nuffnang1

.:)

Dec 30, 2012

Doa Mustajab Pasar Malam




Salam dan selamat sejahtera, semoga anda sihat walafiat hendaknya..pastinya semua yang berada di Negeri Pulau Pinang gembira disebabkan hampir satu minggu hujan tidak turun. Apa yang penting kita bersyukur dengan apa yang Allah telah limpahkan kepada kita.

Namun apa yang ingin kita bicarakan pada hari ini merupakan satu amalan yang bagaimana anda lakukan untuk melariskan jualan anda, di harap anda tidak menggunakan benda-benda tahyul yang khurafat.

Sebagai umat Islam senjata yang paling hebat dan paling kuat merupakan doa, namun bagaimana anda melakukan dan menggunakan doa-doa tertentu dalam penyediaan makanan yang anda sediakan.

Berdoa tidak semestinya di dalam bahasa Arab sahaja , doa juga boleh menggunakan bahasa ibunda masing-masing kerana Allah tidak memandang bahasa pertuturan atau kulit atau bangsa , yang menjadikan manusia itu hebat adalah amal ibadatnya justeru itu jangan lah anda risau sekiranya anda tidak mampu berdoa didalam bahasa Arab yang mungkin menyebabkan anda malas untuk berdoa.


Doa merupakan sesuatu yang kita pohon kepada Allah yang maha esa meminta pelbagai perkara yang kita ingini dan sebagai seorang peniaga sudah pastinya, kita ingin memohon agar perniagaan kita berjalan dengan lancar serta laris dan rezeki yang kita perolehi melimpah ruah saban hari.

Tetapi bagaimana cara anda aspirasikan cara berdoa tersebut dan bila perlu anda mulakan dan bagaimana keadaan diri anda semasa berdoa. Berdoa tidak semestinya semasa berada di atas tikar sembahyang ( sejadah ) sahaja, berdoa boleh di lakukan sebilang masa samada duduk, berdiri atau apa sahaja.

Anda juga perlu beradab semasa berdoa namun tidak perlu terlalu formal, jangan salah ertikan formal itu. Sebaiknya jika anda telah melakukan hubungan intim seeloknya anda mandi hadas dahulu sebelum memasak kerana kurang elok memasak untuk di makan dalam keadaan berhadas besar dan inilah yang di katakan keberkatan.

Di sini saya akan dedahkan cara-cara berdoa untuk perkongsian buat kawan-kawan yang masih dalam keadaan was-was doa yang sepatutnya dituturkan. Doa ini telah saya amalkan sejak 14 tahun yang lalu sehinggalah sekarang ini tanpa ada perasaan jemu jemu. Saya selalu mulai berdoa semasa permulaan melakukan tugas-tugas memasak seawal pagi.

>>>>>  BISMILILAHIRRAHMARNIRRAHIM , YA ALLAH YA TUHANKAN, ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENGAMPUN, ALLAH YANG MAHA MENDENGAR , ALLAH YANG MAHA MEMBERI, AKU POHON PADA MU YA ALLAH, KAU BERKATILAH HIDUP KU PADA HARI INI, ANDAINYA REZEKI KU DI LANGIT KAU TURUNKAN LAH, ANDAINYA REZEKI KU DI BUMI ENGKAU NAIKANKAN LAH, LARISKAN JUALAN BIHUNSUP, TARIK LAH MINAT ORANG RAMAI MEMBELI BIHUNSUP KU SEHINGGA JUALAN AKU MENCECAH RM1500 MALAM INI, LIMPAH RUAHKAN LAH AKU DENGAN WANG RINGGIT DAN KEBAHGIAAN RUMAHTANGGA BERSAMA ISTERI KU SITI AISHAH BINTI SAFEE MUHAMMAD. AMIN AMIN YA RABBALALAMINN  <<<<<<<<<

Itu lah doa yang sentiasa saya amalkan dari dahulu sehingga sekarang, anda tidak perlu mengikut doa seperti saya tetapi anda boleh cipta sendiri bagaimana cara untuk anda memohon dari Allah....

