nuffnang1

.:)

Jan 31, 2016

Harga Minyak Turun Bulan Feb 2016

Berita gembira buat semua rakyat Malaysia umumnya dan Peniaga Pasar Malam khasnya...

Sebagaimana yang kita ketahui penggunaan minyak dikalangan kita peniaga peniaga Pasar Malam sememangnya amat tinggi sebab generator yang digunakan acap kali menelan minyak yang banyak...

Justeru dengan penurunan harga minyak ini sedikit sebanyak dapat membantu kita menjimatkan kos dan meningkatkan keuntungan dalam perniagaan.

Persoalannya sekarang adakah kos bahan mentah akan turun???

NAK NEGA KAT PASAR MALAM JOM KAMI AJAR ANDA HINGGA BERJAYA

Siapa Harus Di Persalahkan

Hari ini tapak Pasar Malam kami niaga di Mengkuang Titi, Mengkuang menghala kearah penanti...

Pasar malam ini beroperasi setiap hari ahad. Longgokan sampah yg tidak pernah berkesudahan amat tidak perihatin...

Laporan kepada pihak PBT telah dibuat dan tindakan telah pun diambil namun sikap sesetengah orang yang kurang kesedaran sivik amat mendukacitakan.


Kemalangan Tidak Berbau

Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah yang esa namun ada sebab musababnya yang tidak mampu dielakkan.

Kita melakukan kerja dengan cukup berhati-hati namun sedikit kecuaian mengakibatkan kecelakaan yang parah.

Sebagai peniaga pasar malam yang telah menceburi bidang ini selama 18 tahun, inilah kali pertama berlaku terhadap diri saya, kejadian berlaku pada 31hb Dis 2015 jam 12.30 tengahari . Akibatnya macam gambar dibawah namun saya tetap tabah ...

Begini hidup seorang peniaga pasar malam atau pun orang yang bekerja sendiri. Ketabahan perlu ada dalam diri kerana kalau nak dilayan dah tentu 2 minggu cuti dan tak berniaga. Apa yang nak saya sampaikan adalah sebagai seorang peniaga pasar malam, anda perlu punya kemantapan jati diri yang tinggi, tak mudah mengalah, tak mudah putus asa dan yang paling penting kena jadi robot dan tahan sakit.

Jangan dimanjakan diri kerana kalau anda punya pekerja dan anda bercuti maka kena bayar gaji kepada mereka. Tak boleh menganiaya pekerja disebabkan kita sakit. Jadi anda kena ingat yang pekerja anda juga ada tanggungan.

Kisah ini saya paparkan hanyalah sekadar memberi motivasi pada anda dan bukanya meminta simpati ....sekadar share untuk anda berfikir dan adakah anda semangat anda kental seperti saya. Bagi yang makan gaji saya yakin dah tentu ambik MC 2 minggu hahahhaha...

Pekerjaan kita tak sama yang penting apa yang dicari diberkati Allah dan berkat untuk anak dan isteri.

Kifarah yang Allah berikan pada saya adalah untuk menghapus segala dosa dosa kecil...bila kemalangan ini berlaku maka Allah perintahkan Malaikat menarik kegembiraan, menarik kenikmatan dan menarik segala dosa dosa sya..
Bila sudah sembuh Allah perintahkan Malaikat kembalikan kegembiraan, kembalikan kenikmatan tetapi Allah tidak kembalikan dosa-dosa saya....Allahhurabbi besarnya kekuasaan Mu Ya Allah.....

PASAR MALAM LUBUK DUIT JOM NEGA PASAR MALAM KLIK EBOOK ANDA SINI

Jan 30, 2016

Warisan Generasi Aree Bihunsup Ex Service

Berbicara soal generasi pewaris kepada sesuatu perniagaan atau pekerjaan banyak mengundang pelbagai persepsi yang kadangkalanya menjadikan cerita ini menjadi lucu pada perhatian dan pandangan saya.

Kalau seorang Doktor Perubatan anaknya juga mengikut jejak langkah bapanya sebagai seorang Doktor maka perspesi masyarakat akan mengatakan hebat ...tetapi kalau seorang peniaga pasar malam anaknya juga menjadi peniaga pasar malam maka persepsi juga akan berlaku sebaliknya....

Apa yang penting bagi saya adalah bagaimana kita melatih anak kita menjadi seorang yang mampu berdikari dan mampu menjana pendapatan dengan titik peluh sendiri.....

NAK NEGA PASAR MALAM JOM KAMI LATIH ANDA KLIK SINI

Jan 29, 2016

Jadilah Peniaga Pasar Malam Yang MUAMALLAH

              Pasar malam boleh dikatakan sebagai satu medan bagi para penduduk di Malaysia mendapatkan bahan mentah secara murah daripada pembeli. Pasar malam diibarat tempat yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan pelbagai barang yang diperlukan khususnya barang dapur atau barang rumah.

