nuffnang1

.:)

Oct 25, 2013

Bajet 2014 - Suara Peniaga Pasar Malam di Dengari

Semasa pembentangan bajet 2014 petang tadi saya rasa agak terkejut apabila PM mengumumkan suntikan RM100 Juta buat peniaga Pasar Malam.

Memang ramai peniaga pasar malam pernah mengutarakan kepada kerajaan akan kesusahan untuk mendapatkan pinjaman wang bagi peniaga pasar malam akibat pihak bank meletakan syarat yang terlalu ketat sehingga peniaga pasar malam merasa amat kecewa.

                                                         

Suara-suara peniaga pasar malam banyak di lontarkan melalui persatuan , laman blog, twitter dan laman blog Cuepac dan termasuklah blog PM sendiri .Tak sangka pula perkara ini telah di ambil serius oleh Kerajaan Malaysia.

Maka petang tadi PM telah mengumumkan pinjaman mudah buat peniaga pasar malam , namun begitu saya ingin menyaksikan pihak bank yang di pertanggungjawabkan perlulah lebih telus dan tidak terlalu banyak karenah.

Seawal tahun 2014 nanti ramai-ramailah kita peniaga pasar malam menyerbu BSN untuk membuat permohonan pinjaman yang telah dibekalkan oleh kerajaan Malaysia dengan faedah 4% di kenakan. Pihak Bank pula jalankan tanggungjawab dan laksanakan tugas yang di berikan dengan baik tanpa banyak songeh...

EBOOK PANDUAN PASAR MALAM DISINI, DAPATKAN SEGERA BUAT PERNIAGAAN INI

No comments :