Ramai peniaga pasar malam menunggu sehingga jam 6 petang namun apabila tiada tanda yang hujan akan berhenti maka kebanyakanya terus pulang ke rumah. Yang setia menanti adalah di kalangan peniaga yang menjual makanan dan menggunakan pekerja. Yang berniaga sendiri tanpa menggunkan pekerja sudah pastinya akan cabut sebab tidak perlu memikirkan gaji untuk di bayar.
Gambar Hiasan huhuhu |
Hujan yang turun tidak berhenti menyebabkan sesetengah pasar malam menjadi lenggang tanpa penghuni dan ada juga yang silap percaturan lari ke pasar malam lain dengan meninggalkan tempat asal beliau, namun tetap kecundang.
Bagaimana perasaan peniaga-peniaga di pasar malam bila ribut melanda?
Mungkin bagi kami, perkara sebegini sudah menjadi lumrah dan suka atau tidak terpaksa juga di harungi. Jadi bagi mereka - mereka yang berminat menjalankan perniagaan di pasar malam, tidak perlu takut atau risau kerana rugi hari ini tidak semestinya rugi hari esok. Walau apa pun yang berlaku Perniagaan Di Pasar Malam amat menguntungkan.
EBOOK PANDUAN UNTUK ANDA BERNIAGA DI PASAR KINI DI PASARAN
No comments :
Post a Comment