nuffnang1

.:)

Aug 26, 2013

Jalur Gemilang - Patriotik Rakyat Malaysia Terlampau Kurang

Minggu lepas saya menjalankan "survey" ke Pulau Pinang bermula dari turunnya Jambatan Pulau Pinang sehingga ke Bandar sekitar "Penang Road: terus menuju ke Tanjung Tokong, melalui "Gurney Drive" serta ke Padang Kota Lama.

                             

Bendera Malaysia hanya di pasang pada bangunan kerajaan sahaja sahaja dan boleh di kira dengan jari pada premis-premis swasta dan individu.

Hari ini saya bersiar sekitar bandar Bukit Mertajam melalui simpang empat terus bukit minyak, melalui Alma serta berpatah balik melalui jalan Kampung Baru... begitu juga suasana yang sama dapat saya perhatikan betapa kurangnya pemasangan bendera Malaysia malah ada sekolah -sekolah tidak memasang bendera dan saya mengucapkan tahniah kepada beberapa buah SJKC yang penuh dengan bendera Malaysia dan berbeza dengan Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar BM  yang langsung tidak memasang Bendera Malaysia .

Mungkin selepas membaca blog ini Pengetua Sekolah tersebut pasti akan memasang bendera Malaysia dengan segera takut hujung tahun tidak tercalon pengetua cemerlang huhuhu...

Perlukah kita menunggu pemberian percuma dari kerajaan untuk membeli sehelai Jalur Gemilang yang hanya berharga sekitar RM4.90 atau paling mahal RM5.70 mengikut kedai-kedai yang menjual dengan ukuran 3 X 6 kaki.

Rasanya sedikit pun tidak memberi impak pada wang saku kita kerana RM500 dan RM250 pemberian BR1M telah di terima justeru itu tidak perlulah kita pertikaikan dan menanti segalanya dengan percuma sahaja. Kenapa kita tidak boleh mencontohi negara jiran seperti Thailand dan Indonesia yang mempunyai semangat Patriot yang terlalu tinggi, adakah kita merasa cukup selesa dan berada di ambang kesenangan yang terlau mudah kita perolehi. Berbeza dengan Indonesia yang menumpahkan darah demi kemerdekaan.

Begitu juga dengan di rumah-rumah sekitar Taman Perumahan yang boleh dikira jika terdapat 100 rumah yang memasangnya hanya 1 atau 2 rumah sahaja itu pun di kalangan bekas pesara tentera yang pernah terlibat dengan perjuangan menentang Komunis kerana semangat mereka tetap kental walaupun sudah bersara.

Perlukah Kerajaan mewajibkan setiap premis memasang bendera kalau gagal didenda??? adalah kita mahu begitu??? tepuk dada tanya selera....

Mungkin akan kedengaran ayat-ayat "Clisye" mengatakan " kami punya semangat patriotik yang cukup tinggi, tak perlu pasang bendera untuk menunjuk-nunjuk."//////saya dah pun dengar ayat begitu....malas nak layan...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM SEBAGAI PANDUAN MEMULAKAN PASAR MALAM

No comments :