Ulasan Dan Pendapat Ikut Perundangan Dan Hukum Islam Oleh Ustaz Dr Zaharuddin
MENGAPA KWSP TIDAK AUTOMATIS TUKAR BAGI MUSLIM? (ULASAN PERIBADI SAYA - KEMASKINI)
Alhamdulillah selesai menukar ke
Simpanan Syariah pagi tadi jam 7:30 pagi.
JANGAN bimbang, saya yakin alokasi rm
100 bilion adalah mencukupi untuk
peringkat awal, jika ada permintaan lebih,
sudah ada peruntukan yang menanti.
Setiap hari dijangka RM 3- 5 bilion
simpanan pencarum akan berubah ke
simpanan syariah.
Justeru tidak perlu terlalu tergesa-gesa
pada hari ini kerana masih besar alokasi
simpanan Syariah.
Mengapa tidak auto tukar untuk orang Islam?
TIDAK boleh auto kerana keperluan legal
utk pastikan benar-benar identiti
pencarum menukar sukarela. Jika tidak,
bakal bercanggah dengan peruntukan
perlembagaan yang tidak benarkan
keputusan secara tidak pilihan sendiri
dalam hal melibatkan agama. Kita tidak
mahu wujudnya pertikaian kemudian hari
dan sudut perlembagaan dan undang-
undang. Tambahan pula simpanan
syariah TIADA jaminan minima bagi
dividen dan iulan itulah ciri pelaburan
untuk patuh Shariah.
Kesimpulan, kenapa ahli beragama Islam tidak auto Simpanan Shariah?
1. Terdapat risiko perundangan sekiranya
penentuan jenis akaun ahli dibuat
berdasarkan agama dan ianya dilihat
sebagai bertentangan dengan Artikel 8(2)
Perlembagaan Persekutuan yang
menetapkan "...tidak boleh ada
diskriminasi terhadap warganegara
semata-mata atas alasan agama, ras,
keturunan, tempat lahir atau jantina
dalam
dalam
mana-mana undang-undang.." . Jika kalian
tidak setuju jawpaan ini, maka silakan baca jawapan seterusnya.
2. Perubahan ke Simpanan Syariah
memerlukan akad Wakalah melalui ijab
dan qabul secara jelas bertulis. Buat
masa ini KWSP tiada kaedah yang lebih
efektif dan berkesan selain secara fizikal
di kaunter kerana untuk diuruskan secara
patuh Syariah, ia memerlukan terma
khusus dan mandat jelas kepada KWSP
utk mengurus dan melaburkan secara
patuh Syariah. Hal seperti ini TIDAK
BOLEH secara automatik tanpa disedari
pihak pencarum.
3. Kerana pihak KWSP TIDAK punyai data
status agama yang lengkap bagi semua
ahli pencarumnya, ini kerana dahulunya,
pendaftaran tidak mewajibkan status
agama ahli dinyatakan. Hanya status
bangsa yang ada, bangsa semata-mata
tidak mampu secara jelas menentukan
agama seseorang. Dalam bahasa mudah ,
kwsp tidak tahu anda beragama apa, tidak
ada dalam data mereka, so bagaimana
boleh ubah secara automatik?
4. Saiz permulaan dana Simpanan Shariah
yang perlu diuruskan oleh KWSP akan
menjadi lebih besar dan ini akan
menyukarkan perancangan pelaburan
pertumbuhan yang mendadak ke atas
pelaburan aset patuh syariah bagi setiap
kelas aset, selari dengan pertambahan
simpanan ahli Simpanan Shariah.
5. Simpanan Syariah ada ciri-ciri yang
penting dan sangat berbeza dari
konvensional seperti tiada jaminan
MINIMA dividen pada kadar 2.5 % seperti
konvensional dan pulangan juga adalah
berasaskan prestasi sebenar dan
sebarang jaminan dividen boleh
menjatuhkannya ke dalam elemen riba.
Justeru, jika diubah secara automatis,
dibimbangi apabila berlakunya perbezaan
dividen di antara Syariah dan
Konvensional, mereka yang ditukar secara
automatik akan membantah dan
mempertikai apabila dividen Halal lebih
rendah. Perlu diingat, dividen kedua-
duanya kini boleh berbeza, lebih rendah
atau lebih tinggi.
Jika kalian mampu membaca sehingga di
sini, saya ucapkan tahniah kerana
menjadi
masyarakat yang tidak malas membaca
dan mendapatkan fakta sebenar sebelum
mengomen.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
No comments :
Post a Comment