Ada penjual yang menjual ikan segar, buah-buahan segar, sayur, ulam, makanan kampung, seperti keropok lekor, ubi rebus, jagung rebus, makanan barat seperti burger, roti john, daging salai, dan macam-macam lagi.

Namun sejauh mana penjual ini berlaku jujur kepada para pelanggan. Jualan secara menipu amat dilarang di dalam Islam. Jualan secara menindas atau mengambil kesempatan juga amat dilarang di dalam Islam.

Maka sebagai seorang penjual Muslim khususnya, konsep jujur, amanah, benar,  dan konsep ehsan perlu ada pada diri mereka. Berikut merupakan perkara yang kerapkali berlaku di dalam muamalah pasar malam:

1. Membeli buah durian, tetapi apabila pulang ke rumah di dapati buah durian yang dibeli telah pecah, isi buah menjadi masam dan hanya sebilangan kecil isi durian yang dimakan. Walhal semasa hendak membeli penjual telah menunjukkan bahagian isi durian yang sempurna dengan mengopek bahagian yang sempurna sahaja dengan menyembunyikan bahagian yang buruk.

2. Membeli buah rambutan yang manis dan lekang isinya sebanyak 3 kilo tetapi apabila pulang didapati hanya dua kilo yang boleh dimakan manakala 1 kilo lagi tidak boleh dimakan kerana isinya masam dan rosak.     Rupanya semasa penjual memasukkan rambutan ke dalam plastik, beliau hanya mengambil hanya buah rambutan yang sempurna dibahagian hadapan meja sebanyak 2 kilo  manakala 1 kilo lagi penjual mengambil dari bahagian bawah meja yang tidak sempurna.

3. Menjual ikan yang dibeli pada harga borong lama dengan harga baharu kepada pembeli. Ertinya stok yang telah 3 hari tidak habis dijual sepatutnya dijual pada harga yang lebih murah berbanding hari pertama dijual.

4. Menjual barang curi yang diperolehi daripada pencuri kepada pembeli dengan harga murah.

5. Memberi maklumat palsu kepada pembeli seperti barang ini baru sampai, barang ini original walhal cetak rompak dan pelbagai lagi.

Sebenarmya banyak lagi perkara-perkara muamalah yang berlaku di pasar malam yang tidak mengikut muamalah Islam.

Sekiranya perkara ini terus berlaku, maka keberkatan rezeki yang diperolehi oleh penjual melalui hasil titik peluh di pasar malam akan tergugat kerana ada unsur-unsur yang tidak dibenarkan oleh syarak.

Maka berhati-hatilah wahai sahabat sahabat ku sekalian. Peniaga pasar malam yang baik ialah peniaga yang jujur dengan pembeli, harga barang tidak tinggi tetapi masih untung, mementingkan kuantiti pembeli yang ramai berbanding harga barang tinggi, tidak meninggalkan sembahyang walau berniaga di pasar malam, bercakap benar tentang barang dan harga yang dijual.

Mementingkan kepuasan pembeli berbanding keuntungan maksimum, suka memberi lebih pada kadar harga sebenar.

Peniaga pasar malam yang jujur dan bersifat seumpama ini dipanggil peniaga pasar malam al-Abrar yang tahu tentang peranannya sebagai khalifah dimuka bumi yang sementara sahaja ini.

NAK NEGA PASAR MALAM JOM SAYA AJAR ANDA HINGGA BERJAYA

Pulau Pinang lubuk Pasar Malam

Dalam Malaysia tidak ramai orang ketahui yang Negeri P.Pinang merupakan sebuah Negeri yang paling banyak lokasi Pasar Malam dan merupakan Pasar Malam yang paling maju dari negeri negeri lain.

Di Pulau Pinang pelbagai bangsa dan etnik berniaga di pasar malam...terdiri dari Melayu, Cina dan India.

Kami menjalankan perniagaan sebelah menyebelah tanpa ada sebarang masalah kerana kami dilahirkan dan bersekolah dari kecil hingga dewasa bersama...

Sila lah datang ke Pulau Pinang, mungkin ditempat anda tidak ada Bihunsup Periuk besar tetapi disini....cukup banyak..mai mai

NAK NEGA KAT PASAR MALAM JOM KAMI LATIH ANDA HINGGA TERROR

Beza Teh Tarik Aree Bihunsup Ex Service

Mungkin anda seorang peminat teh tarik dan dalam sehari pastinya hidup anda akan semacam kosong kalau tidak menjamah secawan teh tarik..

