nuffnang1

.:)

Sep 9, 2011

Penggunaan Dwi Bahasa ( English - Melayu )

Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat blog Pasar malam, harapan saya agar anda semua sihat walalfiat dan sentiasa di anugerahkan Allah kesihatan yang baik bagi meneruskan usaha mencari keredaan dan nafkah bagi meneruskan kehidupan ini demi keluarga yang tercinta.

Mulai hari ini saya akan mengarang segala isi cerita di dalam Blog Pasar Malam ini dengan menggunakan 2 bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan juga English, semua ini bertujuan bagi memudahkan sahabat-sahabat seperjuangan kita yang berada di luar negara yang tidak memahami bahasa Melayu...dan ini juga atas permintaan sahabat-sahabat yang juga menjalankan perniagaan Pasar Malam di negara mereka sendiri.

Mungkin kita tidak sedar akan wujudnya perniagaan Pasar Malam di negara luar dan mungkin juga namanya tidak Pasar malam tetapi menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan atas sifat keperihanan ini maka saya amat berbesar hati dan dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran pembaca dari pelbagai pelusuk dunia yang ingin sama-sama mengambil ikhtibar dari penulisan dan pengalaman sebenar yang di lalui oleh saya sendiri sebagai peniaga Pasar Malam di Malaysia.

Di samping itu juga kita boleh bertukar-tukar pandangan dan juga pertukaran link blog sesama peniaga dengan mengutarakan idea-idea yang lebih bernas bagai meningkatkan lagi tahap dhanya an pencapaian kita di dalam bidang dan arus perniagaan yang sama demi merancakkan lagi perniagaan Pasar Malam ini di negara masing-masing.

Saya perhatikan banyak juga pelawat-pelawat yang datang dari USA, Britain, Arab Saudi, India, Poland, Hong Kong, Kesatuan Soviet , Iran, Indonesia, Brunei, Singapura dan banyak lagi yang saya tak senaraikan di sini. Semuanya ini hanya beberapa negara yang tercatat di dalam blog Pasar Malam dan mereka ini sering datang berulang kali..dan ada yang sering bertanyakan saya bagaimana Perniagaan ini di jalan kan..

Semoga dengan terdorongnya penulis menggunakan bahasa- bahasa ini maka di harap akan lebih bermanafaat kepada pengunjung yang ingin mencari ilmu dan sama-sama lah kita bantu membantu sesama kita, insyallah..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI DENGAN SEGERA

No comments :