nuffnang1

.:)

Jun 9, 2016

Bazaar Ramadan Bandar Perda

Lokasi Bazaar Ramadan Bandar Perda Yang Menjadi Rebutan Peniaga Dan Pengunjung Setiap Tahun


Bazaar Ramadan Bandar Perda yang terletak didalam kawasan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah yang sudah tidak asing lagi di daerah ini yang amat terkenal dan menjadi sebutan ramai dari Utara Semenanjung sehinggalah ke Sabah dan Sarawak.

Menu jualan yang cukup variasi menjadi tarikan utama pengunjung yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan menu dan juadah berbuka puasa yang mereka ingini.

Walau pun harga sewaan tapak setiap satu lot bazaar dikatakan agak mahal sehingga mencecah RM550 berkeluasan panjang 10 kaki dan juga lebar 10 kaki bagi lot biasa dan RM600 bagi lot tepi (Corner Lot) tidak menggambarkan hal yang sebenar kerana harga menu jualan amat murah dari jangkaan sesetengah pengunjung dan ini menjadikan Bazaar Ramadan Bandar Perda adalah bazaar ramadan yang cukup tersohor di rantau ini.

Kalau anda yang belum pernah menjengah ke sini, saya sarankan agar segeralah anda berkunjung ke bazaar ramadan yang mempunyai pelbagai juadah makanan dan minuman yang tidak terdapat di lokasi bazaar ramadan lain.

Sebut sahaja bazaar ramadan Bandar Perda pastinya sinonim juga dengan uptown Bandar Perda yang menjual pelbagai pakaian dan kelengkapan menyambut perayaan aidil fitri.





Pelbagai jenis minuman yang dijual di sini menjadi daya penarik buat pelanggan yang sering kali akan kembali semula esok harinya kerana sebungkus air fresh oren hanya di jual pada harga RM1.00 sahaja dan sudah tentunya tidak terdapat di tempat lain.


Lokasi peniaga bihunsup yang menjadi tumpuan ramai sejak bertahun lamanya yang diusahakan oleh seorang pesara tentera dengan jenama Aree Bihunsup Ex Service tidak putus-putus di kunjungi orang ramai bagi mendapatkan menu terhebat iaitu Sup Gearbox pada harga hanya RM6.00 sahaja sebungkus yang mustahil boleh anda perolehi di bazaar ramadan lain .

Peniaga yang sudah berkecimpung dalam perniagaan aneka sup ini di pasar malam telah mendapat kepercayaan orang ramai kerana beliau berniaga setiap hari di pasar malam dan oleh itu jenama sup beliau tidak boleh dipertikaikan lagi yang tiada tandingannya.



Setiap hari gerai jualan beliau akan di penuhi pelanggan-pelanggan yang cukup sabar menanti untuk mendapatkan sup kegemaran masing-masing. Pembantu-pembantu beliau yang cukup sabar dalam melayan kerenah pelanggan membuatkan orang ramai tidak jemu menunggu.



Apabila masuk jam 6.30 petang suasana di gerai Aree Bihunsup Ex Service akan menjadi bertambah rancak kerana pelanggan ketika inilah akan berpusu-pusu datang memandangkan cuaca jam ini kurang sedikit panas dek matahari dan hanya terasa kepanasan sup yang sedang menggelegak membuktikan yang sup beliau di masak dengan suhu kepanasan yang maksimum dan pastinya kesihatan anda akan lebih terjamin .


Jangan lupa khas buat anda yang belum pernah datang ke Bazaar Ramadan Bandar Perda dan Uptown Perda. Segeralah lapangkan masa anda untuk bersama-sama kami menikmati keenakan rahsia resipi sup gearbox turun temurun dari Anak Jati Pulau Pinang dengan "Spice Recipe"

No comments :