nuffnang1

.:)

Jul 18, 2008

Adakah Kenaikkan Minyak Dan Barangan Membebankan Peniaga Pasar Malam


Salam.....Adakah kenaikkan minyak dan barangan membebankan peniaga Pasar Malam ?

Mungkin sedikit sebanyak membeban kami golongan peniaga Pasar Malam tetapi kita perlu jugak mendapatkan stok untuk meneruskan perniagaan ini...mahal ke? harga minyak naik ke? terpaksa kita teruskan juga perniagaan untuk menyambung duit poket yang akan sentiasa mengalir keluar..

Tetapi cuba anda perhatikan sikap atau gaya hidup masyarakat Malaysia...kebiasaannya jika timbul sesuatu isu baru, perkara ini hanya akan panas atau hangat di perkatakan dalam tempoh seminggu atau sebulan 2 sahaja...macam sekarang ni semua kenderaan saya lihat dah bergerak macam biasa di jalan-jalan raya dan jambatan Pulau Pinang pun dah makin sesak...inilah sikap rakyat Malaysia..akan lupa dalam dalam sekelip masa tentang harga minyak yang mahal...

Begitulah juga dengan kami peniaga Pasar malam ni yang rata-rata sekarang ni dah boleh tersenyum lebar kembali kerana kuasa membeli rakyat Malaysia tidak tersekat dan kembali normal . Contohnya baru-baru ni Persatuan Pengguna Melancarkan hari tidak berbelanja pada 16/7/08...namun apa yang saya perhatikan aktiviti perniagaan Pasar Malam berjalan seperti biasa dan jualan bihun sup saya tetap habis macam biasa jugak...justeru itu anda perlu mengambil satu sikap yang positif..setiap orang tetap akan membeli makanan . Pakaian mungkin dapat di tahan dari dibeli tetapi makanan adalah keperluan untuk hidup...

Dikala zaman inflasi yang merudum ini...saya kekadang terasa sedih dengan sikap segolongan manusia yang masih lagi malas untuk mencari pendapatan tambahan dengan membuat kerja part time dan lebih suka menjadi pemalas dan suka melepak ...bila duit tak cukup mula menyalahkan pelbagai pihak dan termasuk menyalahkan kerajaan...apa yang perlu kita lakukan sekarang ni jangan menunding jari pada sesiapa tetapi terus berusaha menambah pendapatan untuk keluarga kita dengan mencari perkerjaan part time sebagai contohnya anda boleh berniaga di Pasar Malam......

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PADAT DENGAN MAKLUMAT DISINI

2 comments :

hazrinphixel said...

yaa.. aku suka baca blog hang ni. cerita pasai jutawan pasar malam. aku ni sebenaqnya dah bosan baca cerita2 pasai jutawan internet... web jutawan2 internet tu semua tak baguih mana pun. tapi nak jadi jutawan. mcm mana org nak join. tapi blog hang ni baguihh... ada bihun sup.. kalau hang kata nak jadi jutawan pun aku tak kisah la. pasai hang juai bihun. sedap aku tgok gambaq bihun hang.

Aree Tone WoW said...

Salam..bro hazrinphixel..semoga tuan sihat walafiat dan di murahkan rezeki..

Memang benar seperti kata bro..tentang jutawan Internet ni..saya tak nak la memperlekehkan sesiapa takut nanti dikatakan anti sesuatu produk pula...apa yang boleh saya katakan dengan berusaha membuat perniagaan fizikal dan yakin serta tekun...insyaallah akan tercapai cita-cita kita...teruskan memberi sokongan kepada saya...terima kasih..