Setelah berakhirnya Bazaar Ramadan maka kini telah bermulalah perjuangan kami peniaga pasar malam beraksi semula di pasar malam pada setiap hari .
Minggu pertama perniagaan pasar malam telah mula menunjukkan tanda yang cukup positif dengan kehadiran pengunjung yang amat ramai dan ketara , seolah-olah mereka membalas dendam kepada makanan idaman mereka yang diidamkan tidak dapat di nikmati selama sebulan di bazaar ramadan.
Mungkin Bazaar Ramadan di lokasi mereka sebelum ini tidak seenak di pasar malam. Sebagai contohnya malam tadi di pasar malam Taman Janggus yang menyaksikan semua peniaga pulang dengan hati yang cukup girang akibat serangan pelanggan yang telah lama tidak kelihatan. Bolah di katakan semua menu yang di jual habis semuanya .
Maka tidak hairanlah ramai peniaga pasar malam lebih menggemari berniaga di pasar malam berbanding bazaar ramadan. Memang benarlah bagai di kata, perniagaan bazaar ramadan tahun ini boleh di katakan hampir 80% merungut dan gagal mendapat keuntungan yang banyak jika berbanding dengan pasar malam.
Dengan harga bahan mentah yang melonjak tinggi dan kos serta modal yang juga tinggi makanan yang di jual tidak mampu di letakkan dengan harga yang tinggi menyebabkan ramai peniaga seperti kami gagal di bazaar ramadan. Apatah lagi jika bazaar ramadan tersebut terletak di sekitar kawasan kampung-kampung yang kuasa membeli terlalu rendah.
Bila tamatnya Ramadan maka kini telah tibanya kembali masa yang di nanti-nantikan oleh semua peniaga pasar malam untuk mengembalikan semula musim kegemilangan dalam perniagaan masing-masing di pasar malam kerana PASAR MALAM AMAT MENGUNTUNGKAN.
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DISINI UNTUK KEUNTUNGAN MASA DEPAN ANDA
No comments :
Post a Comment