak di bezakan hujan atau tidak ..rasanya itu tidak menjadi persoalanya...kita tunggu pulak untuk Sabtui minggu hadapan, bagaimana rentak perniagaanya....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM JIKA ANDA ADALAH PENIAGA YANG DAH LAMA UNTUK DAPAT LEBIH UNTUNG

No comments :