Masih ada lagi doa semasa memasak yang saya amalkan...dan saya akan dedahkan pada posting akan datang...salam

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG PENUH MAKLUMAT TERKINI DISINI

Dec 28, 2012

Etika Peniaga Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat semua teman-teman seperjuangan dan tak lupa juga buat peminat blog pasar malam. Dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai peniaga pasar malam pastinya pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah sama-sama kita rasai.



Posting kali ini mungkin memuatkan anda tertanya-tanya, " Aikkk pasar malam pun kena ada etika ke? " namun sebagai seorang manusia kita perlu ada etika yang telah ditetapkan tak kira apa sahaja bidang dan jurusan yang kita ceburi dalam hidup ini untuk mencari nafkah dan lebih tepat lagi segalanya mempunyai undang-undang dan peraturanya.

Etika yang saya maksudkan bukanlah undang-undang yang telah di kuatkuasakan oleh pihak berwajib seperti etika seorang Pegawai Perubatan dan bidang yang sama dengannya, iaitu menyimpan rahsia pesakit dan segala fail dan folder tidak boleh di dedahkan sama sekali.

Begitu juga dengan peniaga pasar malam yang segintirnya gemar berbicara atau bercerita soal-soal peribadi yang mengaibkan seseorang samada sedar atau tidak. Perkara ini benar-benar berlaku dan saya sedar umpat-mengumpat berlaku di mana-mana sahaja dalam dunia ini tanpa dapat di bendung  atau di sekat sebab mulut tempayan boleh ditutp tetapi mulut manusia nak tutup macam mana????

Kisah-kisah peribadi kawan-kawan yang berniaga di pasar malam tidak perlu di hebahkan atau disebarkan keseluruh pasar malam kerana ini sudah tentu mengundang rasa tidak puas hati dan boleh mendatangkan aib, tidak perlu saya perincikan satu persatu perkara yang saya maksudkan, anda bijak memikirkannya sendiri.

Kekadang mereka-mereka yang selalu suka mengaibkan orang tidak sedar yang mereka juga tidak sehebat orang yang telah mereka ceritakan , namun mereka terpaksa menceritakan kisah orang lain bagi menutup tembelang mereka sendiri. Ingatlah yang rezeki kita cari menuntut keikhlasan dan hati yang mulia dan pastinya rezeki yang di perolehi juga berkat.

Fikir-fikir dan renung-renungkan.....eloklah cermin diri sendiri daripada mencerminkan orang lain.

EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM NO SATU DI MALAYSIA DISINI, DAPATKAN SEGERA

Dec 24, 2012

Amaran Hujan Negeri-Negeri Semenanjung

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, sejak kebelakangan ini cuaca nampaknya semakin hari menampakkan semakin lembab dan hujan masih berterusan . Saya yakin ramai di kalangan kita peniaga pasar malam kurang gemar dengan situasi ini kerana pada jangkaan kita masuk Disember pastinya hujan akan mulai reda namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Jika di bandingkan dengan tahun 2011 yang lalu pada Disember tiada langsung hujan dan kemarau melanda negara kita, namun pada tahun ini hujan di jangka akan berterusan kerana cuma tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun 2013 namun kepastian tentang samada hujan akan berterusan atau tidak tiada siapa yang pasti . Ramalan cuaca hanyalah sekadar ramalan yang kadang kalanya tepat dan ada masanya langsung tidak tepat.

Namun kita sebagai peniaga pasar malam yang mencari sesuap nasi dengan berniaga di pasar malam seharusnya mencari sesuatu alternatif bagi meneruskan perniagaan ini walaupun di kala cuaca yang buruk. TV 3 sebentar tadi telah pun mengeluarkan amaran berjaga-jaga bagi negeri-negeri Pantai Timur berkenaan hujan lebat yang bakal melanda negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Di bawah menunjukan Ramalan Cuaca Bagi Negeri Pulau Pinang yang di petik dari Jabatan Metereologi Negeri Pulau Pinang.



DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM UNTUK MENAMBAH ILMU MENJANA PENDAPATAN PASAR MALAM

Dec 23, 2012

7 Perkara Teras Untuk Pesara Tentera - Pasar Malam



Berita gembira buat pesara tentera yang ingin menjalankan perniagaan atau untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing sebagaimana yang telah diumumkan oleh PM baru-baru ini. Namun begitu perkara peling penting adalah usaha dan kesungguhan individu itu sendiri untuk memajukan diri dan taraf kehidupan. Segalanya telah di berikan dan kita sendiri yang akan mencorakkan masa depan kita.

KUALA KANGSAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan tujuh inisiatif teras bagi memperkasakan bekas tentera melalui Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP).


Tujuh inisiatif berkenaan ialah Program Penempatan Kerja untuk Veteran; Program Bimbingan Usahawan Veteran; Program Meningkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) oleh Industri dan Kad Privilege 1Malaysia.


Tiga inisiatif seterusnya ialah Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia, Program Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia dan Program Membaikpulih serta Membina Rumah Veteran 1Malaysia.


Menurut Najib, inisiatif berkenaan diharap dapat membela dan memperkukuhkan tahap sosioekonomi lebih 300,000 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 234,500 veteran tidak berpencen di seluruh negara.


Katanya, 1MVRP merupakan satu lagi produk 1Malaysia yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.


"Inisiatif ini boleh dianggap satu lagi usaha membantu rakyat tanpa mengira latar belakang, wilayah atau komuniti agar mereka turut mendapat faedah dan pembelaan daripada kerajaan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan 1MVRP di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.- Kosmo

EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DAPATKAN SEGERA DISINI

Dec 12, 2012

Pasar Malam Taman Janggus Alma - Testimoni

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, mungkin agak lewat saya posting cerita baru tapi teruja sangat hari ni. Selasa merupakan tempat yang paling seronok saya berniaga kerana pengunjung yang agak ramai dan perniagaan di sini memang cukup hebat ...tapi itu pun kalau hari tak hujan la.....

Ramai di kalangan sahabat seangkatan pun menyuarakan pendapat yang sama dengan saya , di samping pihak penganjur yang cukup baik dan "friendly" . Mereka melayan kami peniaga pasar malam cukup baik sekali dan setiap masalah pasti akan diselesaikan dengan berhemah dan penuh kemesraan.

Di bawah adalah beberapa Testimoni dari kawan-kawan yang seangkatan dengan saya berniaga di Pasar Malam Taman Janggus, Alma, Bukit Mertajam.

Abang Sopi Peniaga Laksa Buyung jenama Pak Ngah " Saya dah berniaga hampir 15 tahun dan saya rasa perniagaan di Pasar Malam Taman Janggus sekarang ini agak memberangsangkan bilamana banyak perumahan yang baru diduduki orang ramai ".




Abg Ard peniaga Keropok Lekor dan Keropok Kering " Saya dah kenal dengan Aree dah agak lama dan saya sering berniaga di kawasan yang sama dengan beliau, buat masa ini saya rasa Pasar Malam Taman Sri Janggus merupakan pasar malam yang menguntungkan.



Jojos , peniaga kueh popia dan pelbagai kueh-mueh, " Taman Sri Janggus ni saya dah mula berniaga dalam 4 tahun dari mula di buka lagi, sebelum masuk Taman Janggus saya berniaga di kawasan lain, saya rasa pasar malam Taman Janggus yang terbaik dibandingkan kawasan lain.



Sobri, peniaga bebola ikan dan Nugget, " Pasar Malam Taman Sri Janggus selalu membuatkan tak cukup kakitangan kerana pelanggan yang cukup ramai, stok sentiasa tak mencukupi untuk dijual dan adakalanya saya terpaksa berulang-alik mencari bebola sebagai tambahan memenuhi permintaan pelanggan.



