nuffnang1

.:)

Oct 13, 2011

Peniaga Pasar Malam VS Pencen



Salam dan selamat sejahtera buat anda semua..kisssssss pada semua...dah hampir seminggu rasanye saya tak buat posting kat sini..selepas jer Kerajaan Umum kan Bajet 2012 saya ingat malam tu nak postingkan kisah tentang pencen yang telah kerajaan umumkan dan faedah untuk semua kakitangan kerajaan yang berpencen...

Mungkin ada yang berpuas hati dan pastinya ramai yang kurang berpuas hati...bagi yang mendapat faedah pastinya akan mengucapkan jutaan terima kasih pada Kerajaan sekarang ini namun bagi yang tidak nampak apa pun faedah yang bakal di nikmati semestinya memberontak jadi saya tak akan persoalkan puas hati atau tidak, saya hanya ingin membicarakan soal pencen yang di nikmati oleh mereka yang berpencen.

Dengan kenaikan pencen tahunan sebanyak 2% daripada pencen asal semestinya amat menggembirakan pada pesara yang berpencen..dan dalam ramai-ramai pesara kerajaan ...orang yang paling mendapat faedah adalah mereka-mereka dari kalangan Anggota Angkatan Tentera ( ATM ) yang bersara dan dari kalangan mereka ini adalah anggota lain-lain pangkat (LLP) . Kenapa saya cakap begitu????

Ini kerana pesara tentera dari kalangan LLP akan lebih mendapat faedah kerana usia persaraan mereka amat muda, mereka berkhidmat selama 21, 22 atau 25 tahun dan faedah pencen yang mereka nikmati sebulan adalah dari purata RM1400 ke atas mengikut pangkat akhir masing-masing dan jumlah ini di ambil kira bagi yang mula berpencen pada tahun 2008 hingga sekarang. Dengan kenaikan gaji baru ini pula maka pencen anggota yang baru akan bertambah dan itulah rezeki namanya.

kalau di bezakan dengan kakitangan kerajaan yang lain sebelum ini , rata-rata kakitangan kerajaan yang dalam perkhidmatan AWAM mereka akan menjejak kaki ke usia pencen sekitar usia 58 tahun jadi faedah pencen mereka nikmati mungkin tidak lama di bandingkan dengan anggota ATM yang mula berpencen pada usia 40 tahun dan jangka masa hayat boleh mencapai sehingga ke 25 tahun lagi....

Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah menyeru kepada pesara-pesara tentera dan yang bakal bersara.. kehidupan di dunia awam tidak seindah yang di sangkakan..tidak semua yang berjaya setelah menamatkan perkhidmatan.Jadi gunakan sebaik mungkin baki wang yang akan di perolehi...cuba ubah minda dari makan gaji ke perniaagaan sendiri. Tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan tidak perlu bersusah payah mencari-cari...usahakan perniagaan Pasar Malam yang menguntungkan di sekitar kawasan penempatan anda.

Tak usahlah kita gusar kerana back-up pencen bulanan dah pun ada ..hanya perlu mencari sedikit tambahan untuk perbelanjaan anak-anak yang semakin dewasa , apatah lagi kiranya anak-anak mula melanjutkan pelajaran ke menara gading...dan jangan terlalu mengharapkan bantuan...renung dan fikirkan apa yang ingin saya selami pada jiwa anda seorang Pesara Tentera....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG MEMBONGKAR RAHSIA PASAR MALAM

No comments :