nuffnang1

.:)

Apr 7, 2013

Resipi Mee HokKien

Kebelakangan ini ramai sangat orang terlalu berminat marasai keenakan masakan mee hokkien dan sekarang ini ramai juga di kalangan peniaga melayu telah mulai mempelajari dan menjual mee hokkien di Pasar Malam.

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda rahsia resipi mee hokkien Pulau Pinang amat hebat dan sudah ramai peniaga melayu yang menjualnya di pasar malam dan sambutan yang di terima amat hebat sekali.

                                      

Bahan:


Bahan-bahan

500 gm mee Hokkien/mee tebal
50 gm sawi
50 gm kubis
1 sudu bawang putih- dicincang halus
2 mangkuk sup
3 ekor udang saiz sederhana
5 keping hirisan kecil ayam

Bahan Untuk Perasa

1 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil kicap
1 kecil kicap pkat
1 sudu kecil stok ayam
1/2 sudu kecilminyak bijan

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak, Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan hirisan ayam dan udang.
  • Masukkan sup dan biarkan hingga mendidih
  • Kemudian, masukkan mi, sawi dan kubis.
  • Sebatikan dengan bahan untuk perasa Kuali 3-5 minit untuk keringkan sup.
  • Tambah sedikit minyak masak.
  • Kuatkan Api hingga kuah kering
  • Sedia untuk di hidang....Selamat menjamu selera...
Post a Comment