Jurang Pekerjaan Dan Ekonomi Berbeza Membataskan Pergaulan
Kisah ingin saya paparkan adalah sebuah kisah benar yang banyak berlaku dalam kehidupan kami peniaga pasar malam dan saya yakin ianya juga berlaku dalam apa saja sektor pekerjaan dan sifat manusia itu sendiri yang membeza-bezakan taraf sosio ekonomi itu sendiri.
Perkara ini memang tak boleh dielakan lagi namun mungkin hanya 1 peratus yang bersikap profesional selebihnya tidak kot!
Sebut sahaja berniaga di pasar malam pasti ada yang menjuih (muncung bibir) mulut dan begitu juga para ibubapa kalau anak-anak gadis yang berkawan dengan peniaga pasar malam, mereka akan memberi 1001 alasan agar anak gadis mereka tidak berkahwin dengan peniaga pasar malam. Lainlah kalau sama-sama memang berniaga di pasar malam atau ibubapa si gadis memang peniaga pasar malam.
Juga soal pergaulan, double standard yang akan di terima oleh seseorang peniaga pasar malam kalau berada dalam kelompok golongan Aristokrat (tak faham bukan kamus hehehe). Berdamping dengan orang yang perasan lagi la sakit jiwa sebab kekadang orang pasar malam pendapatan lebih tinggi dari dia namun sifat ego membuatkan mereka perasan lebih.
Saya adalah seorang yang minat membaca artikel-artikel tak kira apa sahaja tajuk dari sukan hingga ke berita ilmiah sebab mencari sumber rujukan untuk idea dalam blog. Maka disinilah banyak artikel saya terbaca mempersendakan atau memandang rendah peniaga pasar malam, tapi saya tak ambik pot langsung biarlah mereka dengan persepsi negatif mereka . Ada gadis bertanya ibunya terima atau tidak bernikah dengan peniaga pasar malam, si ibu pulak menjawab, jangan buat pasal sebab anaknya ada ijazah. Dan disini mungkin si ibu tak perasan ijazah si anak sekadar pointer 2.5 yang nak dapat kerja pun susah tapi si peniaga pasar malam punya pointer 3.5 namun malas nak makan gaji. Ya masyarakat kita memang gemar makan gaji dari berniaga sendiri jadi saya fikir hasrat kerajaan Malaysia yang inginkan 30 peratus peniaga bumiputera sampai bila tak akan tercapai.
Begitu juga ada kalangan peniaga yang gah berkawan dengan orang kenamaan walhal orang itu langsung tak pandang pun sahabat kita tu, cuma ambil kesempatan sebab mudah arahkan menjadi pesuruh.
Mudah cakap masyarakat kita lebih memandang darjat dan harta. Adakah anda juga begitu! seorang peniaga pasar malam tapi berhasrat agar anak anda berjodohkan seorang hartawan atau punyai status anak datuk atau setidak-tidaknya macam jalan cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Kassim Selamat).
Pernahkah anda terfikir yang ada orang berkawan dengan kita hanya inginkan sesuatu yang mungkin tidak dapat beliau capai.
Begitu juga dengan pergaulan orang masjid sekali pun, kalau anda jarang ke masjid pastinya anda tidak akan dapat bergaul bersama mereka yang sentiasa ke masjid. Dan sikap mereka juga macam saya kata tetap memilih darjat. Kalau anda seorang yang berpangkat tinggi dalam perkhidmatan kerajaan sebagai contohnya anda seorang Pengarah Pusat Zakat...walaupun lambat hadir solat Jumaat mereka tetap akan tarik anda kerana jawatan tinggi tersebut di pandang...dan yang saya selalu terfikir kenapa hanya bangsa kita sahaja meletakkan "title" haji depan nama, sebagai contoh Haji Man, Haji Soot tapi bangsa lain tak nampak pula meletaknya.
Bagi pendapat saya memadai manis-manis mulut bak kata isteri saya. Ertinya cukup sekadar bertegur sapa bila bertembung dan tak perlu lebih-lebih sampai membawa ke meja lepak. Sebab orang sebegini apa yang dipandangnya kita sebagai peniaga pasar malam sebab tak ada apa yang boleh kita lakukan untuk dia.
Justeru itu jaga sahabat seangkatan kita yang bergerak seiring dengan perjalanan hidup kita dan mereka akan lebih memahami sitiasi atau masalah yang kita hadapi.
No comments :
Post a Comment