nuffnang1

.:)

Jul 9, 2008

Kenapa? Anda Gagal Dengan Pasar Malam

Salam....pernahkah anda terfikir kenapa aku masih gagal dengan perniagaan yang mudah diPasar Malam?

Cuba tanya pada diri anda sendiri...dimanakah silapnya, sedangkan aku dah lama berniaga ...budak-budak yang baru masuk berniaga sekarang ni cukup hebat dan jualan mereka cukup laris...terfikirkah anda apa kesilapan diri anda.

Ok, saya ada sedikit tip dan panduan untuk anda meningkatkan jualan anda:

1. Mungkin anda dah berniaga hampir 10 tahun atau lebih, maka mungkin cara perniagaan anda masih lagi sistem lama , dari segi persembahan anda iaitu layout, susun atur dan gaya anda.

2. Ubah cara anda mengikut trend sekarang di zaman mellinium dengan upgredkan susun atur barangan anda, misalnya anda menjual keropok Lekor...mungkin dulu keropok dilonggok didalam talam aluminium tetapi sekarang stail baru..semuanya dilonggokkan kedalam bakul rotan berbentuk leper, dan keropok Lekor juga dimasukkan ke dalam "Cup" seperti jagung.

3. Tukar lapik meja hadapan anda dengan warna yang terang samada merah, kuning atau biru dengan hanya satu warna sahaja...kalau dulu mungkin lapik meja anda berwarna-warni tetapi zaman sekarang tak relevan lagi.

4. Penampilan diri anda sendiri, mungkin kini usia anda sudah meningkat tua (veteran) tetapi cara pemakaian anda jangan terikut-ikut seusia anda kerana pembeli akan melihat keterampilan peniaga itu sendiri...jangan malu untuk memsukkan baju kedalam seluar anda ..dan pasti anda kelihatan segak...

5. Layanlah pelanggan dengan bersungguh-sungguh, walaupun pelanggan sekadar bertanya dan dengan penuh senyuman ikhlas!!!!

Nak lagi...he he he


No comments :