nuffnang1

.:)

Sep 4, 2008

Ramadan Ke Empat

Salam..terima kasih kepada sahabat yang setia mengikuti perkembangan perniagaan Bazaar Ramadan saya yang masuk hari ni dah empat hari saya berniaga di Bazaar Ramadan.

Hari ni hujan turun macam biasa tapi kurang lebat sekadar renyai-renyai dan betullah kata kawan saya yang bulan September ni musim hujan dan kalau kita perhatikan di luar negara sampai banjir...tapi saya bersyukur kat sini masih lagi dalam keadaan normal dan tak banjir.

Suasana di bazaar Ramadan hari ni agak sibuk sedikit dan mungkin pelanggan dah dapat mencari apa yang mereka mahukan dan mereka mula "stick" pada satu-satu benda sahaja kerana mereka dah dapat lokasi menu yang mereka cari jadi mereka tak perlu lagi tercari-cari . Mereka akan terus ke gerai yang mereka kehendaki.

Hari ni bihunsup gear box saya mendapat sambutan hangat dari jam 5 petang hingga jam 6.45 petang semua habis dijual..alhamdulillah syukur. Tambahan pulak hari ni saya menambakan lagi menu kueh talam dari 8 talam ke 11 talam, saya juga tambahkan lagi kueh lompang dan kueh tako dari 150 ke 200 kueh tako dan 100 kueh ketayap....rupanya orang memang minat dengan kueh tako dan lompang ni...jam 6.30 dah selesai dijual....anak buah saya tak menang kaki tangan he he he....

Simpanan saya hari ni juga meningkat ke RM700 dan saya akan terus berusaha lagi esok meninggkatkan pendapatan jualan bagi tahun ini. Semoga tuan-tuan akan dapat motivasi dari apa yang saya ceritakan disini bagi membina perniagaan tuan-tuan nanti insyaallah. Penat memang ler penat berniaga di bulan Ramadan ni tetapi segala kepenatan tu akan hilang dengan keuntungan yang kita dapat.

Satu rahsia saya nak kongsi dengan anda tentang bazaar ramadan ni adalah ..dengan ikhlas saya nyatakan...berniaga di bazaar ramadan ni susah skit nak rugi coz ramai pengunjung tambahan pulak anda dah lama berniaga di Pasar Malam jadi orang dah biasa dengan menu kita dan mereka akan cari anda walau dimana pun anda berada ..kalau kurang yakin anda boleh mencuba berniaga tahun hadapan..insyaallah anda akan dapat rasai apa yang saya katakan....

Kalau kat pasar malam tu..kekadang ada jugak ruginya coz bila hujan orang akan kurang keluar membeli dan mereka akan dapatkan di tempat lain tetapi di bulan ramadan hujan atau tidak tumpuan mereka tetap kat bazaar ramadan dan mereka akan berpusu-pusu datang mencari juadah berbuka puasa...

Setakat ni dulu cerita saya untuk hari ini dan kita jumpa lagi esok..salam

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SECARA PERCUMA

Sep 3, 2008

Hari Ketiga Ramadan

Salam..diam tak diam masuk hari ni dah 3 hari kita berpuasa dan bermakna dah 3 hari saya berniaga kat Bazaar Ramadan. Hari ni alhamdulillah cuaca cukup cantik dan hujan dah tak turun lagi...nyaman jer suasana berniaga hari ni..nak kata panas tak ler panas sangat dan nak kata redup tak ler redup sangat..sedang-sedang elok la.

Hari ni saya dah beli lagi 6 Loyang untuk kueh talam dan esok pastinya saya akan dapat lagi 2 stok tambahan kueh talam ni ...dan saya pun dah tempah 200 kueh tako...anda tahu tak apa dia kueh tako ni....nanti kalau ada masa saya akan cerita..

Rentak perniagaan hari ni cukup stabil dan memberangsangkan , mungkin juga faktor cuaca....kueh talam agak slow skit tapi alhamdulillah habis dijual...yang syoknya bihun sup gear box saya,...selamat habis dijual dan saya berjaya catatkan keuntungan melebihi dari pendapatan semalam jadi saya bank in kat akaun lebih skit ler...

Mat Anas..anak buah saya yang nampak kurang sihat semalam pun dah kembali cergas hari ni....mungkin sebab baru berpuasa kot semalam.

Saya ada satu cerita untuk anda...tadi lepas berniaga saya singgah kat kedai mini market Lai Lai tempat selalu saya borong barang...nak jadi cerita masa saya dalam kedai tu ..saya ada ternampak seorang remaja berpakaian purdah berselisih dengan saya berjalan keluar tetapi tiba-tiba dia masuk semula dan mungkin nasib dia tak baik...satu tin susu tepung untuk kanak-kanak terjatuh ..apa lagi kelam kabut dia lari..dan diluar ada sebuah proton Waja sedang menanti dan tak sempat security tangkap...kemudian saya ternampak seorang lelaki yang cuba menghalang security dari menangkap wanita berpurdah tadi....saya apa lagi saya terus tangkap dan kilas tangan mamat tu ke belakang dan soal dia , kenapa dia menghalang security tadi? ..maka macam-macam alasan dia bagi..saya pun suruh pengurus mini market tu call polis!!

