nuffnang1

.:)

Mar 21, 2013

Relevankah Perniagaan Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua yang sentiasa menanti posting-posting terkini mendedahkan rahsia perniagaan pasar malam yang cukup menguntungkan ini.



Hari ini merupakan tarikh diumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2012 tepat jam 11 pagi tadi di kesemua sekolah di Malaysia. Ada yang gembira dan tak kurang juga yang berduka. Keputusan yang baik pasti akan membuatkan guru-guru tersenyum girang tambahan pulak sekolah yang berjaya bertahan cemerlang setiap tahun..apa tidaknya Guru besar dan guru-guru bakal menerima " Baiah" lagi huhuhu.

Tapi perkara yang akan kita bincangkan bukanlah SPM. Apa yang akan saya utarakan disini adalah relevankah lagi Pasar Malam di zaman serba moden dan canggih ini. Almaklumlah dengan wujudnya pasar-pasar besar yang kononnya barangan adalah lebih murah dan lebih berkualiti dibandingkan dengan pasar malam. Apakah jawapan anda, kita boleh sama-sama bincangkan disini.

Segala kupasan akan saya terangkan malam ini mengikut perspektif dari kaca mata peniaga.

Pasar Malam Memang Amat Relevan

1.  Pelbagai barangan dijual di pasar malam dari barangan kering, basah, makanan, minuman serta boleh di kategorikan mudah memperolehi barangan di pasar malam.

2.  Harga Makanan sebagai contoh dibandingkan dengan kedai biasa. Nasi Ayam hanya RM3.50 bebeza dengan kedai RM4.50. Bihunsup RM3.00 di kedai RM3.50 hinga RM4.00. Begitu juga dengan barangan lain berbeza dari segi harga dan kelazatanya,

3.  Saya sendiri telah berniaga di pasar malam selama 15 tahun dan kini menjadi sumber pendapatan tetap bagi saya menyara keluarga. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain dan ada juga yang telah berniaga selama 30 tahun dan mampu menyara keluarga dan mampu hidup dengan mewah.

4.  Pendapatan dengan pasar malam boleh dijana mengikut acuan anda sendiri samada banyak atau sedikit, separuh masa atau sepenuh masa mengikut kesesuaian anda tanpa perlu diarah oleh bos-bos yang garang.

5.  Masa anda bebas, tidak perlu tergesa-gesa bangun seawal pagi, bergelut dalam kesesakkan jalan raya. Habis berniaga sekitar jam 10 malam dan tidak perlu bersengkang mata sehingga ke pagi. Waktu malam anda sudah boleh bersantai bersama keluarga.

6.  Bercuti mengikut masa anda tanpa perlu memohon kepada majikan untuk bercuti.

7.  Modal yang amat sedikit mengikut jenis perniagaan anda tanpa perlu meminjam dari bank namun jika ingin membuat pinjaman bayak kemudahan pinjaman telah disediakan oleh kerajaan seperti MARA, Mikro Kredit, MTEM dan pelbagai lagi.

8.  Tapak pasar malam yang kini banyak di buka samada di sekitar penempatan anda ataupun uptown yang semakin hari semakin ramai pengunjung.

9.  Pendapatan harian yang anda perolehi setiap hari anda berniaga tanpa perlu menunggu setiap bulan seperti anda makan gaji sekarang ini.

10.  Kerajinan merupakan faktor utama kejayaan anda di pasar malam, semakin rajin anda berniaga semakin banyak keuntungan anda perolehi berbeza jika anda makan gaji .

11.  Banyak bahan-bahan rujukan berkaitan pasar malam seperti ebook dan buku-buku pendedahan teknik menjana pendapatan di pasar malam bagi mereka yang berminat dengan perniagaan ini.

Dan banyak lagi yang tidak dapat saya dedahkan disini akibat kekangan masa....

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA 

No comments :