nuffnang1

.:)

Nov 4, 2011

Bonos - November - Aidil Adha - Raya Haji

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua ..semoga anda beroleh sedikit kebahagiaan dengan beralihnya cuaca hujan dari Malam ke sebelah petang.
Bulan Oktober boleh di katakan bulan yang perit bagi peniaga pasar malam sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang kerana dari awal bulan hujan sentiasa turun mulai jam 5 petang terus sehingga ke malam hari. Membuatkan ramai di kalangan kami menangis dalam hati namun senyuman masih mampu di ukirkan di hadapan pelanggan.

Dan kini mulai masuk bulan November dan nampaknya pada 1hb cuaca sudah mulai berubah dengan hujan lebat sekitar jam 3 petang dan mulai reda sekitar 6.30 atau 7 malam...faktor perubahan ini mampu membuatkan peniaga seperti kami mulai tersenyum walaupun kerugian yang di tanggung masih belum mampu di kambus...namun tidaklah berterusan pada November ini..apa yang mampu kami lakukan hanyalah berdoa agar cuaca maintain macam sekarang untuk memberi ruang kepada kami peniaga pasar malam mengaut sedikit keuntungan .....

Bagi peniaga yang hanya menjalankan perniagaan seorang diri atau bersama pasangan kebanyakanya mengambil kesempatan di musim tengkujuh ini bercuti walaupun perit isi poket nak keluar namun mereka tiada pilihan dan terpaksa bercuti daripada menanggung rugi yang berterusan...tapi berlainan pula bagi peniaga yang mengupah pekerja..mereka ini terpaksa juga berniaga bagi menjaga kebajikan pekerja-pekerja yang hanya mengharapkan gaji dari kami yang mengupah mereka..jadinya terpaksalah kami tanggung segala kerugian...lumrah dan adat berniaga pasar malam terpaksa kami tempuhi...mungkin bagi mereka yang tidak pernah terlibat dalam perniagaan pasar malam pastinya mereka akan berkata..kerugian yang kami alami tak banyak tetapi hakikatnya cukup banyak....bayangkan kalau anda terpaksa keluarkan duit poket sehari RM300 dan di darab dengan 21 hari...mau gak kopak poket...hanya Allah yang mengetahuinya..

Harapan saya agar semua peniaga pasar malam bersabar dengan ujian dan dugaan ini, semoga anda tabah dan jangan berputus asa...buatlah tindakan yang bijak di musim hujan ini..insyallah anda akan berjaya.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN MAKLUMAT DI SINI

No comments :