Mungkin Masih Ramai Yang Belum Tahu Di Mana Lokasi Melihat Anak Bulan Bagi Menentukan Tarikh Samada Untuk Berpuasa atau Syawal
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa pada tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 5 Jun bersamaan dengan 29 Syaaban 1437 Hijrah.
Tarikh itu telah ditetapkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dan Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan rukyah dan hisab.
Cara penetapan menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab (hitungan) berpandukan kriteria imkatur rukyah ( kebolehnampakan ) seperti yang disepakati negara-negara anggota Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).
Semua hasil rukyah hilal di 29 tempat cerapan akan dilaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Jika Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerima laporan yang pertama daripada Pusat Cerapan Hilal di peringkat negeri mengenai adanya kelihatan hilal, mereka akan menyembahkan perkara itu kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan baginda.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Rasmi Agama Islam Di Malaysia jadi segala yang berkaitan hal ehwal agama di bawah Yang di-Pertuan Agong.
Pengumuman tarikh bermulanya puasa kemudian akan diumumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong melalui siaran TV dan radio.
Lokasi Melihat Anak Bulan
Perlis
Kuala Sungai Baru Simpang Empat
Kedah
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar, Alor Setar
Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahi, Pantai Acheh
Perak
Pantai Pasir Panjang, Pengkalan Baru Daerah Manjong
Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur
Selangor
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
No comments :
Post a Comment