Saudara Asri dan Saudara Azmi, " Kami berdua sering datang ke sini menikmati bihunsup Aree kerana bagi kami , bihunsup ni adalah yang paling sedap pernah kami makan di Seberang Perai ini disamping saudara Aree sendiri merupakan seorang yang peramah dan mudah tersenyum serta service ( perkhidmatan) yang beliau berikan cukup cepat.





Dec 9, 2012

Pewaris Pasar Malam



Salam dan selamat sejahtera buat anda, sambil melayan HBO 411 " The Three Musketeers" , saya ada sesuatu untuk di kongsikan bersama anda yang amat saya sayangi dan hormati.

Mungkin anda sendiri perasan tentang beberapa orang peniaga pasar malam yang mewarisi perniagaan tersebut turun temurun dari ibu atau bapa mereka. Semestinya mereka-mereka ini patutu berbangga dengan perniagaan warisan ini yang berjaya di martabatkan terus dari generasi ke generasi.

Namun dalam mewarisi perniagaan yang sedia ada, pewaris atau anak-anak yang mewarisinya tidak lah boleh tersenyum lebar selagi kedua ibubapa masih sihat dan masih mampu meneruskan perniagaan sedia ada, anak-anak sekadar berniaga dan keuntungan keseluruhan masih lagi di perolehi oleh ibubapa mereka. Dalam perkara ini anak-anak tidak boleh mendabik dada selagi masih makan gaji dengan ibubapa kerana segala untung atau rugi masih dibebani oleh ibubapa dan anak-anak sekadar pekerja. Walaupun mereka menjalankan perniagaan dengan membuka 5 cawangan sehari namun ini tidak melambangkan kegigihan anak-anak....dan segalanya masih di pikul oleh ibubapa.

Anak-anak atau pewaris akan betul-betul diuji seandainya kedua ibubapa telah tiada dan mereka sendiri terpaksa meneruskan perniagaan tersebut dan memikul segala belanjawan pengurusan untung dan rugi, pada masa inilah anak-anak akan terasa keperitan yang selama ini tidak pernah mereka rasai sewaktu ,mengendalikan perniagaan ini. Menyelesaikan pelbagai masalah dikala waktu hujan, kegawatan dan kejatuhan didalam perniagaan pasar malam.

Pada masa inilah anak-anak akan terkenang kepada ibubapa yang betapa susahnya untuk membangunkan perniagaan pasar malam, bagaimana susahnya ibubapa membina kerjaya perniagaan pasar malam dengan bermula dari bawah dan diawal perniagaan mungkin ibubapa sekadar menggunakan motosikal atau kereta yang ala kadar untuk mencari sesuap nasi bagi menyara anak-anak. Bermula dari tiada apa-apa sehinggalah mampu membeli kereta , lori atau van sesudah perniagaan menampakkan sedikit kemajuan.

Kehadiran anak-anak sekadar meneruskan warisan yang telah tersedia segalanya dari van hingga ke lori dan anak-anak tidak pernah mengeluarkan sesen pun modal mendapatkan itu semua. Sebagai pewaris anak-anak harus sedar dari sekarang dan buka minda , belajar bagaimana bermula dari bawah dengan ertikata dari " ZERO ke HERO ". Cuba bayangkan apa akan terjadi kepada perniagaan warisan yang mempunyai ramai adik-beradik dan buat masa ini segala penempatan dan masakan masih di kepalai oleh ibubapa, andainya mereka telah tiada nanti apa akan terjadi kepada penempatan yang telah ditetapkan dan siapa pula akan menjadi kepala dalam masakan dan keuntungan.