Namun tahukah anda secawan teh tarik yang sepatutnya bernilai RM4 kami hidangkan kepada anda hanya pada harga RM1.20 secawan dan RM1.40 sebungkus. Pasti anda tertanya tanya kenapa nilainya begitu mahal dijual dgn harga murah dan mungkin ada yang berkata " Ini semua Auta", tetapi kami menafikanya...

Rahsia teh tarik kami adalah resipi turun temurun mamak n mamee Penang maiiii....Arwah Atta (Datuk) kami berasal dari Goa India dan menetap di Pulau Pinang sejak zaman British lagi....maka resipi ini adalah resipi kasih sayang yang belum pernah didedahkan...

Kalau anda ingin nikmati kehebatan dan kenikmatan teh tarik Aree Bihunsup Ex Service mai la ke Pasar Malam kami.....Aree Bihunsup Sempooiiii baqqq hampaa. 

AMPA NAK BELAJAQ NEGA MAI SINI EBOOK KAMI BAGI KAT HAMPA http://www.wangpasarmalam.com

Harga Ayam Melompat Di Pasaran

Ramai dikalangan kami peniaga pasar malam terjejas ekoran harga ayam bersih dipasaran melonjak terlalu tinggi semacam tidak dapat dikawal..

Harga yang tidak tetap dan sentiasa berubah ubah amat menyusahkan kami peniaga yang berorientasikan daging ayam. Ada yang menjual sehingga RM9 ke atas....dan juga yang menjual RM8..

Kalau kita ke Pasar Bukit Mertajam ayam kini mencecah RM8 perkilo. Keadaan ini membuatkan peniaga pasar malam terpaksa mencari kaedah terbaik mendapat ayam yang lebih murah.

Dengan adanya Econsave di Perda City Mall dan juga Mydin Jalan Baru →Perai , menjadi rezeki buat kami kerana ayam disitu hanya sekitar RM4.99 perkilo dan kadangkala RM5.99 namun tidak pernah mencecah RM7 pun perkilo.


Memang benar ayam di Mydin adalah sejuk beku namun dari segi rasa dan kualiti masih hebat dan mantap, tak perlulah sesetengah orang mempertikaikanya kerana kami masih menjual pada harga yang cukup murah hanya RM3.50 ke RM4 sahaja semangkok bagi bihunsup..

DAPATKAN EBOOK PASARMALAM UTK PANDUAN ANDA DISINI SEGERA

Jan 28, 2016

BRIM Bantuan Buat Yang Jujur Dan Memerlukanya

Pelbagai telah disalurkan oleh Kerajaan Malaysia yang memerintah sekarang dan salah satunya adalah BR1M.

Kategori yang layak memohon BR1M adalah mereka yang mempunyai pendapatan bulanan seisi rumah sebanyak RM4001 ke bawah.

Kami peniaga pasar malam jugak tidak lari dari membicarakan perkara ini yang mana ada dikalangan kami layak ataupun tidak....pokoknya peniaga seperti kami tiada slip gaji dan bahan bukti sukar diperolehi. Segalanya atas kejujuran diri sendiri mengisi borang BR1M.

Sering menjadi pertikaian adalah peniaga yang mampu memiliki kereta yang mahal sehingga ratusan ribu tapi masih memohon BR1M. Layakkah mereka ini????. Saya sentiasa melontarkan ayat " Kalau rasa layak pohon lah, tapi kalau tak layak jangan menipu kerana duit itu datangnya dari pembayar cukai...pembayar cukai tidak layak dapat BR1M.

Kalau anda faham apa maksud saya, anda merupakan seorang yang bijak lagi cerdik dan hebat!.

INGIN BERNIAGA DIPASAR MALAM, NAH DISINI KAMI SEDIAKAN PANDUAN

Ebook Pasar Malam Khas Buat Anda Semua - Pendedahan khas 1998 <> 2016

 

Home | Hubungi Kami | Program Affiliate

 

Menjadi jutawan bukan satu perkara yang mustahil! Sebenarnya, setiap manusia mempunyai peluang yang sama! Tidak mustahil! satu hari nanti anda juga mampu menjadi seorang jutawan bahkan BILLIONAIRE! Namun, apa yang penting adalah minat yang berterusan dan disusuli dengan usaha yang betul.  Di sini, kami ingin berkongsi pengalaman dengan anda, bukan menjadi seorang jutawan malah:-

  

"Bagaimana Anda Juga Boleh Menjadi Seorang Billionaire Dengan Hanya Mengusahakan Perniagaan Pasar Malam!"

 

 

"Menjadi seorang Billionaire susah untuk dicapai? Benarkah kenyataan ini?" Jawapannya adalahTIDAK BENAR! Penyebab sesuatu perkara itu sukar, susah, atau gagal untuk dicapai adalah berpunca dari Cara Yang Kurang atau Tidak Berkesan!

