nuffnang1

.:)

Sep 5, 2016

Cuti-Cuti Peniaga Pasar Malam

Ketenangan Juga Perlu Di Cari Agar Minda Tidak Tertekan, Cari Duit Jangan Sampai Lupa Rehat. Bila Dah Sakit Tak Guna Duit Berguni Sekali Pun.


Baru-baru ini saya berkesempatan bercuti ke negeri yang cukup bersejarah iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah.

Sudah hampir 16 tahun saya tidak menjejak kaki ke bumi Melaka setelah menamatkan perkhidmatan dalam angkatan tentera Malaysia.

Saya mula menjejak kaki ke Melaka ketika umur saya 16 tahun dalam Perantis Putera Kor Kesihatan DiRaja. Ketika itu kami masih dalam sekolah dan akan menduduki peperiksaan SPM. Setelah tamat SPM kami terus diserapkan dalam ATM dengan dilatih sebagai anggota perubatan sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Kami menjalani kursus separa perubatan selama 3 tahun sebelum diserapkan ke dalam unit-unit didalam ATM.

Maka bermulalah kerjaya saya seorang anggota tentera dalam Kor Kesihatan DiRaja dari tahun 1984 sehingga menamatkan perkhidmatan pada tahun 2008.
Setelah lama tidak ke Melaka minggu lepas saya berkesempatan kesana. Menghantar anak yang belajar di Uni Putra Malaysia Serdang. Terus ke Melaka sambil makan angin.

Bersama keluarga tercinta kami bergerak ke Melaka Bandaraya Bersejarah yang penuh dengan memori indah. Tak sah kalau ke Melaka kita tidak menaiki Bot menyusuri sungai Melaka melalui Kampung Morton yang penuh dengan kisah suka dan duka. Macam ayat di banner tertulis "Incomplete Visit Melaka Without Crusing Melaka River".

Kalau masa zaman remaja saya berkunjung ke A Famosa sekadar melawat tapi tiada langsung sebarang gambar kenangan kerana ketika itu almaklum sahaja la, kamera amat mahal kalau untuk di beli dan amat berbeza sekarang ini. Talipon bimbit boleh digunakan untuk mengambil gambar kenangan. Jadi a
pa lagi posing sakan le hahahaha.

Ibu, isteri dan anak-anak sedang menikmati pemandangan indah sepanjang menyusuri sungai Melaka.

Tidak sah kalau ke Melaka tidak melawat Muzium Melaka yang penuh dengan peninggalan monumen bersejarah ketika zaman berzaman.

Berkunjung ke Pantai Tanjung Bidara yang terletak bersebelahan dengan Kem Terendak, dimana pantai ini adalah menjadi salah sebuah lokasi zaman remaja saya ketika dalam ATM untuk berkumpul dengan kawan-kawan ketika hujung minggu.

94 Hospital Angkatan Tentera yang terletak dalam Kem Terendak merupakan salah sebuah Hospital tentera yang cukup terkenal peninggalan tentera British yang berkedudukan pada aras paling dalam kem tersebut. Di sini juga saya belajar sebagai seorang anggota perubatan ATM ketika berumur 18 tahun.

Kenangan di Muzium Melaka bersama ibu dan isteri.

Kota kubu A Famosa peninggalan Portugis menjadi salah sebuah peninggalan sejarah yang wajib dikunjungi.

Photo kenangan semasa menaiki bot menyusuri sungai Melaka. Sebenarnya setiap pintu masuk ke mana sahaja pusat lawatan disini akan disediakan dengan dengan jurugambar untuk mengambil gambar setiap pelawat. Mereka akan menggunakan alasan untuk mengambil gambar sebagai "untuk rekod", setelah anda ke pintu keluar photo anda akan terselit pada frame. Terpulang kepada anda untuk membeli atau tidak. Harga dijual adalah RM50. Saya membelinya kerana nampak cantik dan amat berbaloi disimpan sebagai kenangan.
Harga untuk menaiki bot adalah RM15 untuk dewasa. Diskaun 50% untuk warga emas dan pelajar IPT dengan syarat mesti tunjukkan kad pengenalan dan kad matrik.

Pintu masuk Muzium Melaka. Harga tiket seorang RM3. Semua tempat kena bayar beb di Melaka ni event nak ke tandas pun, walaupun Melaka sebuah negeri yang kecil tapi merupakan negeri yang berjaya menjana pendpatan paling tinggi dalam sektor perlancongan. Parking kereta di Bandar Hilir satu jam 60 sen. Anda akan membeli sebuku tiket parking pada harga RM6. Bayangkan jika sehari ada 3 ribu kereta...Kaya wooooo Majlis Bandaraya.

Snap Shoot keluarga tersayang.

Muzium Alor Gajah merupakan sebuah dataran pintu masuk jalan pintas ke Melaka. Kalau jalan utama adalah melalui Air Kroh namun bagi saya ianya terlalu jauh. Apa pun terpulang kepada anda untuk masuk melalui tol mana sekalipun.

