nuffnang1

.:)

Sep 20, 2013

Memperkasa Ekonomi Bumiputera/Melayu Khas Peniaga Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera, apabila kita mendengar berita dan membaca akhbar-akhbar sekarang ini heboh di perkatakan agenda Kerajaan memperkasa ekonomi Bumiputera yang menyuntik dana yang cukup banyak bagi meningkatkan taraf serta ekonomi dari segi perniagaan .

Saya ingin membicarakan tentang perkara ini dari kaca mata seorang peniaga kecil seperti kami peniaga pasar malam. Kekadang saya dan rakan-rakan terfikir adakah kami ini patut memohon pinjaman untuk menambah atau meningkatkan taraf perniagaan pasar malam.

Namun setelah saya berfikir puluhan kali, saya rasakan kami tidak punya idea atau ilmu andai kata sekali pun permohonan pinjaman di luluskan, namun apa patut kami lakukan dengan modal tersebut. Pasar Malam nak di besarkan atau tapak kami nak dibesarkan. Semuanya bermain di fikiran saya, adakah perlu saya membuat pinjaman semata-mata untuk membeli sebuah periuk berharga RM600 atau untuk membeli payung berharga RM120. Semuanya ini tidak masuk akal atau tidak logik kerana modal dalam anggaran tadi mampu di buat hanya dengan keuntungan berniaga di pasar malam. Perkara pokok dan persoalannya bagaimana kami ingin membesarkan perniagaan. Kerana kalau tapak pasar malam tetap berukuran yang sama jadi tiada lonjakan.

Kemudian saya terfikir lagi , golongan kami peniaga pasar malam rata-rata adalah kumpulan yang sering merendah diri dan tidak banyak karenahnya ..kami sekadar mendengar dan berniaga..itulah prinsip hidup kami sebagai peniaga pasar malam.

Dan terakhkirnya apa yang timbul dalam kotak fikiran saya adalah, pihak kementerian yang bertanggung jawab secantik-cantiknya turun ke padang bertemu peniaga pasar malam dan meninjau sendiri dari pelbagai aspek dan mencari peniaga yang betul-betul komited dan di rasakan layak untuk kearah meningkatkan atau mempunyai potensi membesarkan perniagaan yang ada ke suatu tahap lain selain dari pasar malam. Sebagai contoh membuka restoran atau sebagainya.

Bimbingan amat di perlukan dari kementerian yang bertanggungjawab, kerana kalau hendak menunggu kami datang saya dapatkan rasakan amat sukar. Memang benar kerajaan telah melakukan yang terbaik dengan melancarkan agenda memperkasakan ekonomi bumiputera ini namun kami masih memerlukan sebuah bandan yang membimbing kami ke arah lonjakan paradigma pasar malam.

SAYA REHAT DULU SOLAT JUMAAT NANTI SAMBUNG SEMULA ?????

No comments :