nuffnang1

.:)

Aug 30, 2013

31hb Ogos 2013 - Merdeka ke 56 tahun

Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun buat seluruh Warga Malaysia dalam dan luar Negara. Sama-sama kita mengibarkan jalur gemilang, bendera kebanggaan kita dan simbol perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Petang tadi saya berkesempatan singgah di Alma semasa membeli barang . Saya singgah sebentar di warung menjual nasi lemak dan teh tarik. Lapik perut sementara menunggu hari malam, saya makan nasi lemak 2 bungkus dan teh tarik.

Apa yang menarik perhatian saya adalah sikap majmuk masyarakat Malaysia pelbagai kaum yang singgah makan dan minum disitu yang terdiri dari Melayu, Cina, India dan lain-lain etnik. Sesuatu yang amat boleh di banggakan kerana semua kaum boleh duduk dibawah satu bumbung sambil menikmati makanan petang yang tidak mungkin dapat dilihat di negara lain.

Perpaduan kaum beginilah yang kita ingini demi keharmonian Malaysia dan semoga kita akan kekal aman selamanya, insyallah.....

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Buat Semua.. " MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAH KU"////

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM UNTUK EKONOMI ANDA 

No comments :