Semuanya ini seharusnya dan sepatutnya sudah difikirkan oleh pewaris juga ibubapa akan kemudian hari tidak menjadi sebarang perbalahan dan pertikaian dan sebagai anak-anak yang akan mewarisi tahta perniagaan yang menguntungkan ini , tekadkan azam dan semangat untuk terus belajar dari sekarang agar suatu hari nanti anda tidak akan menyesal apabila segala perniagaan terpaksa anda uruskan sendiri. Fikir dan renungkan.....

EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG MUDAH DAN PADAT DENGAN INFORMASI DISINI

Dec 8, 2012

Peniaga Pasar Malam VS Pesta Pulau Pinang

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, semoga sihat walafiat hendaknya. Dalam 2 ke 3 hari kebelakangan ini nampaknya cuaca semakin cerah pada sebelah petang hingga ke malam dan saya yakin pastinya menceriakan kawan-kawan seangkatan dalam perniagaan pasar malam.



Hari ini saya ingin berbicara tentang peniaga pasar malam yang ramai kini telah melangkah masuk ke tapak yang agak hebat dan tersohor di Malaysia dan boleh di katakan didunia juga kerana Pesta Pulau Pinang telah di gezetkan didalam kalendar acara tahunan perlancongan Malaysia .

Ramai dari kalangan peniaga pasar malam memang sejak dari dulu ada yang telah mula berniaga di tapak Pesta Pulau Pinang walaupun kadar sewa yang dikenakan untuk satu lot mencecah ribuan ringgit namun disebabkan sambutan yang amat hebat jadi keuntungan pastinya akan di perolehi dalam tempoh sebulan menyewa.

Kunjungan saya malam tadi di tapak pesta Pulau Pinang amat menerujakan apabila bertemu ramai kawan-kawan yang berniaga di Pesta Pulau Pinang dan dikalangan mereka yang berniaga pakaian lah yang paling ramai dan ada juga yang berniaga makanan ringan seperti air balang dan nugget yang amat menguntungkan.

Yang paling menerujakan apabila saya bertemu seorang sahabat yang menyewa tapak sebuah khemah dengan anggaran 20 X 20 , beliau menjual pakaian seperti t-shirt sukan dan pakaian kelengkapan sukan serta tudung dan aksesori wanita ..kadar sewa yang di tetapkan adalah RM10 ribu untuk satu bulan dan tapak yang berukuran 10 X 10 pula sekitar RM3 Ribu.  Memang hebat dan saya tabik springggggggg. Dari apa yang kami bualkan sahabat saya berkata dalam masa seminggu jualan mungkin belum ada keuntungan dan keuntungan akan di perolehi dalam minggu ke 3 dan ke 4. Keuntungan yang di perolehi amat memberangsangkan dan mungkin kalau bukan kalangan peniaga anda pasti tidak percaya. Tetapi itulah hakikat dan kebenaran keuntungan yang mereka perolehi selepas tamatnya sebulan Pesta berlangsung, tidak perlu saya nyatakan jumlah  keuntungan yang di perolehi kerana saya tidak gemar membuat spekulasi...



Anda juga boleh berkunjung ke Pesta Pulau Pinang dan cuba dekati dengan peniaga-peniaga ini yang kebanyakkannya peniaga berbangsa Melayu , dan cuba dapatkan maklumat berkaitan perniagaan mereka atau kalau nak cuba boleh makan di gerai makan yang telah di sediakan ..dengan itu anda sendiri boleh menilai berapa nilai serta harga menu makanan mereka yang setimpal dengan sewa tapak yang terpaksa mereka keluarkan.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG TERHEBAT DI ALAF INI


Dec 2, 2012

Punca Peniaga Melayu Gagal - Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua sahabat seangkatan dalam perniagaan Pasar Malam, nampaknya hujan masih lagi berterusan dari minggu lepas hinggalah ke hari ini. Menurut ramalan kaji cuaca Malaysia hujan akan berterusan sehingga hari Rabu ini di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang. Maka sila lah anda ambil maklum perkara ini.



