Mereka Pembawa Rezeki Buat Saya, Mereka Pembawa Tuah Buat Saya Dan Mereka Juga Suka Dan Duka Saya
apa jua perniagaan amat dianjurkan berkongsi
rezeki. Dengan ertikata perlu ada pembantu
agar peniaga akan lebih bersikap rasional dan
tidak terlalu emosi.
Banyak sebab yang akan saya perkatakan
kenapa tanpa pekerja emosi seorang peniaga
lebih tertekan dan mudah "emosional".
Jawapanya tentu sekali mudahkan, dalam
keadaan letih apa saja mampu berlaku sebab
orang yang keletihan tidak akan mampu
membuat keputusan yang baik. Pastinya
keputusan yang di buat bakal mengundang
gejala yang tidak baik.
Di rumah anda sebagai seorang peniaga
semestinya sudah bertungkus lumus
menyediakan kelengkapan untuk dibawa ke
pasar malam. Ini sedikit sebanyak sudah
meletihkan anda. Mungkin jawapan anda, "aku
sudah biasa macam ni dari dulu". Ya tidak
dinafikan. Akan tetapi cuba anda perhatikan
peniaga yang menggajikan pekerja, kehidupan
mereka lebih teratur dan lebih bertenaga.
Mereka yang menggaji pekerja dapat berehat
secukupnya sebelum bergerak ke pasar
malam. Selepas semua keperluan disediakan
maka pekerja mereka akan datang membawa
kenderaan ke pasar malam dan ketika inilah
masa untuk peniaga tersebut berehat untuk
memulihkan tenaga semula sebelum ke pasar
malam.
Dan kalau dibezakan dengan anda yang
bekerja seorang diri, belum pun sempat ambil
angin terpaksa bergegas pula ke pasar malam
dalam keadaan keletihan. Apatah lagi
sekiranya musim cuti sekolah pastinya banyak
jemputan kenduri kahwin yang diterima. Apa
yang saya perhatikan ramai peniaga yang tidak
mengupah pekerja terpaksa keluar awal
bersama van yang membawa barang
perniagaan ke majlis kenduri kahwin tersebut.
Namun andainya jemputan tersebut yang
lokasi kediaman jauh dari laluan ke pasar
malam ramai juga yang gagal ke majlis
tersebut. Apatah lagi jika sekadar jemputan
rumah terbuka pastinya lebih ramai yang gagal
hadir. Namun bila diajukan soklan tersebut
anda pastinya menafikan, kerana anda akan
cuba menegakkan kebenaran .
Anda perhatikan sahabat anda yang menggaji
pekerja walaupun hanya seorang, dia tidak
perlu bersusah payah bergelut dengan masa.
Berkongsi rezeki dengan orang besar
ganjarannya. Dan terlalu banyak faedah yang
bakal anda perolehi.
Bukannya mahal sangat untuk membayar gaji
dan tidak jatuh miskin pun jika anda
menggajikan seorang pekerja.
Saya sendiri menggajikan pekerja seramai
empat orang dan ada ketika keperluan
memuncak sehingga enam orang. Namun
saya tidak pernah merasa terbeban malah
ianya amat menyenangkan segala aktiviti yang
perlu saya lakukan pada petang hari.
Menghadiri kenduri kahwin, jamuan jemputan
hari raya dan sebagainya.
Berkongsi rezeki tidak bermakna anda akan
kekurangan wang keuntungan, anda kena
yakin dengan Allah SWT tentang rezeki kerana
Allah sudah tetapkan segalanya dan anda
tidak mungkin jatuh miskin.
Sebab itulah saya amat senang sekali
berkongsi rezeki walaupun ada kala dan
ketikanya saya alami kerugian, kerana rugi
bukan setiap hari.
Sayangilah pekerja anda dan berikan bayaran
upah yang setimpal serta jangan mencekik
darah kerana nanti segalanya akan dibalas
Allah, budi baik di balas baik dan begitulah
sebaliknya.
sebagai seorang sahabat, saya hanya mampu
melontarkan cadangan sahaja sebagai
panduan buat semua peniaga pasar malam
dan segalanya berdasarkan oleh pengalaman
saya sendiri.
Pendapatan yang di jana dalam perniagaan
pasar malam sekarang ini berbeza dengan
dahulu dan setiap peniaga mampu meraih
pendapatan yang cukup lumayan sekarang ini
justeru itu sebaiknya upah pekerja dan secara
tak langsung kita telah mengurangkan
pengganguran. Walaupun kalau di nilai
sumbangan kita tidak sebesar syarikat import
eksport namun sekurang-kurangnya kita mahu
bergerak ke hadapan.
Peniaga pasar malam seperti kita mengaut
keuntungan setiap hari dan bukanya sebulan
sekali seperti orang lain yang bekerja makan
gaji. Pendapatan yang di jana ada yang
mampu mengalahkan mereka yang berjawatan
tinggi namun kenapa ianya belum dapat
menyenangkan hati, tidak mampu
melestarikan impian. Tepuk dada tanya selera.
Kebahagiaan dan ketenangan bergantung juga
dan bersabit dengan "KONGSI REZEKI".
No comments :
Post a Comment