nuffnang1

.:)

May 27, 2016

Ribut Landa Seberang Perai

Alhamdulillah Kami Peniaga Pasar Malam Terselamat


Dalam kejadian ribut yang melanda pada awal pagi lebih kurang jam 12.15 pagi Khamis 26 Mei saya terlibat dalam situasi yang cukup mencemaskan itu dan inah kali pertama saya berada betul-betul dalam ribut tersebut tetapi mungkin kawasan saya tidak sekuat daerah lain.

Saya pernah alami detik-detik begini di pasar malam Mengkuan Titi sekitar tahun 2012 dahulu tetapi kekuatan angin tidaklah sekuat ribut pada awal pagi Khamis tersebut namun ianya sudah cukup membuatkan saya mengalami phobia sehingga kini. Setiap kali angin jantung saya akan menjadi berdebar-debar dan mulut tak henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Memetik lapuran dari akhbar tempatan berhubung ribut tempohari sebanyak 40 buah rumah mengalami kerosakan manakala terdapat 10 lapuran membabitkan pokok tumbang.

Kawasan rumah penduduk terlibat merangkumi 26 buah rumah di daerah Seberang Perai Utara dan 14 buah rumah di Seberang Perai Tengah.

Angin kuat yang melanda dan disusuli hujan lebat selama hampir 30 minit melanda beberapa kawasan di lima daerah di negeri ini.

Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai berniaga di Taman Sunyi, Alma, Bukit Mertajam. Saya mulai merasai ribut membadai ketika berada di lebuhraya Sungai Dua jalan susur keluar ke Sungai Puyu. Kereta yang saya pandu bergegar apabila terkena pukulan ribut tersebut dan alhamdulillah segalanya selamat.




No comments :