nuffnang1

.:)

Aug 14, 2013

Pasar Malam Sahaja Yang Mampu Buat Duit

Tak kata tak melata, itulah pepatah yang sinonim dan mungkin tepat untuk kita perkata dan bincangkan pada kesempatan hari ini.

Tidak susah atau sukar untuk menghayati pepatah atau ayat di atas kerana hanya Pasar Malam yang mampu menjana pendapatan yang lumayan melebihi Bazaar Ramadan. Permulaan hari berniaga di pasar malam selepas bazaar ramadan mampu membuatkan peniaga yang tidak pernah mengukir senyuman di bulan puasa mampu tersenyum puas dan teruja..malah ada yang bersiul riang dan di wajah mereka tampak keceriaan yang tidak terhingga.

Kalau kita tanya bagaimana di bazaar ramadan pasti mereka mengerutkan dahi serta menunjukan wajah yang suram namun bila di pasar malam, riak wajah berubah ceria tanpa perlu kita bertanya dan kita sendiri boleh melihat kegembiraan yang terpancar di wajah-wajah peniaga pasar malam ini.

Gembira dan cukup gembira yang tidak terhingga, apa tidaknya jika di bazaar ramadan ramai yang gagal meraih pendapatan yang lumayan dan ada yang mengalami kerugian setiap hari selama 20 hari atau ada yang menanggung kerugian sehingga tamat ramadan , mereka ini bertahan demi menjaga pekerja yang setia dan sanggup membayar upah walaupun hakikatnya mereka mengalami kerugian yang teruk.

Jika kita tanya pasti yang mengalami kerugian berjumlah ribuan ringgit semasa ramadan dan hasil kaji selidik saya hampir 70% peniaga bazaar ramadan tahun 1434 Hijrah (2013) mengalami kerugian atau keuntungan yang cukup nipis ( Dalam anggaran RM70 ke RM100 sahaja sehari ).

Dengan kembalinya pasar malam dan keghairahan pembeli yang pelbagai kaum maka terpancar semula senyuman di kalangan mereka. Syukur Alhamdulillah.....kesabaran dan sokongan keluarga yang amat di perlukan.....Aminnnnnnn

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI 

No comments :