nuffnang1

.:)

Nov 14, 2011

Teknik Tabungan VS Simpanan Pasar Malam

Salam dan Selamat sejahtera, semoga anda sihat walafiat dan sentiasa di murahkan rezeki.

Nampaknya situasi hujan di Seberang Perai dan Pulau Pinang masih lagi belum menentu. Tak tahu nak agak sebab ramalan cuaca pun kekadang meleset gak, almaklum la kan nama pun ramalan. Semalam tapak perniagaan saya di Kuala Mengkuang Titi, Penanti. Suasana petang memang ceria dan seronok masa tu melayan ragam dan kerenah pelanggan yang ramai. Namun segalanya berubah dalam sekelip mata apabila cuaca mula berubah.




Perubahan cuaca tidak lah berapa ketara sangat hanya sekadar berangin dan cuaca gelap seketika menampakan seolah-olah hari nak hujan dan saya mula teringatkan pepatah melayu berkata " Jangan di curah air dalam tong, kalau guruh berbunyi" dan memang tepat sekali apabila hujan tak turun tapi pelanggan kelam kabut lari ...jadi semalam perniagaan Pasar Malam Mengkuang ..suram ...sabarrr aje la.

Ok berbalik kepada tajuk posting pada kali ini adalah cara dan teknik menabung dari keuntungan Pasar Malam. Ini pandangan dan apa yang saya sendiri praktikan. Saya ada membaca banyak post-post di blog cara dan teknik menabung yang mempunyai pelbagai pandangan. Bagi saya apa yang saya praktikan adalah mengikut jumlah jualan pada malam tersebut. Saya tidak mengamalkan mengambil 30%, 40% atau 50% dari keuntungan pada malam tersebut kerana bagi saya teknik begini agak gagal di praktikan kerana pendapatan tidak menentu dan cara terbaik yang saya lakukan adalah mudah dan simple jerk.

Sebagai contoh jika jualan saya mencapai sebanyak RM1500 pada malam ini. Saya akan menolak modal yang saya keluarkan pada hari itu adalah RM700. Tapi baki tu belum lagi boleh di katakan keuntungan untuk simpanan kerana banyak lagi perlu di congak. Kerana mungkin esok saya ada pelbagai perancangan so setelah di tolak modal dan apa yang saya nak lakukan esok baru saya saving...sebagai contoh malam ini dapat simpan RM300. Mungkin esok jualan kurang pulak sekitar RM1200 atau kurang lagi mungkin hanya RM600.

Saya tidak mengatakan teknik saya 100% tepat tapi itulah yang saya praktikan dan adakalanya langsung tak dapat saving apatah lagi dalam situasi cuaca yang tidak menentu ini, maka dengan itu terpaksalah korek simpanan yang sebelum ini untuk di guna pakai sebagai modal. Andainya anda punya cadangan yang lebih baik, saya alu-alukan anda memberi pendapat yang positif bagi meningkatkan lagi dan meningkatkan lagi rezeki peniaga Pasar Malam yang ingin menabung demi masa depan..

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI

No comments :