nuffnang1

.:)

Nov 30, 2012

Pinjam Lampu - Generator - Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, pastinya ramai di kalangan kita peniaga Pasar Malam di Seberang Perai pada hari Khamis 29/11/12 mengalami kejutan apabila hujan turun dengan lebat dan tanpa hentinya mulai jam 7 petang sehingga di tutup pasar malam...apa yang mampu saya katakan dari hati kecil ini, banyak-banyak bersabar dengan dugaan dari Allah.


GENERATOR YAMAHA JAPAN RM1500 , SUMEC LINHAI RM310

Posting pada kali ini sebenarnya dah agak lama ingin saya perkatakan di ruangan ini yang mana sejak kebelakangan ini saya nampak semakin berleluasa dan semakin di pandang ringan oleh segelintir kita peniaga pasar malam. Bukannya saya irihati atau sengaja ingin menimbulkan kontroversi terhadap kawan-kawan seangkatan di dalam perniagaan Pasar Malam, tetapi apa yang saya perhatikan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku bagi peniaga yang dah lama berniaga.

Apa yang saya maksudkan adalah sikap segelintir peniaga yang sengaja ingin menumpang tenaga api jiran sebelah yakni menumpang generator dengan menyambung satu atau 2 lampu bagi kemudahan mereka sendiri dan ada juga yang siap menyimpan penyambung lampu dan menyimpan serta membawa bersama semasa berniaga dengan niat akan menumpang siapa sahaja jiran di sebelah. Dan jawapan yang sering kendengaran adalah .." Depa tak kisah pun . depa bagus ( Baik ).

Tapi bagi pendapat saya, sebenarnya adalah tidak bagus atau memang tidak baik sama sekali kerana sikap begini menunjukkan sikap peniaga tersebut yang sedikit kedekut dan malas , sedangkan keuntungan ingin di kaut, memang betul lah.. ada antara penumpang membayar wang untuk minyak tapi sampai bila, lain lah kalau semasa berniaga generator rosak atau bateri rosak, maka dengan alasan tersebut menumpang lampu jiran sebelah mungkin tidak menimbulkan sedikit pemasalahan.

Kalau peniaga baru yang baru mencebuti bidang perniagaan pasar malam mungkin rasanya kita sendiri pun akan faham kerana mereka ini mungkin kekurangan modal dan terpaksa menumpang jiran dalam sebulan atau 2 bulan bagi mendapat hasil jualan sebelum dapat membeli sebuah generator yang berharga sekitar RM280 atau RM310, iaitu generator yang paling murah dalam jenis generator peniaga pasar malam.

Kalau kita tanya " Abang dah berniaga berapa lama ? " jawapan yang di terima adalah, " Dah dekat 20 tahun dah "...jawapan yang cukup egois bagi saya, sedangkan generator yang murah pun tak boleh di beli...., patut ke perkara ini berlaku pada pendapat anda...kita janganlah ingin mengambil untung di atas keselesaan orang lain...fikir sendiri ye..

Keburukkan menumpang adalah, andainya sahabat yang empunya generator terlepas cakap maka pastinya penumpang akan terasa pedas dan sakit hati maka andaian buruk akan terkeluar dan mengatakan yang empunya generator adalah seorang yang lokek dan tidak berhati mulia, namun haikaktnya cuba kita fikir siapa yang mengenakan siapa....renung renungkan dan fikirkan...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG BAKAL MELEDAKKAN PASAR MALAM ANDA DI SINI SEGERA

No comments :