nuffnang1

.:)

Apr 18, 2013

Permatang Pauh - Calon PRU ke-13 Pasar Malam

Demam pilihanraya kini sedang melanda seluruh Malaysia dan sentiasa hangat di perkatakan termasuklah di pasar malam, setiap hari akan ada perbincangan kedai kopi yang berkisar tentang sokongan kepada parti masing-masing dan semalam semasa kami berniaga di Stream Garden , Bukit Mertajam salah sorang calon telah mulai melawat geng-geng pasar malam dengan mengedar risalah masing-masing.

                           
                           
Perkara ini dilihat amat baik kepada kami golongan peniaga pasar malam kerana dengan adanya pamplet yang diedarkan mudah bagi peniaga pasar malam menilai dan meneliti calon-calon terbaik yang mampu memberi kebaikan kepada peniaga pasar malam.

Kalau diamati dari segi sudut lawatan calon-calon parti yang berkunjung ke pasar malam amatlah mendukacitakan pada tahun 2008 di sekitar Seberang Perai ini, malah tidak nampak langsung sesetengah calon yang ingin bertanding maka ini merupakan satu kerugian bagi calon-calon tersebut kerana rata-rata peniaga pasar malam amat mengalu-alukan kehadiran caalon-calon ini bagi menyemarakan lagi PRU yang akan datang.

Tak pastilah kalau mereka menganggap golongan kami peniaga pasar malam tidak penting dan amat bertuahlah calon yang selalu hadir dan bertanya khabar kepada kami kerana dengan cara ini ramai daripada kami akan memihak kepada calon tersebut yang kami rasakan mengambil berat hal-hal kebajikan kami .

Maka tepuk dada tanyalah selera ....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG TERHEBAT DIALAF INI KHAS BUAT ANDA

No comments :