Sempat juga kami sekeluarga ke Muzium Kastam Melaka dilokasi bersebelahan River Cruise . Masuk adalah percuma. Di muzium ini terdapat pelbagai barang serta gambar yang saya amat yakin yang seumur hidup anda belum pernah anda tengok. Bagaimana cara pemerintahan, pakaian, timbangan, dokumen semasa zaman kolonial British dahulu. 

Bagaimana cara barang rampasan dipamerkan dan pelbagai barang seludup seperti pistol mainan yang seakan pistol sebenar serta barangan patung lucah yang dirampas ditunjukkan.

Dataran Alor Gajah Melaka Merupakan Peninggalan sejarah silam.

Meriam peninggalan sejarah di Dataran Alor Gajah.

Tidak cukup syarat ke Bandar Hilir jika tidak menaiki beca roda tiga mengelilingi Kota Lama. Macam-macam jenis lagu dipasang sepanjang perjalanan dan cukup menghiburkan.

Batu penanda makan kematian orang-orang penting semasa pemerintahan Portugis di pahat disini sebagai tanda penghormatan dan simbol kehadiran mereka.

Parung St Peter yang terletak dilokasi paling tinggi di pintu masuk ke Kota A Famosa diatas bukit Famosa merupakan tarikkan utama buat pelancong.

Bersilih ganti bot-bot bersimpang siur melalui Sungai Melaka.

Patung-patung pedagang yang datang ke Melaka sekitar tahun 1511.

Aksesori peralatan perhiasan kaum wanita istana pada abad ke-15

Senjata mainan rampasan Kastam yang kalau dilihat seakan-akan pistol dan senapang sebenar.

Gambar kenangan tunjuk kuat sebelah patung replika Hang Tuah.

Pintu masuk utama diatas Bukit A Famosa

Gambar Kenangan semasa berada diatas bot ketika melayari Sungai Melaka.

94 Hospital Angkatan Tentera adalah nadi perkhidmatan kesihatan dalam Angkatan Tentera Malaysia. Merupakan Hospital Angkatan Tentera yang bertanggungjawab melatih anggota tentera dalam bidang separa perubatan. Pembantu Perubatan, Makmal, Juru Xray, Jurubedah, Pergigian dan sebagainya. Merupakan satu memori indah untuk dikenang.

Melaka adalah sebuah negeri yang amat mudah untuk mendapatkan makanan. Dimana sahaja sepanjang jalan anda boleh dapati kedai-kedai makan berserakkan. Untuk mencari makanan disini bukanlah suatu masalah buat anda.

Saya membawa keluarga ke Pantai Kundur atau juga dikenali sebagai Pantai Rombang atau Pantai Puteri. 

Disini makanan yang amat terkenal adalah Roti John dan Ayam Golek. Harga yang cukup murah. Roti John RM4 dan Ayam Golek hanya RM20 seekor. Sedangkan kita di Pulau Pinang ayam mentah seekor pun sudah mencecah RM23.

Lokasi Kedai Roti John di Pantai Kundur.

Cuma saya sedikit tidak berpuas hati di Bandar Hilir yang terdapat sebuah kedai makan asam pedas berhadapan dengan Taming Sari yang nampak macam hebat terletak pada bahagian koner lot tapi ditutup dengan kerusi meja walaupun sebenarnya itu adalah laluan pejalan kaki. 

Asam pedas yang disajikan amat mendukacitakan kerana kuah asam pedas sudah siap disediakan. Apabila kita memilih ikan, kemudiannya mereka akan mencampur asam pedas tadi kedalam kuali kecil lalu dipanaskan kemudian disajikan kepada pelanggan. Bagi saya sepatutnya kena masak original macam restoran di Ujung Pasir baru ada ummphhhhh asam pedas macam tu. Ibu saya pun merungut dengan cara masakan begitu. Inilah kali pertama dan terakhir saya kesitu selain air di sajikan dalam bekas plastik macam cup pasar malam. 

Harga memang mahal tak termasuk GST. Kalau ada kawan-kawan bertanya sudah pastinya saya tidak akan menyarankan mereka kesitu kerana lebih banyak kedai yang murah dan lebih enak rasanya kawasan Bandar Hilir.

Muzium Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Homestay penginapan keluarga saya di Taman Indah Sungai Udang. Rumah teres yang dijadi Homestay milik seorang guru bernama Siti . Harga yang cukup murah hanya RM200 untuk sehari semalam dan jika anda mendiami untuk 2 hari maka harganya semakin murah.

Cukup selesa dengan 3 bilik, terdapat 2 bilik mempunyai kemudahan penghawa dingin dan bilik air dalam setiap bilik. 1 katil Queen, 1 Katil Double dan 1 katil single berserta 4 tilam . Amat sesuai untuk penginapan keluarga yang besar bagi bajet yang kecil tapi rumah yang besar dan amat selesa. 5 bintang saya berikan buat Cikgu Siti.

Insha Allah kalau kami ke Melaka pastinya Homestay Cikgu Siti menjadi pilihan utama kami, kerana berdekatan bandar dan mudah mencari sumber keperluan samada sarapan pagi, tengahari dan makan malam.

Muzium Melaka, tombak asal zaman kesultanan Melaka.

A Famosa

Homestay Cikgu Siti Taman Indah, Sungai Udang Baharu, Melaka.

Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka

No comments :