nuffnang1

.:)

Apr 7, 2013

Hari Terbuka ATM


Orang ramai yang berminat untuk mencuba sendiri senjata serta peralatan perang anggota keselamatan negara dipelawa memeriahkan Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan diadakan selama dua hari bermula 6 April depan.

       

Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid berkata, program yang diadakan sempena Hari Sukarelawan Komuniti Ketenteraan (MCVD) itu akan diadakan serentak di 39 kem di seluruh negara.

Beliau berkata, sebanyak 50,000 pengunjung disasarkan hadir memeriahkan program yang akan diadakan di tiga lokasi di Perak iaitu di Kem Syed Putra, Tambun; Stadium Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut serta di Padang Esplanade, Taiping.

Menurut Md. Dzahir, program yang bertemakan Tentera dan Rakyat Sentiasa Bersama itu antara lain bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara anggota keselamatan negara bersama masyarakat.

"Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran statik melibatkan peralatan ketenteraan serta pameran helikopter Nuri akan diadakan. Kita mahu rakyat daripada seluruh kaum hadir memeriahkannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang mempromosikan program tersebut kepada orang ramai di sekitar Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Hari Sukarelawan Komuniti Ketenteraan yang dianjurkan sebagai kesinambungan program My Beautiful Malaysia, akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuantan, Pahang pada 6 April depan.


   

Di Perak, Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir akan merasmikan program tersebut di Pangkalan TLDM Lumut manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim pula akan menyempurnakan majlis perasmian di Padang Esplanade Taiping dan Kem Syed Putra.

Dalam pada itu, Md. Dzahir berkata, pelbagai program lain telah diatur termasuklah sukan rakyat melibatkan anggota tentera dan masyarakat merangkumi tiga kategori iaitu dewasa, kanak-kanak serta pasangan.

Beliau berkata, pihak tentera turut menganjurkan program khidmat masyarakat seperti derma darah serta pemeriksaan pergigian dan kesihatan dengan kerjasama Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).


"Selain itu, terdapat juga acara senamrobik, persembahan kugiran dan artis jemputan, tarian kebudayaan serta cabutan bertuah," kata beliau lagi.


DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI DISINI 

No comments :