nuffnang1

.:)

Oct 9, 2013

Bajet 2014 Khas Buat Pesara Tentera

Salam dan selamat sejahtera... sejak masuk bulan Oktober 2013 ini ramai yang sering memperkatakan soal bajet atau pub belanjawan yang bakal diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 25hb Oktober 2013 nanti. Di dada-dada akhbar juga memperkatakan tentang bajet yang lebih bersifat mesra rakyat dan antara yang telah di nikmati dan bakal di nikmati adalah suntikan modal sebanyak RM700 Juta bagi memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera.

Dan yang bakal menggembirakan ramai lagi adalah tentang Bantuan Rakyat atau BR1M yang dikhabarkan oleh akhbar akan bertambah dan di beri dalam dua fasa serta terus di kreditkan ke akaun mereka yang layak namun untuk kesahihanya sama-sama kita nantikan tarikh keramat 25hb nanti.
                                 

 Pelbagai pihak dari peringkat bawahan sehingga yang bertaraf tinggi sentiasa menunggu berita gembira dan tak kurang pula yang sudah menghantar pelbagai surat meminta kerajaan memberi sesuatu buat mereka , apatah lagi kakitangan kerajaan yang tidak pernah berhenti meminta-minta huhuhu..melalui Cuepac.

 Kalau anda punyai masa terluang lawatilah laman blog Cuepac. Pelbagai reaksi dari mereka. Namun apakah pulak reaksi dari peniaga pasar malam yang juga merupakan penyumbang ekonomi buat Malaysia. Mungkin ramai pembaca kurang arif atau mengetahui bahawa peniaga pasar malam terdiri dari pelbagai kaum etnik di Malaysia dan tidak tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja.

 Malah sama sekali salah atau tidak benar jika ada sesetengah orang mengatakan bahawa peniaga pasar malam majoritinya adalah orang Melayu, orang yang beranggapan begini sebenarnya mereka jarang berkunjung ke pasar malam atau sekadar ke pasar malam berdekatan rumah atau kampung mereka sahaja.
Mungkin di negeri lain seperti Kelantan, Trengganu, kedah mungkin majoriti peniaga adalah di kalangan orang melayu tetapi bagi kami di Negeri Pulau Pinang ianya amat berbeza kerana di Pulau Pinang dan Seberang Perai peniaga pasar malam merangkumi kaum Melayu, Cina dan India yang kami sama-sama berniaga mencari rezeki kerana pasar malam di Pulau Pinang cukup banyak dan kehidupan disini dengan pelbagai kaum merupakan sebuah masyarakat yang harmoni sejak dari nenek moyang lagi.

 Dan di negeri Pulau Pinang juga terdapat ramai pesara tentera yang berniaga di pasar malam memandangkan pendapatan dari jualan yang amat tinggi lebih dari apa yang di perolehi setelah bersara jika terpaksa "makan gaji". Kebanyakan pesara tentera berniaga adalah untuk menampung sedikit sebanyak wang baki membesar anak-anak dengan di campur pencen bulanan. Justeru itu semoga Kerajaan dapat menaikan pencen Pesara Tentera pada selaras dengan kenaikan gred gaji baru tentera/polis yang telah di umumkan bulan-bulan yang lepas. Dikhabarkan permintaaan golongan pesara adalah sebanyak 10% kenaikan....namun saya mintak di tambahkan lagi buat pesara tentera sebanyak 15%, rasanya adakah Kerajaaan akan bersetuju ... sama-sama kita saksikan belanjawan 2014 pada 25 Okt nanti.

. DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM BUAT ANDA DAN TAWARAN SEBANYAK 15% DISKAUN DIBERI BUAT 5 ORANG TERAWAL

No comments :