nuffnang1

.:)

May 16, 2016

Peraduan Tiket Bolasepak Anjuran Aree Bihunsup Ex Service

Peraduan Tiket Grandstand Perlawanan Liga Super Pulau Pinang vs Felda United FC 18 Mei 2016


Setiap manusia mempunyai cara tersendiri untuk membuat sumbangan dan itu adalah hak mereka. Kita tidak perlu mempertikaikannya. Sama juga yang menjadi sponsor mana-mana produk atau dalam bola sepak membuat tajaan kepada mana-mana pasukan yang mereka inginkan.

Cara kami adalah dengan memberi tiket percuma dalam setiap perlawanan yang berkait dengan skuad Harimau Kumbang. Sememangnya kami hanya ingin menyumbang dan membuat sedikit syarat yang terlalu mudah untuk diikuti tanpa perlu mengeluarkan modal walau sesen pun duit poket kepada peserta yang berminat.

Mereka hanya perlu kongsikan setiap posting kami di facebook, komen di blog dan sumbangan pada iklan. Tidak sukar bukan kerana terlalu mudah untuk diikuti.

Niat saya sekadar menyemarakkan bolasepak Pulau Pinang kerana selaku anak kelahiran Pulau Pinang yang dilahirkan di Jelutong, Pulau Pinang, begitu juga isteri saya juga dilahirkan di Jelutong cumanya berbeza kampung sahaja.

Apa yang ingin kami lihat adalah kemajuan bolasepak Pulau Pinang dengan cara kami sendiri. Untuk menaja ribuan ringgit memang kami tidak mampu dan kami sekadar menaja mengikut kemampuan yang termampu oleh kami.

Tiket yang saya umumkan di fb memang hanya 9 tiket tetapi sebenarnya banyak lagi tiket yang saya beri kepada peminat bola sepak Pulau Pinang tanpa pengetahuan orang lain dan secara tersembunyi. Mereka ini saya pilih di kalangan rakan-rakan fb, rakan sekerja, rakan sekolah dan rakan-rakan kelab Ping Pong juga peniaga-peniaga pasar malam.

Niat kami mula terdetik sejak tahun lepas lagi apabila harga tiket lama telah dinaikkan dari RM22 kepada RM30 untuk Grandstand dan ini membuatkan ramai penyokong merungut dan tidak berkemampuan. Mungkin kita mampu tapi jangan mendongak keatas, pandanglah kebawah sekali-sekala. Yang diatas tidak akan selamanya berada pada puncak kerana suatu hari pasti kebawah juga tempatnya. Ini kitaran alam yang tidak boleh kita pertikaikan.

Kepada mereka-mereka yang mempertikaikan cara kami, saya mohon maaf kerana saya hanya mampu melakukan cara begini untuk memberi sedikit sumbangan yang termampu dengan wang perniagaan pasar malam saya jalankan. Doa dan harapan saya semoga Allah melimpah ruah rezeki kami Insya Allah, aminn.

Begitu juga sumbangan dengan ebook pasar malam yang saya berikan secara percuma kepada rakan-rakan fb dan kenalan-kenalan yang berminat berniaga di pasar malam. Ramai juga sahabat veteran tentera yang saya sumbangkan. Isteri saya turut merestuinya kerana inilah jalan dan cara memberi sumbangan dari kami. Anda juga boleh berkunjung ke tapak perniagaan pasar malam kami untuk menikmati juadah bihunsup dan pasal harga jangan risau kerana kami sentiasa memberi diskaun kepada rakan-rakan dan pertama kali kunjungan anda.

Kepada mereka yang bertuah, tahniah kami ucapkan dan jutaan terima kasih kerana sanggup berkongsi kisah blog kami di fb anda dan kepada yang tidak bernasib baik jangan putus asa, cuba lagi kerana masih banyak lagi perlawanan untuk pusingan kedua bakal berlangsung. Dan kami akan mencari 2 pemenang awal tahun depan untuk menerima Jersey musim 2017 Home buat anda.
Semoga apa yang kami lakukan memberi manfaat buat penerima.....


NOTA : KEPUTUSAN PERADUAN AKAN DIUMUMKAN MELALUI FACE BOOK.





Sebanyak 6+3 tiket disediakan buat pemenang yang bertuah pada perlawanan kali ini.

Tiket perlawanan pada kali ini menerima sumbangan dari seseorang dan saya sendiri pun tak tahu, jadi 6000 tiket untuk bahagian teres diberi percuma manakala untuk tiket grandstand dijual dengan harga RM20 sahaja.
Terima kasih pada penderma.

No comments :