nuffnang1

.:)

Sep 29, 2011

Daging Dan Bahan Mentah



Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, semoga anda ceria dan bahagia di samping menjalankan perniagaan yang semakin menguntungkan...

Minggu lepas saya telah di maklumkan oleh tauke daging bahawa harga daging terpaksa di naikkan kerana beliau dah tak dapat bertahan lagi dah dengan harga pasaran sekarang so..saye terpaksa akur pada kenaikkan harga tersebut yang pasti akan menjejaskan sedikit sebanyak pendapatan harian saya kerana harga semangkuk sup yang saya jual masih lagi pada harga yang lama.

Saya tak pasti sampai lama mana saya akan dapat bertahan kerana dah seminggu berlalu saya terpaksa keluarkan modal tambahan sebanyak RM100 sehari atau dengan erti kata pendapatam saya kurang RM100 sehari..banyakkkk tuuuu adussss....

Namun saya akan cuba cari cara mengatasinya dengan cara terbaik tetapi kalau masih gagal juga terpaksa lah saya naikkan harganya ...mmmm nak wat cam na kan...sebabgai contoh saya menjual teh ais pada harga RM1.00 segelas tetapi kalau di kedai nasi kandar dah RM1.20 dan bungkus pulak saya jual RM1.20 tetapi kedai nasi kandar dah RM1.50 jauh bezanya .

Apa-apa pun bagi saya keuntungan 50% mesti di cari jugak...so let it be for the time being....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI TAWARAN 30% dISKAUN

No comments :