nuffnang1

.:)

Oct 7, 2011

Bangla Oohh Bangladash..POYO..3GP




Salam dan selamat sejahtera buat anda semua..dan saya yakin pada masa saya sedang mengarang di sini rata-rata penduduk Malaysia sedang menghadap Telivisyen atau pun sedang on9 untuk menyaksikan pembentangan Bajet 2012.

Rata-rata penduduk Malaysia mengharapkan sesuatu dari bajet kali ini dan masing-masing inginkan yang terbaik pada diri masing-masing samada dari sumber pendapatan bulanan, elaun, perbelanjaan dan sebagainya.

kalau di tanya pada semua pastinya yang makan gaji, nak kan gaji naik, elaun naik dan bagi peniaga nak kan barang murah.Dan bagi yang bersara pulak nakkan pencen bulanan naik... semua itu sama-sama kita saksikan nanti ..

Ok berbalik kepada tajuk saya di atas berkenaan Bangla ni..ceritanya begini, semalam saya berniaga di Pasar Malam Tasek Glugor yang terletak di dalam Kampung, namun ramai pelanggan di situ.

Dalam pada rancak berniaga kami terdengar kekecohan nun di hujung tempat parking moto, mulanya saya dan anak buah tak ambik kisah langsung, tapi selepas itu datang sorang customer memaklumkan anak sorang Mat Bangla kena belasah dengan orang kampung sampai bersembur darah.

Siasat punya siasat baru lah kami tahu cerita sebenarnya perihal mat bangla ni kena belasah. Mat Bangla ni lebih kurang kita boleh gelarkan " SEX MANIAC "...gila sex dalam bahasa Melayu. Dah hampir 3 minggu dia dok buat kerja tak senonoh kat pasar malam ni, setiap kali dia lalu kat pasar malam Tasek Glugor bila mana bertembung saja dengan wanita, tak kira lah anak dara ke, bini orang ke, nenek orang ke..dia akan beraksi lucah...nak tau apa aksi lucah yang dia buat..hahahahhahha lawak lawak, dia boleh keluarkan "ANU" dia dan tunjukkan pada mangsa-mangsa dia ..adusssss..padan muka la kena belasah pun ..baru ada akai....hahhahha

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DENGAN SEGERA DISINI
Post a Comment