nuffnang1

.:)

May 25, 2008

Bagaimana Nak Ambil Hati Pelanggan


Salam.... saya yakin anda tentu minat berniaga atau sudah pun mempunyai perniagaan sendiri. Apa yang penting sekali dalam perniagaan ini adalah pelanggan dan tanpa pelanggan , perniagaan anda tidak bermakna!

Saya yakin ada diantara pelanggan anda yang cukup cerewet dan bak kata orang penang ... banyak songeh he he he. Tapi itu tak mengapa kerana memanglah perangai pelanggan ni nak beli semuanya nak murah jer dan mereka sebenarnya tidak tahu langsung yang harga barang kini dah melambung naik dengan mendadak, sebagai contoh dalam 2 hari lepas bihun pek 5 kilo saya beli dengan harga RM11.80 tetapi semalam naik mendadak dengan harga RM14.50... bayangkan kalau anda guna 4 pek sehari dan didarab dengan RM14.50 dah tentu lebihan modal anda sebanyak RM15.20 sehari.

Oleh kerana kita ni peniaga so terpaksalah kita beli dan berniaga jugak walaupun kita sedar risiko yang di tanggung. Macam jugak pelanggan saya selalu cakap.. "apa ni Aree! makin lama makin sikit bihun".. tapi itu tak mengapa , anda jangan sekali-kali kondem mereka ni.. jawab secara lembut atau bergurau " Alamak, bang la ni barang naik mendadak tapi tak per, abang punya pasal saya akan letak lebih sikit" ini adalah ayat power untuk trick mereka tetapi dalam masa yang sama barang-barang tu anda letaklah macam biasa... ini bertujuan untuk mengelakkan mereka berkecil hati dengan anda.... sambil tersenyum katakan lagi " abang, baru balik kerja ker" pandai-pandai ler anda buat cerita agar mereka jadi peramah dengan anda... semoga anda berjaya...

No comments :