nuffnang1

.:)

Nov 28, 2011

Letih Ke Atau Tired

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Semoga sihat dan di murahkan rezeki.

Gem invasion | Jeux avec Jeuxclic.com

Awal Muharam dah mula menjegok kita dan ini bermakna tahun baru hijrah mengikut kalendar Islam telah bermula iaitu 1433 Hijrah yang pastinya setiap dari kita mula memasang azam baru untuk di jadikan panduan... ala macam tahun tahun lepas la.




Apakah azam anda pada maal Hijrah yang lalu sudah tercapai atau separuh tercapai atau lansung tak tercapai. Dimana salah dan silapnya. Mungkin anda terlupa dan tidak ingat...suatu pengertian yang sama namun tidak serupa, fikirkan sendiri.

Walaupun kita hanya menjalankan perniagaan pinggiran bak kata sesetengah orang namun jangan memandang rendah pada perniagaan Pasar Malam ini. Azam yang kuat dan kukuh harus di teruskan untuk merancakkan perniagaan yang telah anda bina bertahun lamanya.

Anda sedar atau tidak pada tahun hadapan Kerajaan akan mula menggandakan pinjaman dan peluang perniagaan kecil seperti kita ini kerana pasar malam menjana 10% ekonomi Malaysia dan anda juga telah membuka peluang pekerjaan kepada anak muda yang tidak mempunyai pekerja dan sepatutnya anda haruslah bersikap terbuka dan haruslah berbangga dengan pencapaian anda sekarang.

Saya juga tidak menafikan peniaga pasar malam sekarang ini sedang menghadapi krisis ekonomi bermula dari Nov sehinggalah sekarang ini. Anda tidak perlu risau kerana bukan anda sahaja yang mengalami krisis ini tetapi ianya menjalar ke seluruh pelosok dunia dengan istilah Krisis Global. Anda masih lagi mempunyai pekerjaan kerana andalah majikan dan andalah pekerja jadi ianya tidak menjejaskan apa-apa pada diri anda berbanding mereka-mereka yang telah hilang pekerjaan dengan cara drastik, fikir dan renungkan. Apa yang penting teruskan perniagaan anda dan tanamkan satu azam untuk meningkat dan memajukan perniagaan anda, pekakkan teling pada suara-suara negatif dan butakan mata pada pandangan sinis....ingat sumber rezeki anda adalah perniagaan pasaran malam dan 9/10 punca rezeki yang Allah taala telah gariskan.

Bagi saya pulak saya sedang mencari sesuatu untuk melapangkan kawan2 yang mengalami keletihan semasa berniaga dalam situasi sekarang ini... saya telah membina satu blog permainan yang sedikit sebanyak boleh merelaxkan minda dari terus bergolak...Klik di bawah ini ---------->>>>>

http://www.hepigames.blogspot.com


Sebelum saya akhiri bicara pada kali ini, saya seru kepada semua agar teruskan semangat dan kuatkan minda..hiduppp pasar malam......

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI

1 comment :

LoLiPoP BuLat said...

pasar mlm tuh tiap2 mlm idop...hahahaha