 

Begitu juga halnya dengan formula kekayaan. Kekayaan lebih mudah dan lebih cepat dicapai sekiranya cara yang anda gunakan itu betul, selamat dan berkesan. Sebaliknya, jika anda menggunakan cara yang kurang tepat, barangkali potensi anda untuk sampai ke destinasi 'kekayaan' akan mengambil masa yang terlalu panjang ataupun terkubur buat selama-lamanya.

 Ini adalah bukti income atau pendapatan saya dari perniagaan pasar malam yang dijalankan oleh saya.

 

 

Oleh itu, untuk anda atau mereka yang berminat serta bercita-cita untuk menjadi seorang pengusaha atau peniaga pasar malam yang berjaya. Buat julung kalinya, kami bongkarkan rahsia kejayaan dan pengalaman kami istimewa untuk anda menerusi sebuah ebook kami yang pertama berjudul - The Silent Pasar Malam Billionaire. 

Menerusi ebook "The Silent Pasar Malam Billionaire" anda akan mempelajari:

Perkara-perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum anda memulakan perniagaan pasar malam.

Bagaimana memulakan perniagaan pasar malam yang menguntungkan dan pada masa yang sama anda dapat menjimatkan wang beribu-ribu ringgit.

Tips-tips mudah bagaimana mengatasi risiko kerugian.

Cara-cara mudah mendapatkan ramai bakal pelanggan.

Cara-cara mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan anda.

Panduan mudah mengatasi kehebatan pesaing anda.

Bagaimana anda akan menjadi seorang tauke dalam tempoh setahun mengusahakan perniagaan pasar malam.

Anda hanya duduk dirumah dan datang pada sebelah malam hari sahaja untuk mengaut keuntungan secara berterusan. Akaun bank anda terus MELEDAK dengan Wang!!!

Cara-cara menetapkan harga produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.

Cara-cara mendapatkan bekalan pada harga yang jauh lebih murah.

Anda akan didedahkan rahsia dan pengalaman penulis dalam membina keuntungan ribuan ringgit (melebihi RM1,000.00) setiap hari dengan hanya mengusahakan perniagaan pasar malam.

Dan banyak lagi...

 

Apakah perbezaan ebook "The Silent Pasar Malam Billionaire" berbanding buku-buku perniagaan pasar malam yang sedia ada di pasaran?

      Ebook ini bukan sahaja mudah dibaca. Malah kandungannya lengkap untuk dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja walaupun anda tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan perniagaan ini. Ebook ini juga disertakan dengan gambar-gambar berwarna bagi menjelaskan sesuatu situasi. Tambahan lagi, segala maklumat yang ditulis di dalam ebook ini bukan sekadar teori semata-mata, malah ia ditulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis selama 15 tahun dalam mengusahakan perniagaan pasar malam. Segala maklumat yang terkandung di dalam ebook ini sudah tentunya mampu memberi kelebihan dan kekuatan kepada anda berbanding pesaing-pesaing anda.

Siapakah yang harus memiliki dan membaca ebook ini?

Mahasiswa atau mahasiswi yang masih menganggur atau sedang menunggu peluang pekerjaan.

Individu yang ingin mencari pendapatan tambahan atau sampingan samada secara sambilan atau sepenuh masa.

Individu yang ingin mendapatkan sumber kewangan teguh bagi melangsaikan beban hutang.

Kakitangan kerajaan mahupun swasta yang ingin menambah sumber pendapatan sedia ada.

Pensyarah yang memerlukan maklumat untuk kajian atau bahan kuliah.

Warga pesara yang ingin mengisi masa terluang bagi menambah rezeki atau pendapatan keluarga kerana pengarang juga seorang pesara tentera.

Sesiapa sahaja yang berminat untuk mencari sumber pendapatan tambahan.

Mereka yang bercita-cita menjadi 'Billionaire' dengan mengusahakan perniagaan pasar malam.

 

Ebook "The Silent Pasar Malam Billionaire" menjanjikan kepuasan dan kepadatan maklumat, rahsia, tips dan panduan yang boleh membantu anda membina perniagaan pasar malam/uptown/bazaar ramadan yang menguntungkan. Ebook yang cukup istimewa ini dijual pada harga RM197.00 senaskah. Namun, jika anda membelinya pada hari ini, kami memberikan harga yang cukup istimewa sehingga RM197.00RM69.99 sahaja.

 

Jangan lepaskan peluang ini! Dapatkan ebook "The Silent Pasar Malam Billionaire" sekarang juga pada harga yang cukup istimewa!

 

"The Silent Pasar Malam Billionaire"

(Ebook ini 100% dalam versi Bahasa Melayu)

 

RM197.00 RM69.99 senaskah! Dapatkan ebook hebat ini sekarang juga! Sebelum kami menjualnya pada harga asal RM197.

