nuffnang1

.:)

Apr 4, 2013

PRU 13... Peniaga Pasar Malam Dan Politk

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, hampir 2 minggu saya tidak turun ke gelanggang blogger atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya begitu teruja untuk mencoretkan sepatah dua posting hari ini setelah pembubaran Parlimen ke 12 dan akan berlangsung PRU yang ke 13 dan dijangka pada hujung April ini...


                                               

Tidak di nafi dan disangkalkan ramai juga dikalangan peniaga pasar malam yang cukup berminat dan cukup aktif berpolitik tanpa mengambil kira natijah atau akibat dari terlebih berpolitik dan terlalu fanatik kepada sesuatu parti.

Kesana kemari menjaja kempen politik pada parti yang beliau sertai , walaupun segala hujah yang diberikan tampak seakan kebudak-budakan dan tidak masuk akal. Ada juga yang sekadar mendengar dari ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh parti masing-masing tanpa menyelidik akan kebenaran fakta sudah berani meletakkan hukuman ke atas seseorang itu. Ada juga yang berpolitik secara matang dan bijak namun tetap ghairah memperjuangkan fahaman dan ideologi masing-masing.

Sebagai seorang peniaga pasar malam saya ingin menasihatkan kepada sahabat-sahabat seangkatan agar berpada-pada dalam menyuarakan pendapat kerana di takuti perniagaan kita boleh terjejas teruk di musim pilihanraya ini kerana kita tidak tahu dengan siapa kita bercakap dan kita tidak mengetahui parti mana yang diwakili oleh seseorang itu. Jika tersalah cakap saya yakin barang jualan atau gerai pasar malam anda tidak akan dikunjungi pelanggan seperti biasa disebabkan terlepas cakap dan mengutuk penyokong parti tertentu.

Dalam dunia perniagaan pasar malam yang kita ceburi kita perlu berhati-hati semasa melontarkan kata-kata dan ucapan kepada pelanggan apatah lagi kawasan perniagaan kita kebanyakkannya disekitar penempatan bangsa Melayu. Dan jika anda berada di negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah makan anda seharusnya lebih berhati-hati dan tidak terlalu nampak anda berpihak kepada parti-parti tertentu . Dalam soal ini keburukkan lebih banyak dari kebaikanya, maka jalan terbaik adalah anda sekadar berbual mengenai parti politi yang pelanggan anda bualkan, jalan ini adalah lebih bijak dan selamat.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN INFORMASI DISNI 

No comments :