nuffnang1

.:)

Aug 21, 2016

Berakhirnya Kem Tentera Tertua Di Selatan Malaysia

Kem Majidi, Johor Baharu Banyak Mengusik Kenangan Lampau Sejarah Saya Semasa Dalam Angkatan Tentera Dahulu. Memori Menggamit.

Banyak kenangan saya semasa awal perkhidmatan dalam ATM dahulu dan saya pernah

ditumpangkan (attach) kepada Unit 1 Rejimen Renjer untuk menjalani operasi hutan sekitar tahun

1987. Walaupun usia perkhidmatan dengan 1 Renjer tidak lama namun banyak kenangan indah yang

masih dalam memori.


Kredit buat seorang sahabat yang berusaha mencari sejarah penubuhan Kem Majidi dari awal

pembukaan sehinggalah berlakunya " Paluan Berundur " mengikut adat istiadat ketenteraan untuk

 memberi laluan kepada arus pembangunan.



Sejarah Penubuhan Kem Majidi:

Bukti Sejarah Yang Hilang : Berakhirnya legasi Kem Majidee

Assalamualaikum dan salam sejahtera, atas permintaan ramai peminat #ATMBM , admin ingin

menunaikan hasrat followers yang mencari sejarah KEM MAJIDEE . Admin nak belanja sebuah

gambar yang menggamit memori . Suatu ketika di waktu malam depan Kem Majidee Johor Bahru

TEPAT jam 6.30 petang, 21 Jun lalu, tiupan trompet mengalunkan lagu ‘The retreat’ menandakan

berakhirnya mercu tanda pertahanan negara di selatan tanah air, apabila secara rasminya Kem

Majidee Johor Bahru ditutup. Penutupan kem tertua di negara ini yang berusia 74 tahun itu diadakan

 dengan penuh istiadat ketenteraan, serentak alunan lagu ‘keramat’ itu dimainkan,

kesemua bendera pasukan diturunkan dan bermulalah perbarisan Paluan Berundur Batalion ke-10

Askar Melayu Diraja.


Kem Majidee yang terletak di tengah–tengah Bandar Johor Bahru, merupakan kem yang masih utuh

bakal diserahkan kepada Syarikat Selia Pantai Sdn Bhd bermula 1 Julai ini untuk pembangunan Kota

Southkey.  


Sejarah Kem Majidee

Kedudukan kem tersebut di antara Jalan Bakar Batu dan Jalan Tebrau, di tengah-tengah kepesatan

pembangunan ibu negeri Johor telah meninggalkan 1,001 kenangan khasnya buat seluruh warga

tentera darat. Sejarah penempatan pasukan di Kem Majidee bermula dengan penubuhan pasukan elit

Tentera Darat-Rejimen Gerak Khas Malaysia atau dikenali sebagai Pasukan Komando Malaysia

 seawal 1965.


Menteri Pertahanan ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein mengarahkan sukarelawan dari Tentera

Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia mengambil bahagian dalam ujian pemilihan.

Pada 25 Februari 1965, satu Latihan Asas Komando diperkenalkan dan dikendalikan oleh 40th

British Royal Marines Commando di Kem Majidee. Melalui latihan intensif berkenaan, lahirnya 15

pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang menjadi perintis kepada Pasukan Elit Tentera Darat

Rejimen Gerak Khas Malaysia yang sehingga kini digeruni dan dibanggakan oleh tentera darat.

Sejak 1957, lain-lain pasukan yang pernah menduduki Kem Majidee seperti Batalion ke-9 Rejimen

Askar Melayu Diraja, Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Batalion ke-15 Rejimen

Askar Melayu Diraja.


Turut ditempatkan di sana adalah Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja, Depot Peluru dan

Letupan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Rejimen 501 Askar Wataniah. Pasukan terakhir

menduduki Kem Majidee adalah Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipindahkan ke

Kem Bukit Banang, Batu Pahat.


Lima pasukan lain iaitu Batalion pertama Rejimen Renjer Diraja berpindah ke Kem Ulu Tiram

termasuk 810 Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Trup Semboyan 91 Rejimen Semboyan

Diraja, Platun Kor Perkhidmatan Diraja dan Markas Staf Stesen.



No comments :