Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Pagi tadi saya ada mengikuti ucapan PM sempena perjumpaan PM dengan penjawat awam yang di anjurkan oleh INTAN .
Pada awal ucapan PM amat menyentuh kalbu dengan isu pengorbanan anggota tentera dan polis di Lahad Datu. Dan pencerobohan ini mengorbankan sebanyak 8 nyawa. Ayat yang paling menyedihkan apabila PM melahirkan rasa sedih kepada kandungan isteri Inspektor Zulkifli yang turut terkorban dan apabila lahir nanti pasti tidak mengenali siapa bapanya.
Di atas jasa dan pengorbanan anggota polis dan tentera PM telah mengumumkan kenaikan GRED gaji untuk di selaraskan dengan perkhidmatan awam berkuatkuasa Januari 2013. Dan kenaikan GRED gaji PDRM dan ATM jarang berlaku. Tahniah buat seluruh warga PDRM dan ATM.
Semoga seluruh warga ATM dan PDRM serta keluarga mereka bersabar dengan segala dugaan dan cabaran.
PELARASAN GRED GAJI ATM/PDRM SETARA PERKHIDMATAN AWAM AM
1 . Koperal ATM/PDRM - Gred gaji 17 diselaraskan ke gred gaji 22.
2. Sarjan ATM/PDRM - Gred gaji 27 diselaraskan ke gred gaji 29.
3. Kapten ATM/Penolong Penguasa Polis - Gred gaji 41 diselaraskan ke gred gaji 44.
4. Mejar ATM/Timbalan Penguasa Polis - Gred gaji 41 diselaraskan ke gred gaji baru 46A.
5. Kolonel ATM/Penolong Pesuruhjaya Polis - Gred gaji 48 diselaraskan ke gred gaji 52.
(Sumber dipetik dari Utusan Malaysia bth 12/03/13 Selasa).
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI BUAT KAKITANGAN KERAJAAN YANG INGIN MENAMBAH PENDAPATAN
No comments :
Post a Comment