nuffnang1

.:)

Jun 20, 2016

Pengemis Dan Pengutip Derma Di Bazaar Ramadan

Ramai Mereka Bila Tibanya Ramadan, Apakah Ini Sindikit Atau Trending


Isu pengemis yang ramai ketika tibanya ramadan memang sudah menjadi isu sejak dari dahulu lagi sehingga perkara ini menjadi tajuk dalam rancangan Suara Kita Hak Kita di tv1 malam ini dengan panel-panel jemputan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Difahamkan pengemis-pengemis ini bukan sahaja dari dalam negara malah ramai juga yang datang dari luar negara. Ada yang betul-betul orang susah dan tak kurang juga digunakan sindikit.
Mengikut panel yang membicarakan soal ini walaupun orang itu tidak mempunyai harta mereka boleh memohon bantuan dan jangan menghalalkan cara kerana pendapatan mereka adalah haram dari sudut agama kerana mereka mempunyai kemampuan dari segi fizikal.

Masyarakat Malaysia memang terkenal suka menderma akan tetapi janganlah terus memberi tanpa usul periksa kerana ini akan menjadi peluang keemasan dan Nabi muhammad SAW pernah bersabda, jangan terburu-buru dalam memberi derma.

Dengan mengemis saja mereka mampu meraih pendapatan yang lumayan dan kesempatan mereka ambil dari kemurahan rakyat Malaysia kerana ada yang memberi derma tanpa mempedulikam siapa pengemis tersebut dan tidak hairanlah setiap hari akan makim bertambah mereka ini.

Isu sekarang apa tindakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, PBT dan KDN. Seperti yang dimaklumkan oleh panel, mereka setiap hari melancarkan gerakan membanteras pengemis-pengemis ini dan tindakan diambil adalah menempatkan pengemis ini dipenempatan yang telah dikhaskan buat mereka dengan menerapkan pengajaran hukum hakam bagi kesedaran mereka.

Saudara Roslan Baba adalah Pengarah dan Penguatkuasaan di bahagian KDN merupakan salah seorang panel malam ini.

Mereka yang ingin mengutip derma perlulah mempunyai permit dari polis dan jika tiada permit maka mereka ini adalah bersalah dan tindakan boleh diambil. Undang-undang mengatakan tidak boleh mengemis walau sesusah mana pun kerana mereka boleh memohon bantuan dari JKM.

Ustaz Roslan Ahmad, Pensyarah Kanan Pengajian Islam, Universiti Malaysia panel yang hadir juga mengatakan di dalam tiada pengemis kerana golongan fakir miskin sudah pun di pelihara dalam Islam dan mereka diberi zakat.

Tambahan zaman sekarang ini banyak juga kutipan derma yang menggunakan secara maya "online".
Dalam permohonan bagi golongan susah atau asnaf yang layak menerima zakat sekarang ini tidaklah sukar kerana segalanya telah disediakan secara atas talian jadi diharap masyarakat tidak lagi tertipu dengan pengemis tersebut.

Didalam Islam, menyumbang adalah digalakan namun dalam menyumbang perlu juga kita lihat siapakah yang bakal kita beri sumbangan kerana jangan kerana sumbangan ini akan menggalakkan kes pengemis semakin berleluasa.

Seorang pemanggil menyatakan, apakah peranan penguatkuasaan kerana mereka ini semakin berleluasa dan kenapa perlu disalahkan kepada penderma.

Jawapan oleh Panel adalah anda perlu membuat laporan kepada polis dan pemantauan akan mereka lakukan.

Bagi admin sendiri perkara ini sejak dari dahulu hingga sekarang tak pernah habis dan tak akan selesai selagi penguatkuasaan tidak tegas. Kerana sekadar menasihat mereka saya rasa ianya tidak akan memberi kesan. Kalau memberi kesan kenapa orang yang sama juga akan berada di lokasi yang sama setiap tahun. Anda fikirlah sendiri.




No comments :