Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Malam ini saya ingin berbicara tentang perniagaan Pasar Malam di Taman Pauh berhadapan Politeknik Seberang Perai.
Tumpuan utama saya adalah tentang ketiadaan pelajar Politeknik dan Uitm yang kini sedang bercuti Semester dan mereka di jangka mendaftar masuk semula pada bulan Disember 2012 akhir bulan , lebih kurang dalam 24hb Disember.
Perniagaan petang tadi sedikit sukar apabila hujan mulai turun dalam jam 4 petang hinggalah ke malam hari, namun begitu ada yang masih berjaya menjual menu barangan masing-masing apabila hujan mulai beransur reda.
Apa yang ingin saya kongsikan adalah berkenaan peniaga nasi kerabu di pasar malam Taman pauh ini yang agak terjejas dengan ketiadaan pelajar Politeknik dan Uitm, seperti yang pernah saya dan kawan-kawan bincangkan dahulu, kebanyakan pelajar intake Julai 2012 adalah dari Pantai Timur justeru itu maka jualan yang paling laris adalah nasi Kerabu dan nasi dagang. Jadi memanglah jangkaan kami tepat sekali.
Jadi apabila cuti semester bermula maka tidak terkejutlah kami peniaga yang mengusahakan jualan nasi dagang dan nasi kerabu sedikit terjejas pada pasar malam Taman Pauh hari sabtu hadapan Politeknik Seberang Perai.
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG BEGITU BERINFORMASI DAN TERHEBAT DI ALAF INI
No comments :
Post a Comment