Tawaran istimewa ini adalah terhad kepada 43 pembeli yang terawal sahaja! Kini hanya tinggal 2011 orang sahaja lagi berpeluang memiliki ebook "The Silent Pasar Malam Billionaire" pada hargaRM69.99 senaskah! Jangan bimbang! Kualiti Kandungan Ebook ini Dijamin 100%!

Bukan itu sahaja! Setiap pembelian yang dibuat pada hari ini, anda akan diberi Hadiah Misteri yang bernilai RM638.77!  

 

Dan anda juga layak menerima bonus tambahan sebuah ebook berjudul "Rahsia Resepi Sup Gear Box" bernilai RM99.99 secara percuma! Jangan lepaskan peluang ini!

 

Untuk membuat pembelian, anda boleh menggunakan mana-mana satu kaedah pembayaran yang dinyatakan. Kami akan membuat penghantaran ebook "The Silent Pasar Malam Billionaire" dengan serta-merta kepada anda sebaik sahaja kami menerima bayaran daripada anda! Sebarang masalah, hubungi terus kami ditalian 013-4704110. Untuk membuat bayaran, sila gunakan mana-mana satu kaedah pembayaran berikut:

1: Bayaran Melalui Kredit Kad Kami menerima bayaran melalui kad kredit. Klik butang 'Buy Now' di bawah untuk membuat pembayaran melalui kad kredit.  

RM69.99 (USD22.37)

   2: Bayaran Secara Bank Online @ Offline  DepositRM69.99 Nama PenerimaZulkarnai Harun Ar Rashid Nama BankMaybank No. Akaun101066693503  3: Bayaran Melalui Cek DepositRM69.99 Nama PenerimaZulkarnai Harun Ar Rashid Alamat PenerimaNo 21,Lorong Penaga 12, Taman Penaga, 13100 Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Telefon Bimbit013-4704110  4: Bayaran Melalui Wang Pos/Kiriman Wang DepositRM69.99 Nama PenerimaZulkarnai Harun Ar Rashid Alamat PenerimaNo 21,Lorong Penaga 12, Taman Penaga, 13100 Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Telefon Bimbit013-4704110  

Sila Isikan Borang Pengesahan selepas membuat pembayaran.Klik disini

Anda masih ragu-ragu? Dapatkan Preview Percuma Ebook: "The Silent Pasar Malam Billionaire sekarang!" >> Klik Di sini <<

 

PANDUAN KHAS UNTUK ANDA BERJAYA DI PASAR MALAM ....KLIK UNTUK EBOOK ANDA

Kenapa Tidak Yakin Pada Diri Anda??

Soalan favourite yang sering orang ramai tanya saya ketika online(atau jumpa tepi jalan!) adalah…

Masalah utama saya adalah tidak mempunyai keyakinan diri…


Memang itulah soalan yang PALING RAMAI tanya. Kadang-kadang sampai 4 ke 5 orang call saya selepas membaca ebook The Silent Pasar Malam Billionaires kerana kurangnya keyakinan diri dan saya akan kongsikan di sini) 

Tak yakin dengan diri sendiri, low self esteem, tidak percayakan diri sendiri dan sebagainya. Semuanya lebih kurang sama sahaja.


Hari ini saya nak tanya pendapat anda pula. Mengapa kita tidak punyai keyakinan diri berbanding dengan orang lain yang berjaya?Apa yang buat kita tak yakin dengan diri sendiri? Sekiranya anda dulu tak yakin dengan diri sendiri, kini dah yakin dengan diri sendiri… apa kata anda kongsikan pengalaman. Apa yang anda lakukan untuk membina keyakinan diri anda?

Mari bincang-bincang  

EBOOK PASAR MALAM ANDA UNTUK KEYAKINAN MUTLAK DISINI

Keberkatan Dan Barakah Sebagai Peniaga Dan Khasnya Peniaga Pasar Malam

“Mendapat barakah dalam setiap urusniaga merupakan impian setiap usahawan muslim..”


Ini adalah kerana manfaat barakah bukan sahaja dapat memakmurkan ekonomi pemiliknya, malah ianya lebih dari itu!

Barakah mengalir dalam setiap tubuh badan serta anggota yang sihat. Barakah juga melindungi peniaga daripada sebarang bencana dan menjadikan mereka, keluarga mereka serta para masyarakat sekitarnya lebih bahagia.

Barakah dalam perniagaan membawa maksud bahawa benarnya setiap kata-kata, cukup walaupun sedikit tetapi membawa banyak manfaatnya kepada kehidupan. Inilah matlamat yang dicari-cari oleh setiap peniaga muslim.

