nuffnang1

.:)

Sep 20, 2011

Kerja Kosong - Job Malaysia- Tapak Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, hari ni Isnin pastinya hari yang paling boringgg pada mereka-mereka yang akan memulakan pekerjaan setelah bercuti selama 3 hari..pasti seronok kan hehehhe.

Namun berita gembira pulak pada peniaga Pasar Malam yang masih lagi tidak mempunyai tapak niaga pada hari Isnin di Seberang Perai, kerana tapak baru akan mula di buka berdekatan Jalan Chain Ferry atau lebih mudah berdekatan dengan EconSave bersebelahan Nasi Kandar Pelita .

Borang mula di edarkan hari ini dengan harga satu tapak sebanyak RM50 dan bayaran setiap hari berniaga satu tapak RM5..memang berbaloikan.

Jadi pada peniaga yang masih tercari-cari, jangan berlengah lagi cepat-cepat lah dapatkan borang sebelum tapak habis, almaklumlah kebiasaanya orang Malaysia ni suka pada "Last Minute", kemudian baru lah terkial-kial nak merayu dengan pelbagai alasan yang tak masuk akal.

Saya telah pun menghubungi penganjur

petang tadi dan telah mengambil 3 tapak. Luas dan panjang tapak adalah 10 X 15.
Wowww memang cukup besar tuh, muat khemah yang besar bagi mereka yang menjual makanan menggunakan kerusi meja.

Semoga pemakluman dan pemasyuran ini akan membuka mata peniaga yang masih tiada tapak hari Isnin, insyallah sama-sama kita majukan tapak yang baru ini.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI

3 comments :

MAA TAKAFULINK HAJJ said...

Assalamualaikum tuan,ade tak lagi tapak baru yang akan di buka sekitar seberang perai..selatan ke..atau tengah ke..kalau ada harap dapat informkan saya..saya baru nak start2 mniaga psr.malam.. uzairayyan@gmail.com tq

MAA TAKAFULINK HAJJ said...

Assalamualaikum tuan,ade tak lagi tapak baru yang akan di buka sekitar seberang perai..selatan ke..atau tengah ke..kalau ada harap dapat informkan saya..saya baru nak start2 mniaga psr.malam.. uzairayyan@gmail.com tq

Aree Tone WoW said...

Wsalam, maafkan saya lambat reply..

Buat masa ini yang saya tahu tapak pasar malam Penanti telah di pindah ke Market bersebelahan jirat Cina..

Namun tapak baru yang bakal di buka , belum lagi kedengaran..insyallah akan saya info jika ada..