Lumrah Manusia Ketika Di Kutuk Akan Terasa Down....
#Part3 PSIKOLOGI INDIVIDU YANG GEMAR MEMBURUK-BURUKAN ORANG LAIN.
Korang nak tahu kenapa korang terasa atau mudah terkesan bila dikritik?
Sebab ini adalah kerana gaya pemikiran negatif yang berada di dalam setiap psikologi manusia yang dikenali sebagai gangguan kognitif.
Fikiran-fikiran yang tidak tepat mungkin kelihatan rasional dan tepat, tetapi pada hakikatnya mereka akan mengukuhkan lagi pemikiran negatif atau emosi menjaga kita dari perasaan yang baik mengenai diri kita sendiri (sedapkan hati sendiri)
Dalam posting ini, korang akan tengok melalui 3 gaya pemikiran ini diantara "mental block" daripada gangguan yang paling biasa.
1- Overgeneralization
Benda ni berlaku apabila orang lain kutuk korang dan korang fikir benda tu betul dan terus percayainya.
Proses pemikiran ini mungkin sebagai contoh macam ni,
Rakan bisnes korang ada tegur dan mengkritik korang sebab satu kesilapan je menyebabkan kerugian dalam bisnes korang, dan korang mula takut nak buat kerja tu dah sebab mempercayai yang mungkin korang akan mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang kali.
Kena tegur terus tak nak buat dah benda tu, walhal belum lagi cuba untuk improve.
*
*
2- Label Diri Sendiri
Ini berlaku apabila korang bukannya menganalisis kesilapan sendiri dan perbaiki diri tetapi sebaliknya korang gatai pi melabelkan diri sendiri benda yang negatif pula! Hampehh!
Contohnya, korang dah belajar buat bisnes, tetapi lepas apply ilmu tu, korang tak dapat buat, lepas tu member member kata kat korang,
"haaa buat lagi bisnes dah kata dah tak jadi" korang pun menyokong apa yang member member korang cakap
"Hmm aku dah apply tapi gagal, aku memang 7 keturunan pun tak pandai buat bisnes"
Tunjuk cara sado sikit bila berlaku kritikan bukan percaya je terus bahawa segala-galanya yang orang lain kata dekat kita itu adalah betul.
Itu semua adalah tanggapan orang lain secara langsung dan tidak langsung je, yang penting tindak balas peribadi korang sendiri terhadap kritikan tu.
.
.
.
3- Pemikiran Polarisasi,
Jenis pemikiran ni korang tengok diri sendiri atau orang lain dalam satu sudut sahaja.
Contohnya, ada individu kritik korang ni masa tengah jalankan bisnes, korang jual mahallah, sombonglah atau apa sahaja kritikan diberikan.
So bila orang kutuk korang, korang tak letak pun sama ada benda tu fakta atau pendapat sahaja kepada diri sendiri. Cubalah campakkan soalan soalan mencabar minda kita sikit.
Contohnya cabar minda macam ni,
"Dia kata aku sombong, hakikatnya dia tak kenal pun aku"
"Apa yang dia cakap tu fakta pasal diri aku atau hanya dari siai pandangan dia je? eh dia tak kenal aku pun lagi"
*
Korang jangan hanya lihat dari satu pandangan sahaja dan meiyakan je. Sepatutnya korang kena faham benda yang dia cakap tu betul ke sama dengan diri korang.
Iyakan sahaja memang down la sis bro!
So, Kita lihat hanya ada satu cara sahaja pandangan orang pada diri kita sama yang nak betul je, dan semua yang nak salah je.
Jika korang gagal dalam satu keadaan jangan melihat diri korang ni sebagai kegagalan. Okey?
🤓
.
Apa yang penting dalam posting ini adalah bahawa korang tidak boleh sentiasa nak semua benda berada didalam kawalan korang je, dan apa yang berlaku di sekeliling hanyalah proses untuk korang maju.
##
Tapi tak apa, korang hanya perlu belajar untuk menghargai orang lain dab ambil kawalan hidup sendiri atau bagaimana korang bertindak balas terhadap input negatif daripada pengkritik untuk perbaiki diri, dengan belajar bagaimana untuk menjadi lebih sedar tentang gangguan kognitif tadi.
*
Korang lepas ni akan belajar beri peluang kat diri untuk melihat diri korang lebih realistik dan ambil kawalan kehidupan emosi korang,
*
Korang lepas ni tak payah dah ada perubahan mood yang merosakkan diri sendiri. Buat penat je. Jangan menganggap bahawa sesorang yang kritik korang tu akan membantu korang keluar dari masalah pun kan?
#
Pesan terakhir saya adalah, jangan ambil mudah dengan setiap kritikan, ada insan kritik mahu kita improve ada insan kritik kerana memang mahu menjatuhkan.
*
So lepas ni belajar untuk ubah mindset dan ambil kawalan hidup sendiri ya =)
"Tiada perkataan gagal di dalam dunia ini, yang ada hanyalah perkataan maklum balas untuk diri sendiri"
Kalau rasa best sebarkanlah lagi kepada lebih ramai orang.
Positif Gais! Dan Salam Inspirasi
Personal Motivator/Pengedar Sim Kad Toneplus
Aree aka Zul Karnai
sQuadTPaSkarPencenKe2
Northern Region
Penang BAse
0134704110
No comments :
Post a Comment