Semasa hujan sedang rancak di pasar malam Mengkuang Titi tadi , kami segelintir peniaga pun mula rancak berbual dari pelbagi topik yang merapu sehingga ke yang berilmiah dan salah satu topik yang mencuri perhatian saya adalah berkenanaan pinjaman tanpa faedah yang disuntik oleh kerajaan Malaysia tahun hadapan bermula Januari 2013.  Borak punya borak masing-masing dah pasang niat nak buat pinjaman sedangkan pinjaman yang sedia ada dengan Tekun dan Amanah Ikthiar masih belum di langsaikan lagi. Maka terfikir di fikiran saya dan nampak amat ketara kepada sesetengah peminjam yang memang boleh dikatakan sinonim dengan diri mereka sendiri,yang peminjam akan tetap individu yang sama sebab beliau memang dah selesa hidup dengan berhutang, pinjam sini kambus sana, pinjam sana kambus sini.

Kalau di perhati dari segi ekonomi tidak nampak langsung kemajuan bagi golongan begini yang dari dulu sehingga kini tetap pergi berniaga sendiri tanpa mengupah seorang pekerja pun...dan saya terpanggil untuk menyiarkan sebuah artikel dari Utusan Malaysia tentang pandangan bekas Perdana Menteri Malaysia, tentang kegagalan peniaga sebangsa dengan saya tak kira lah apa saja jenis perniagaan yang di jalankan besar atau kecil...selagi sifat begini wujud maka tidak akan kemana lah diri kita...

Semoga anda akan memperolehi Ikhtibar dari pembacaan ini......


PUTRAJAYA 28 Nov. - Kelemahan dalam pengurusan tunai merupakan penghalang kepada usahawan bumiputera mencapai kejayaan lebih besar dalam bidang perniagaan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Beliau berkata, usahawan bumiputera harus lebih mahir dalam pengurusan kewangan termasuk menggunakan sumber yang ada secara bijak untuk memajukan perniagaan masing-masing.


''Jika usahawan bumiputera mendapat pinjaman RM1 juta untuk tujuan perniagaan, mereka akan belanja separuh daripadanya untuk membeli kereta mewah atau barangan lain.


''Pinjaman tersebut bukan sahaja tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam perniagaan tetapi mereka juga perlu membayar faedah atas dana yang diperoleh," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program bicara tengah hari sempena Perhimpunan Usahawan Bumiputera Industri Perkayuan di Pusat Maritim Putrajaya di sini hari ini.


Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datin Paduka Nurmala Abd. Rahim.


Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, usahawan bumiputera juga didapati gagal menguasai beberapa perniagaan francais di negara ini kerana tidak menguruskan aliran tunai dengan berkesan.


''Peniaga Melayu berkenaan gagal kerana selepas mereka mendapat keuntungan, hasil itu tidak dilabur untuk beli stok atau memajukan perniagaan tetapi digunakan untuk tujuan lain," katanya.


Dalam pada itu, beliau menggalakkan usahawan bumiputera melakukan usahasama dengan syarikat lain bagi menimba pengalaman dan ilmu yang diperlukan untuk memajukan diri.


''Selain perlu bekerja dengan rajin, usahawan bumiputera juga harus bekerja secara bijak dan untuk tujuan itu, kita perlu menimba ilmu melalui pelbagai kaedah termasuk membaca buku.


''Seterusnya kita mesti mengenal pasti apa yang kita mahu. Kita boleh mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan selepas itu baru fikirkan cara untuk memajukannya," katanya.


Dr. Mahathir turut menggesa usahawan bumiputera supaya meneroka peluang dalam bidang yang berlainan bagi memastikan kejayaan dalam perniagaan.


''Jangan nampak orang lain berjaya dengan jual nasi lemak, semua orang pun pergi jual makanan yang sama dan akhirnya gagal," katanya -   Utusan Melayu 

EBOOK PANDUAN BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DI PASAR MALAM , DAPATKAN DISINI