nuffnang1

.:)

Jul 16, 2016

Rezeki Melimpah Ruah Dengan Sayangi Dan Bahagiakan Isteri

Banyak Lelaki Yang Merungut Kesimpatan Wang Dan Rezeki Yang Kurang, Tapi Kenapa Puncanya???
Mengapa Membahagiakan Isteri Menjadikan Rezeki Suami Bertambah.
Perkawinan yang bahagia adalah idaman semua orang. Perkawinan yang bahagia adalah rezeki Allah. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit , ketenangan, keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga juga rezeki. Perkahwinan yang bahagia dan rumah tangga yang harmoni menghadirkan rahmat Allah di dalamnya. Suami yang soleh dan isteri yang setia serta anak-anak yang baik menjadi penyebabkan dilimpahix kasih sayang Allah dan nikmat pada keluarga ini. Baiti Jannati, Rumahku adalah Surgaku.
Isteri dan anak yang  bahagia adalah jaminan rezeki. Sudah diketahui umum bahawa banyak rumah tangga yang porak peranda menjauhkan rezeki. Tidak ada ketenangan di dalamnya. Suami bosan di rumah, isteri keluar rumah tanpa pengetahuan suami, anak-anak entah berada di mana. Rumah tangga seperti ini bagaikan neraka meskipun kelihatan seperti mempunyai kekayaan dan dilimpahi harta yang banyak.
Tujuan pernikahan bukan hanya semata-mata memenuhi nafsu jasmani tapi juga ada dimensi ibadah di dalamnya. Allah memerintahkan lelaki bernikah selain untuk mendapatkan keturunan juga supaya dia tenang dan tenteram jiwanya. Suami yang baik akan mendapat isteri yang baik, begitu juga sebaliknya. Dalam perjalanan berumah tangga  bukan hanya kebahagiaan dan kesenangan yang diterima tapi juga cubaan dan rintangan yang harus dihadapi oleh suami dan isteri. 
Kemampuan berkomunikasi dan saling menghargai amat diperlukan dan dituntut untuk menyelesaikan konflik dalam rumah tangga. Perceraian adalah alternatif terakhir yang harus dipilih jika alternatif lain menemui jalan buntu.
Suami yang baik akan senantiasa berbuat baik kepada  isterinya.
Isteri yang bahagia melancarkan rezeki kerana :-
# Isteri yang bahagia menjalani hidupnya dengan positif. 
# Isteri yang bahagia dipenuhi rasa syukur kerana memiliki rumah tangga yang bahagia dan suami yang membahagiakan dan akan menarik perkara-perkara positif ke dalan rumah tangga, termasuk rezeki.
# Isteri yang bahagia akan senantiasa mendoakan suaminya, doa yang ikhlas dari hati yang ikhlas agar agar suaminya dilindungi dalam setiap langkah dan dipermudahkan punca rezekinya.
# Isteri yang bahagia akan menjadi rakan perkongsian yang menyenangkan bagi suami, membuatkan suami tenang untuk bekerja dan mencari rezeki bagi keluarga.
# Isteri yang bahagia akan menjadi pendukung watak utama suaminya bukan hanya di saat senang tetapi di saat sedih dan menghadapi masalah. 
# Isteri yang bahagia dapat membimbing suaminya untuk mendidik anak-anak yang bahagia. Anak-anak yang bahagia akan menjadi anak-anak yang soleh, berbakti dan berguna kepada masyarakat.
# Isteri yang bahagia menjadi tanda bahawa suami menjaga dan memelihara serta memperlakukan isteri dengan baik. Allah menyukai hambanya yang berbuat baik. Orang baik rezekinya juga baik.
Demikianlah ulasan mengapa perlu membahagiakan isteri. Buat apa suami bersusah payah mencari rezeki, mengeluarkan keringat setiap hari kalau tidak boleh membahagiakan isterinya.
Wahai para  isteri, berterima kasihlah pada Allah dan pada suamimu atas semua rezeki Allah yang membahagiakan hatimu dengan senantiasa taat pada perintah Allah dan perintah suami (yang tidak bertentangan dengan perintahNya). Wallahu alam...
Begitu juga dengan kisah di bawah ini....yang diperkatakan oleh seorang Ustaz berbuat baik kepada isteri.....
Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer.. kenapa ya ustaz?
Ustaz : Abang ada ibubapa ke?
Pengadu : Mak ayah saya dah tiada.
Ustaz : Abang ada isteri tak?
Pengadu : Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak...
Ustaz : Saya beri 2 KUNCI rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..
(pengadu diam termenung.)
Kemudian dia cakap, betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri?
Ustaz : Bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita?
Sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita.. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya. Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita yang sanggup bersusah payah hidup bersama kita..
Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena...
Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..
(Tak lama dia datang jumpa saya.)
Katanya, ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..
Silaturrahim membuka pintu rezeki...inikan bersama isteri kita yang tercinta..
Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?
Jawabnya ya ustaz. Saya tipu isteri saya. Insya-Allah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..☺☺☺☺
Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah.
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan menyokong suami agar rahmat Allah mencurah-curah.
Kredit : Ustaz Ebit Lew

No comments :