nuffnang1

.:)

Aug 2, 2016

Peniaga Pasar Malam Dan Jamuan Hari Raya

Sambutan Perayaan Hari Raya Atau Sinonim Dengan Rumah Terbuka
Rabu nanti merupakan penamat Syawal yang akan pergi meninggalkan seluruh umat Islam dan rumah-rumah terbuka semakin banyak dianjurkan sebelum habis Syawal.
Di kalangan peniaga pasar malam juga tak kurang juga meriahnya dan ramai juga yang membuat rumah terbuka ini. Menjemput kawan dan rakan serta saudara mara memeriahkan suasana sambutan Aidil Fitri yang di sambut selama satu bulan.
Namun tak semua majlis yang diadakan mendapat sambutan di kalangan peniaga pasar malam. Apa yang saya perhatikan ramai di kalangan peniaga pasar malam kurang bersosial apabila mereka sudah mulakan perniagaan. Jemputan ke rumah kawan-kawan untuk menyertai jamuan hari raya tidak dikunjungi dengan alasan berniaga.
Kebiasaanya undangan akan bermula dari selepas Zohor sehinggalah ke petang hari namun disebabkan sudah mula berniaga maka mereka tidak dapat hadir.
Bagi pendapat saya sikap begini tidak elok diamalkan kerana hari ini kawan kita membuat majlis tersebut esok lusa mungkin kita pula dan bagaimana perasaan kita kalau jemputan kita tidak dipenuhi.
Pastinya ada seribu satu jawapan yang akan diberikan bagi menidakkan perbuatan mereka ini. Dan hidup mereka hanya pergi berniaga dan balik berniaga namun kehidupan bersosial tidak dihiraukan.
Kalau jemputan kenduri kahwin ada yang akan hadir dengan membawa bersama van atau lori ke majlis tersebut dan sikap begini amat dipuji, tetapi kenapa bila majlis rumah terbuka hari raya gagal dipraktikan begini.
Nasihat saya kepada kawan-kawan yang menganjurkan jamuan hari raya untuk tahun-tahun akan datang. Buat senarai nama "checklist" dan jemput mereka yang sering datang sahaja. Dan jika ada yang bersuara sila beri jawapan " Pernahkah Hang Mai Masa Aku Jemput".

No comments :