Beroleh Barakah bukanlah sesuatu yang mustahil, ini kerana sesiapa yang dekat dengan Allah serta patuh kepada sunnah rasul, kehidupannya pasti memperoleh serta dikurniakan barakah.

Berikut saya kongsikan 7 perkara yang boleh anda lakukan dalam kehidupan anda untuk mencari barakah dalam perniagaan anda.

 

“7 Cara Mencari Barakah Dalam Perniagaan”

1. Sentiasa menjaga niat berniaga

Semua orang di dunia ini percaya mengenai kepentingan niat dalam kehidupan setiap insan. Niat merupakan lintasan gerak hati yang mendorong kepada kehendak serta azam untuk melakukan sesuatu. Dalam konteks ini ialah niat untuk berniaga.

Berniagalah dengan niat kerana Allah SWT, tidak kiralah anda ingin berniaga untuk mencari rezeki sambil beramal atau sebagainya.Jagalah niat anda ketika berniaga, nescaya anda akan beroleh barakah.

”Ya Allah, jadikan kami peniaga yang menjaga niat kami ikhlas hanya kepada Mu. Moga usaha niaga kami barakah.”


2. Sentiasa menjaga Ketakwaan dalam berniaga

Menjadi amalan peniaga membaca dan memahami ayat seribu dinar (Surah at-Thalaaq 65 : 2 – 3). Dari ayat berkenaan fahamilah kita akan tiga perkara yang dijamin Allah SWT:

satu : jalan keluar masalah, 
kedua : rezeki yang datang tanpa disangka 
ketiga : kecukupan rezeki.

Semuanya jelas berdasarkan kepada takwa dan tawakal. Maka bertakwalah anda kepada Allah SWT dan jauhkan diri daripada perkara yang menyesatkan serta mengambil hak orang lain. Sentiasalah mengingati Allah dalam setiap situasi dan sentiasalah bersyukur kepadaNYA.

”Ya Allah, jadikan kami peniaga yang bertakwa. Moga usaha niaga kami barakah.”


3. Sentiasa percaya sesungguhnya Allah pemberi rezeki

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa (Taaha 20 : 132).


Orang berniaga wajib percaya bahawa Allah SWT merupakan sumber rezeki yang sebenar-benar. Berusahalah sekuatnya, sekuat dengan iman (percaya) bahawa Allah SWT itu sumber rezeki seluruh kehidupan kita.

Ya benar, peniaga mesti punya pembekal yang baik, pengurus yang efektif, harga yang menarik, pakej yang unggul, ayat yang berkuasa, taktik dan strategi yang ampuh, suasana ekonomi yang ideal, rakan kongsi yang berfungsi, pembiaya yang ikhlas dan bermacam lagi untuk dinyatakan. Cuma akhirnya, peniaga hanya ada Allah sebagai pemberi rezeki.

”Ya Allah, jadikan kami peniaga yang benar-benar beriman kepada Mu yang memberi rezeki kepada kami. Moga usaha niaga kami barakah.”



4. Sentiasa membaca al-Quran

Secara asasnya, untuk berjaya dalam perniagaan, anda memerlukan jiwa yang kental dan semangat yang kuat. Al-Quran merupakan ubat serta penawar kepada jiwa serta semangat setiap peniaga.

Sentiasalah mengamalkan bacaan al-Quran setiap hari dan sentiasalah istiqamah serta fahami setiap maksud yang tertulis dalam al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

“Ya Allah, jadikan kami peniaga yang membaca dan mengamal al-Quran setiap hari. Moga usaha niaga kami barakah.”


5. Sentiasa melazimi basmallah dalam urusan perniagaan

Sebagai seorang peniaga, banyak situasi yang memerlukan kita untuk membuat keputusan. Maka terdedahlah kita kepada pujukan syaitan jika kita tidak kuat iman.

Mulakanlah setiap urusan anda dengan lafaz Bismillah agar sentiasa diberkati. Semoga dapat dijauhkan dari sebarang malapetaka buruk serta sentiasa dimurahkan rezeki, bahagia dan selamat sentiasa.

”Ya Allah, jadikan kami peniaga yang melazimi urusan niaga kami dengan menyebut nama Mu. Moga usaha niaga kami barakah.”


6. Sentiasa memberi makanan serta bersedekah

Memberi makanan kepada orang lain serta bersedekah merupakan amalan yang dituntut oleh Allah SWT kepada orang-orang yang soleh terutamanya para peniaga. Anda bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, rezeki anda juga akan berlipat ganda.

”Ya Allah, jadikan kami peniaga yang senang memberi makan orang lain. Moga usaha niaga kami barakah.”


