nuffnang1

.:)

Nov 6, 2012

Update Terkini Pasar Malam Taman Janggus, Alma

Salam dan selamat malam buat anda serta berbahagia hendaknya di malam hari yang serba dingin ini. Bagaimana dengan perniagaan anda hari ini. Moga segalanya perolehi untung berbanding hari-hari yang lalu .

Hari ini saya berniaga di Pasar Malam Taman Janggus, Alma. Kekadang kalau kita ikuti ramalan cuaca setiap hari ada baik dan buruknya juga namun sebagai panduan tidak salah kan. Namun kita harus yakin pada diri sendiri dan ramalan cuaca hanya sekadar ramalan yang ketepatannya mungkin sekitar 60% ke 70% sahaja dan tidaklah 100% tepat. Mungkin ada yang kecewa apabila ramalan yang di berikan kurang tepat dan boleh mempengaruhi perniagaan anda yakni mungkin anda sudah set minda untuk tidak berniaga hari ini kerana ramalan cuaca memberi petunjuk hujan akan turun, tapi hujan tidak jadi turun. Alangkah kecewanya..


CUACA DAN RAMALAN UMPAMA MENILIK NASIB ???

Begitulah apa yang berlaku pada hari ini bagi kami peniaga pasar malam Taman Janggus, kalau di ikutkan ramalan cuaca pagi tadi, mengatakan hujan hanya akan turun pada sebelah petang sahaja....manakala pada sebelah malamnya hujan tidak turun.

Pada jam kurang lebih 6.30 petang hujan turun agak lebat hanya sekitar 15 minit sahaja dan suasana mulai bertukar menjadi gelap tapi kami tak la terkejut sangat sebab hari dah nak malam kan, maghrib pun masuk jam 7.14 justeru itu malam akan tiba pada waktu itu, namun reaksi pengunjung pasar malam mula bertempiaran lari hehehe. Keadaan mulai suram sedikit namun masuk jam 8 malam kelibat pengunjung mulai ketara dan menjadi ceria semula .
Ramai yang balik awal malam ini, dan rasanya malam ini yang terbaik di bandingkan dengan seminggu yang lalu di mana hujan turun setiap hari sebelah petang. Jo jo yang jual kueh, nasi ayam dan yang lain-lain ramai balik awal dan tampak wajah mereka yang sedikit ceria berbanding semalam. Ini rezeki yang telah Allah tetapkan dan kita sebagai hambanya hendaklah berusaha kerana Allah tidak kejam kepada hambanya.

Update terbaru ramalan cuaca mengatakan yang pergerakan hujan akan mulai bertukar dari Petang ke waktu pagi bagi kawasan pantai Barat dalam masa 2 ke 3 hari lagi....kalau anda yakin dan pasti maka buat persediaan awal untuk ledakkan kembali perniagaan pasar malam anda . Insyallah.........

ADAKAH ANDA PERNAH MILIKI EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI SEPERTI INI???

No comments :