nuffnang1

.:)

Nov 21, 2011

Public Bank

Salam dan selamat sejahtera buat semua, semoga anda sihat walafit hendaknya.




Pagi tadi saya ada menonton rancangan Wanita Hari Ini, dan tajuk yang di bincangkan adalah " Ayah KU Muflis "...ianya satu perkataan yang amat menakutkan kepada semua orang malah boleh di katakan ngeri. Dan saya amat pasti ramai di kalangan kita peniaga Pasar Malam pun ada yang membuat pinjaman dari bank dan gagal melunaskannya dan ada juga yang membuat pinjaman dari Skim Mikro Kredit, Tekun dan Amanah Iktiar.

Membuat pinjaman adalah perkara biasa bagi peniaga-peniaga termasuklah kami peniaga Pasar malam kerana modal di perlukan bagi memulaka perniagaan atau pun membesarkan perniagaan dan mungkin juga boleh di gunakan ketika kecemasan seperti musim hujan sekarang ini. Namun yang penting mesti di ingatkan adalah cara bagaimana nak membayar semula setiap pinjaman tersebut agar nama kita tidak di senarai hitamkan.

Di dalam perbincangan Wanita Hari Ini tadi, statistik yang muflis adalah peminjam yang membeli kereta, rumah dan kredit kad.. ini yang paling tinggi dan juga orang menjadi " Gerentor " juga tidak terkecuali di mufliskan angkara peminjam tak dapat membayar. Apa yang di nyatakan oleh Peguam tadi adalah , ramai gerentor mengatakan mereka mangsa dan tidak bersalah tetapi pihak bank menggunakan pendekatan " anda telah menandatangani jadi ertinya anda memahaminya ".

Di dalam permasalahan ini sewajarnya kita perlu pergi berbincang dengan pihak bank bagi mengatasi masalah ini dengan jalan yang terbaik sekali. Ini berlaku sendiri kepada sahabat saya yang mengalami nasib yang sama kerana kereta beliau tertunggak selama 2 bulan dan beliau mulai risau.

Tindakkan beliau adalah pergi sendiri berjumpa dengan pihak bank bahagian penjadualan semula pinjaman. Layanan yang di terima amat baik sekali oleh pihak bank, sahabat saya di beri alternatif agar bayaran bulanan dapat di jadualkan semula dengan tambahan sebanyak 5 tahun lagi bagi mengurangi bebanan bulanan yang terpaksa di bayar.. justeru itu bayaran bulanan sekarang menjadi kurang dan mampu di bayar..ini;ah pendekatan terbaik dan jalan penyelesaian daripada kita berdiam diri dan membiarkan diri kita di mufliskan.

Apa yang saya nak sampaikan saya ingin mengucapkan tahniah di atas sikap dan layanan mesra dari dari kakitangan Publik Bank yang memberikan layan baik dan sewajarnya kepada pelanggan-pelangganya selama ini.

DAPATKAN EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE DI SINI

No comments :