7. Sentiasa jujur dalam setiap urusniaga

Nabi Muhammad SAW juga pernah menjadi peniaga. Baginda sangat jujur dan baginda meraih untung besar berganda kerana kejujuran beliau. Malah Nabi SAW pernah menjamin peniaga yang jujur dan amanah akan ditempatkan bersama para nabi, siddiqin dan syuhada’ di jannah nanti (mafhum hadis, hadis riwayat at-Tirmizi).

Peniaga jujur akan bertahan lama dan sentiasa disukai pelanggan. Jujur juga menggalakkan peniaga menjadi kreatif. Khianat hanya menggalakkan peniaga menipu tetapi jujur pula menghalalkan usaha niaga. Jujur membawa kepada barakah, menuju jannah.

“Ya Allah, jadikan kami peniaga yang jujur. Moga usaha niaga kami barakah.”


Saya berpesan kepada diri yang menulis serta kepada para peniaga di luar sana mengenai kepentingan tujuh perkara ini. Sangatlah beruntung jika perniagaan kita bukan sahaja mendapat untungnya berganda, malah memperolah barakah juga.

InsyaAllah kita akan sambung nota Mencari Barakah Niaga ini di Bahagian Dua nanti. Sehingga itu, jom mencari barakah sekarang juga!

Nota: Terima kasih kepada tuan pengarang yang memberi kami ilmu sebegini...insha allah rezeki tuan bertambah lagi..aminn

Jan 27, 2016

Taman Sunyi DiLimpahi Hujan Lebat

Hari ni 27hb Januari 2016 Rabu. Perniagaan kami adalah di Taman Sunyi, Alma Bukit Mertajam, S.Perai Pulau Pinang...

Nama Taman Sunyi diambil semperna sebuah Taman dihadapan Pasar Malam dan yang paling ketara adalah seiring dengan kurangnya pelanggan, maka sinonim dengan itu kami peniaga pasar malam ini terus menjenamakan dengan nama Taman Sunyi....

Kedudukkanya di belakang Lian Hup Mini market dan belakang jalan besar membuatkanya makin suram dan ditambah kesuraman lagi bila mana musim hujan....

Tadi semasa kami sedang berniaga suasana persekitaran agak rancak dengan kunjungan pelanggan namun dipuncak langit awan mula bertukar kehitaman dan semakin lama semakin berarak kegelapan awan dan menakutkan pelanggan yang berada di pasar malam.

Dalam sekelip mata orang ramai menjadi bimbang dan bertempiaran menyelamatkan diri kerana takut ditimpa hujan .....

Tak sampai pun setengah jam hujan turun rintik rintik dan diikuti angin kuat kemudian berserta kilat dan turun dengan lebatnya.....kami peniaga masing masing menjadi binggung dan mampu memegang payung serta khemah masing masing kerana risau dirempuh angin kuat...ketentuan Allah tak dapat siapa menduga dan kami terima takdirnya dengan redha....

RAMALAN CUACA MALAYSIA MERAMALKAN EL NINO IAITU PANAS SEHINGGA APRIL....ADOIIIIII HAHAHAHHA....NAMA PUN RAMALAN KAN . DARI TAHUN LEPAS HINGGA TAHUN NI...X PERNAH NAK TEPAT.

EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI...KLIK UNTUK DAPATKANYA

Berjuta Ringgit Tertunggak Skim Bantuan Bazaar Ramadan Tidak DiBayar

Salam dan selamat sejahtera buat anda...topik tengahari ini agak merunsingkan diri saya sendiri kerana kurang 5 bulan lagi kita akan menyambut Ramadan dan ramai dikalangan kita akan memerlukan wang modal pusingan bagi menjalankan perniagaan di Bazaar Ramadan.

Namu akibat sikap segelintir dikalangan peniaga peniaga kecil yang gagal membayar pinjaman Skim Pinjaman Bazaar Ramadan pastinya akan menjejaskan kawan kawan lain untuk membuat pinjaman nanti dan sudah pastinya syarat syarat akan lebih diperketatkan...

Majoriti peminjam adalah dikalangan kita peniaga melayu dan beragama Islam namun kenapa masih lagi terdapat sikap sebegini dan sukar membayar hutang.

Dalam Islam sendiri amat amat menegah dan melarang umat Islam yang berhutang tapi tak nak bayar. Tahukah anda hukum tidak membayar hutang yang digambarkan dalam Al Quran adalah Roh si mati akan tergantung di awang awangan sehinggalah ke hari kiamat..dan akan dibawa untuk perhitungan di padang Mahsyar nanti dan juga di tafsirkan Si Pemiutang akan menanggung segala dosa dri Si Pemberi Hutang wallahualam.

