nuffnang1

.:)

Nov 9, 2012

BUKU PASAR MALAM


PIC KULIT EBOOK PASAR MALAM

Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat blog pasar malam yang amat amat saya hormati. Harapan saya agar anda sentiasa tabah dan bertawakal kepada Allah di musim yang penuh dengan cabaran ini.

Pagi tadi saya menerima panggilan talipon dari seorang sahabat kita yang berniaga di pasar malam Ampang, Kuala Lumpur. Mungkin dalam lingkungan umur 40 an rasanya. Beliau bertanya kepada saya berkenaan ebook pasar malam yang telah beliau lihat atau mungkin di ceritakan oleh rakan-rakannya.

Di sini sukacita ingin saya terangkan pengertian dan maksud EBOOK PASAR MALAM DAN BUKU PASAR MALAM yang rasanya masih lagi ramai yang kurang faham . Istilah keduanya memang berbeza dari segi produk kerana EBOOK adalah sebuah buku DIGITAL atau pun dengan sebutan SOFT COPY dan di hantar melalui emel dan boleh di print out oleh yang ampunya. Manakala BUKU adalah berbentuk HARD COPY dan boleh di bawa bersama ke mana sahaja pergerakkan kita dan tidak perlu di download melalui emel.

Harapan saya agar anda yang ingin memilikinya akan memahami maksud dan pengertianya.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA YANG PENUH DENGAN MAKLUMAT TERKINI PASAR MALAM
Post a Comment