nuffnang1

.:)

May 2, 2016

Gaji Baru Prebet (PBT) ATM RM1,564 Mulai Julai 2016

Perlaksanaan Kenaikan Gaji Baru Beri Manafaat Buat Prebet ATM Sebelum ini RM1,137 Sebulan Naik Kepada RM1,564 Mulai Julai 2016.


Selaras dengan Kenaikan Gaji Perkhidmatan Tentera Yang Tertinggi Dalam Mana-Mana Perkhidmatan Maka Kini Telah Di Realisasikan....


Seramai 131,813 kakitangan awan Kementerian Pertahanan termasuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima manfaat satu kenaikan mata gaji tahunan mengikut Skim Perkhidmatan Awam Persekutuan berkuat kuasa 1 Julai ini.

Kenaikan itu dilaksanakan mengikut rasionalisasi di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), selaras dengan usaha transformasi Perkhidmatan Awam yang diumumkan Perdana Menteri pada bajet 2016.
Bagi anggota lain-lain pangkat (LLP) ATM dan Perajurit Muda yang baru menamatkan latihan asas akan menikmati gaji permulaan Prebet (PBT) sebanyak RM1,564 berbanding RM1,137 sebulan sebelum ini.


Manakala Pegawai ATM pula, gaji Pegawai Kadet berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional bermula RM1,500 berbanding RM1,104  sebulan ( Ini untuk yang masih dalam meneruskan pelajaran dan belum bekerja sebab skim Pegawai adalah Ijazah).

Pegawai yang berpangkat Leftenant Muda (LT M) dengan kelulusan ijazah Sarjana Muda (Pelbagai Jurusan) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang telah ditauliahkan bakal memperolehi gaji RM2,585 dan RM2,730.61, berbanding RM2,411.85 sebulan sebelum ini.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan pula bakal memperolehi gaji baharu RM2,876.67 berbanding RM2,703.37 seterusnya pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar pula bakal menikmati gaji RM3,022.13 berbanding RM2,593.94 sebulan.

Penambahan kenaikan gaji terendah baharu ini akan memberi kesan langsung terhadap penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum melibatkan kenaikan gaji tahunan antara 10 hingga 41 peratus.

Admin walaupun sudah berpencen namun tetap rasa bersyukur atas kenaikan gaji anggota angkatan tentera dan semoga kita bersyukur dalam segala pemberian yang di nikmati. Berhemah dalam perbelanjaan sebab anggota Lain Lain Pangkat bekerja tidak lama, dalam usia 40 atau 45 tahun kena berpencen wajib.


Yang bakal bersara satahun dua lagi, rancangkan persaraan anda sebaik mungkin kerana hidup selepas bersara tidak semuanya indah dan yang kental sahaja mampu bertahan...



Post a Comment