Hiduplah dalam bersederhana dan ikut kemampuan diri sendiri.....yang ingin berniaga di Bazaar Ramadan tahun 2016 buatlah persiapan dari sekarang. Beli barang sedikit sedikit agar bila tiba Ramadan nanti anda tidak akan terbeban dan terpaksa berhutang dan menambahkan lagi beban kewangan anda.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

Motor Besar

Ingin miliki motor besar pastinya menjadi idaman setiap manusia....tapi bagaimana caranya...

Anda sebagai peniaga pasar malam juga mampu miliki motor berkuasa tinggi ini..

Saya akan berikan tip pada anda bagaimana untuk anda realisasikan impian anda itu....

Kita jump pada posting akan datang...

Bagaimana Membuat Tabungan Diawal Tahun Persediaan Musim Hujan

Selamat pagi dan salam sejahtera buat anda semua....sebagaimana yg telah kita bincangkan semalam, bagaimana cara untuk kita membuat persediaan menghadapi musim tengkujuh pada setiap tahun sekitar bulan November, Oktober dan Disember. 

Dikala kita menghadapi masalah kewangan ketika musim hujan, adakah anda rasa ada orang yg akan membantu???. Atau diri sendiri yg akan berusaha bagaimana cara untuk mengatasinya...

Susah senang kita yang aturkan...justeru itu saya sarankan mulai dari sekarang anda sediakan satu tabung kecik . Simpan sehari RM20. Bila musim hujan boleh guna...

Jan 26, 2016

Benarkah Ramalan El Nino


Image result for pic el nino

                  Salam dan selamat sejahtera buat semua yang meminati blog pasar malam ini, maafkan saya kerana jarang update info info terkini...kerana saya kini lebih banyak mempromosikan isu isu pasar malam di laman fb.

                       

Saya tidak mahir menggunakan android untuk update blog ini. Mungkin ada dikalangan sahabat yang mahir dalam menggunakan talipon jenis android...mohon jasa baik anda untuk membantu saya menggunakan teknologi terkini dengan menggunakan kecanggihan untuk update segala maklumat menggunakan talipon bimbit...anda boleh menulis diruangan komen bagi membantu saya.. dan jutaan terima kasih saya ucapkan pada yang sudi membantu.

Ok kita balik kepada tajuk entry kita pada kali ini iaitu " Benarkah El Nino".
Pada hari pertama ramalan cuaca meramalkan El Nino bakal berlaku saya tertanya tanya , adakah ianya benar benar akan berlaku seperti tahun lepas El Nino dijangka membawa cuaca panas dri April hingga Julai 2015...namun meleset sama sekali bila hujan turun dengan lebatnya....dan pada tahun ini dijangka El Nino pada awal Januari hingga Mac , namun selepas 2 hari hujan turun dengan lebatnya setiap hari selama seminggu..

Ya memang benar la segalanya adalah ramalan dan yang menentukan adalah Allah SWT, namun maklumat kadang kala disampaikan kurang tepat nampaknya menunjukan betapa kurang mahirnya penganalisis cuaca.
Dan petang tadi Ramalan Cuaca kata yang fenomina El Nino akan berlaku hingga April plak dah huhuhu...sebelum ini hingga Mac 2016...saborrrr ja laaaaa..

Masihkah anda ingat yang tahun 2015 bermula dari awal Oktober berlakunya "Jerebu" selama 2 minggu dan kemudian disusuli dengan fenomena hujan setiap petang sehinggalah penghujung Disember 2015...

Fenomena hujan petang telah menyebabkan ramai dikalangan peniaga pasar malam mengalami kerugian yang teruk dan ada juga yang hampir putus asa , mana tidaknya setiap petang masuk jam 4 petang hingga jam 10 malam akan hujan.

Kita tidak mampu menghalangnya kerana segalanya berlaku atas kehendak Allah dan Allah lebih maha mengetahui segala apa yang berlaku. Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat semua...
Di dalam " group", kami peniaga pasar malam ada yang meluahkan perasaan yang hampir kehabisan modal, putus asa dan sudah tidak mampu menghadapi dugaan lagi..namun sebagai seorang yang berpengalaman dan pengasas ' Group" whataps pasar malam, saya bertanggungjawab memberikan suntikkan semangat buat sahabat sahabat semua agar tabah....

Dan saya telah memberi satu cadangan untuk mengatasi masalah kehabisan modal dimusim hujan sekitar November, Oktober dan Disember. Pelbagai cadangan telah saya utarakan dan semoga sahabat lain boleh mendisiplinkan diri untuk melaksanakanya...

Anda ingin tahu apa cadangan dan saranan saya, sama sama kita tunggu pada posting akan datang dengan tajuk " Perancangan Darurat Musim Hujan 2016".

DAPATKAN PANDUAN BERNIAGA DIPASAR MALAM DGN EBOOK HEBAT KAMI KLIK SINI