nuffnang1

.:)

May 8, 2016

Tilawah Al-Quran Wakil Malaysia Johan

Malaysia Johan Qari Dan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa


Sejak seminggu yang lalu saya tak pernah terlepas mengikuti perkembangan Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa yang setiap malam disiarkan menerusi saluran 1 RTM.

Ditempat berniaga saya akan menghabiskan sedikit data menonton melalui android dan bila pulang ke rumah cepat-cepat saya buka tv, rasa rugi sangat kalau terlepas menyaksikan pelbagai negara mempersembahkan pembacaan dengan pelbagai alunan berlagu.

Minat saya kepada tilawah ini sejak kecil lagi tak kira siapa yang membaca al-quran saya suka mendengarnya kerana halwa telinga saya amat suka mendengar alunan-alunan berlagu diperdengarkan oleh sesiapa sahaja walaupun semasa di kampung.

Pernah dulu seingat ketika usia saya dalam 13 tahun saya sanggup keluar malam kerumah Makcik Munah di kampung saya semata-mata nak dengar alunan bacaan quran oleh Makcik Munah yang cukup merdu kerana dia pastinya setiap malam selepas maghrib akan membaca quran.


Semalam adalah malam terakhir bacaan Al-Quran yang dipertandingkan peringkat Antarabangsa dan wakil Qari serta Qariah Malaysia dinobatkan sebagai juara. Tahniah buat mereka mengharumkan nama negara dan ini membuktikan yang bacaan peserta kita adalah yang terbaik dari segala sudut mengikut undang-undang persembahan dan alunan.

Peserta negara lain juga bagus-bagus bukannya tak bagus cuma mungkin mereka kurang pada sesuatu bab sahaja, tak mengapa insha allah boleh cuba lagi tahun berikutnya.

Yang paling membanggakan adalah nilai hadiah yang dilihat semakin meningkat dari setahun ke setahun yang cukup lumayan, alhamdulillah kerana semakin diiktiraf dalam soal agama dari penaja-penaja. Moga tahun hadapan akan bertambah lagi penaja-penaja baru demi memperkembangkan syiar Islam.

Kategori Tilawah Al-Quran

Johan

> Kepingan Emas bernilai RM70,000

> Wang Tunai RM40,000

> Piala Iringan



Naib Johan

> Wang Tunai RM30,000


Tempat Ketiga, Keempat Dan Kelima

> Wang Tunai RM20,000

> Wang Tunai RM15,000

> Wang Tunai RM10,000


Hadiah Saguhati

> Wang Tunai RM3,000



Kategori Hafazan Al-Quran

Johan

> Kepingan Emas Bernilai RM40,000

> Wang Tunai RM20,000

> Piala Iringan


Naib Johan

> Wang Tunai RM15,000


Tempat Ketiga

> Wang Tunai RM10,000


Hadiah Saguhati

> Wang Tunai RM3,000


# Setiap peserta turut menerima cenderamata dan sijil penyertaan.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Brig Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom Menteri  di Jabatan Perdana Menteri.


No comments :