nuffnang1

.:)

Sep 18, 2017

ALLAH TAKDIRKAN SEGALANYA TAPI KAU YANG PUNYA PILIHAN NAK BERJAYA ATAU TIDAK DENGAN TONEPLUS

Memilih untuk tidak bertindak juga merupakan satu pilihan tapi manusia diberi akal dan fikiran...kau pilih yang mana..

Sebelum mata ini terlelap saya nak kongsikan sedikit perkara mengenai kejayaan kadang-kadang kita ni nak sangat kejayaan itu menjadi milik kita tetapi kita lupa untuk mencapai kejayaan itu bukanlah satu tugas yang mudah.
.
.
Bagi saya saya pegang pada satu prinsip hidup yang sangat kuat, kejayaan itu adalah satu proses anda melihat saya mungkin ada yang mengenali saya dan mungkin ada yang benar-benar mengenali saya mereka tahu saya bermula dari mana saya bermula dari tiada apa-apa kosong,
.
.
Sehingga saya mempelajari ilmu psikologi bukan kerana saya nak cari kerja tetapi saya mahu mengenali manusia mungkin ada pengalaman lepas saya yang saya rasa perlu saya belajar tentang diri saya, bila saya mengenali diri saya rupanya kita manusia boleh memilih bagaimana untuk mencorakkan hidup kita.
.
.
Hidup adalah sebuah pilihan kita pilih sama ada mahu bertindak ataupun tidak memilih untuk membuat apa-apa tindakan dan sejujurnya memilih untuk tidak berbuat apa-apa juga adalah satu pilihan.
.
.
Memang benar takdir yang menentukan ketentuan yang telah ditetapkan, semua itu adalah benar, tetapi cuba kita fikirkan kembali adakah kita 100 peratus menyerahkan takdir tanpa melakukan usaha sehabis baik untuk hidup kita,
.
.
Saya tiada jawapan untuk anda, anda sahaja yang tahu berapa peratus usaha anda telah lakukan, berapa banyak sumber telah anda manfaatkan dan paling penting mendapat restu dan redha Allah.
.
.
Kejayaan itu bukanlah untuk dibangga-banggakan tetapi kejayaan itu adalah satu titik permulaan untuk kita kumpulkan untuk akhirat, kalau kau mengenali diri kau kau tidak akan mudah terkesan dengan kata-kata orang lain dan sekali lagi saya pegang pada prinsip ini yang mencorakkan hidup kita adalah diri kita.
.
.
Redha Allah dan kasih sayang orang sekeliling kita, membuatkan berdirinya siapa orang yang berjaya itu kerana adanya doa orang lain untuk kita.
.
.
Pesan saya kepada diri saya, kau tahu kau bermula dari mana kau tahu siapa yang ada bilamana kau perlukan, kau tidak akan mudah terkesan bagaimana orang nak menjatuhkan dirimu.
.
.
You know you're doing the best. Maka teruskan melangkah. Apa yang penting JALAN TERUS.
.
.
"Kita didunia bukan sesiapa. Bukan untuk bertanding tara, maka persiapkan diri untuk kita sentiasa sedar diri."

Salam Inspirasi
Nak daftar simkad Tone Plus jom saya bantu >>0134704110>>
Aree aka Zul Karnai
http://daftarmudahtoneplusdisini.wasap.my/penerangan

No comments :