Macam-macam hal ..pakai purdah pun songlap barang dalam bulan puasa pulak tu dan di kenal pasti wanita melayu..apa nak jadi la zaman ni..tak hormat langsung bulan puasa..semua ni nak menjatuhkan martabat orang Islam di mata kaum lain...

Ok..setakat ini dulu yer ..esok kita jumpa lagi...salam


DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA YANG PENUH DENGAN INFORMASI DISINI

Hari Kedua Ramadan

Salam...hari ini masuk hari kedua Ramadan saya berniaga di Bazaar Ramadan. Hujan terus turun mulai jam 2.30 petang dengan renyai-renyai sehingga pukul 6 petang..musim hujan la kot dalam bulan September ni namun begitu aktiviti perniagaan berjalan macam biasa. Cuma hari ni pengunjung agak perlahan dalam pukul 4 hingga 5 petang...maklum ler hari berkerja katakan!

Tapi mulai jam 5.30 pengunjung mula nampak berpusu-pusu membanjiri Bazaar Ramadan kat Perda ni dan mula ler perniagaan ku nampak sibuk sehingga la dah pukul 7 petang ...semua jualan bihun sup dan kueh talam aku selamat habis dijual..alhamdulillah...

Hari ni sorang pekerja aku...Mat Anas dah mula nak pitam he he he...baru masuk hari kedua...asyik kena usik ler dia ni dengan pekerja yang lain..katanya semalam kena hujan pasai tu ler dia rasa nak demam...tapi aku tak kisah...dah lumrah la time puasa ni .

Saya minta maaf pada kawan-kawan kat forum tu sebab saya tak sempat nak reply pada semua soalan yang diajukan coz dibulan Ramadan ni saya tak boleh online lama-lama pasai badan sedikit terasa letih dan kena tidur awal....jaga kesihatan he he he..

Ada yang bertanya berapa saya dapat dengan jualan di Bazaar Ramadan ni sehari...tentang duit masuk ni saya tak nak ulas panjang coz pengalaman lepas mengajar saya kerana saya tak nak ada di kalangan forumer mengatakan saya ni asyil cakap pasal untung jer tapi rugi tak nak cerita...bagi saya pendapatan dari jualan tak penting untuk saya ulaskan tetapi apa yang penting berapa simpanan saya dapat lakukan sehari dalam Maybank2u . Ok secara ringkasnya saya nyatakan semalam saya dapat simpan dalam bank RM500 dan hari ini juga RM500 ..alhamdulillah dan saya jangka tahun ni jualan pasti meledak.....

Insyaallah kalau nak belajar dan berniaga di Pasar Malam atau Bazaar Ramadan suatu hari nanti saya boleh ajarkan..dan jadilah orang yang bebas kewangan...

Jumpa lagi esok....salam

DAPATKAN EBOOK PERCUMA DENGAN RAHSIA SUP GEAR BOX ANDA DISINI SEKARANG

Sep 2, 2008

Ramadan Pertama

Salam..hari ini merupakan Ramadan pertama saya berniaga di Bazaar Ramadan..hujan mulai turun jam 2 petang tanpa henti, tak lebat sangat cuma renyai-renyai tetapi sudah pasti menyebabkan peniaga-peniaga di Bazaar Ramadan naik kecut he he he...ditambah pula jatuh cuti umum ganti ahad hari Kemerdekaan Negara yang ke 51 tahun.

Awal pagi saya telah dikejutkan olen anak makcik kueh talam yang saya langgan bila dia call bagitau tak dakstok coz mak di sakit masuk hospital...apa boleh buat cuma saya doakan makcik tu cepat seembuh. Nasib baik otak saya cepat berjalan dan saya teringatkan alternatif kedua untuk dapatkan stok kueh talam kat Kampung Pertama dengan abang yang selalu berniaga kat Pasar malam Alma...alhamdulillah abang dan kakak tu memahami jadi dia dapat support saya untuk 7 talam.

Esok saya akan tempah loyang ( acuan ) untuk buat kueh talam ni lagi 6 dan saya akan dapat 12 jenis kueh talam dan yang saya teruja tadi dapat satu kueh talam dengan nama kueh "Rasidah" pertama kali dengar...dan customer pun tertanya-tanya gak tapi saya tak sempat rasa coz kul 6 semua 7 talam kueh ni dah abis dijual. Satu perkara yang menarik adalah pada kali ni tak ramai yang jual kueh muih sebab saya dengar cerita tepung mahal dan susah nak dapat stok so orang tak berani buat..cuma yang ada pada kali perang lauk pauk....he he he....bagi jualan bihunsup plak saya merupakan peniaga tunggal kat situ...punya ler syok ...dalam hujan-hujan pun meledak jualan bihun sup ni..alhamdulillah...dan saya jangka esok hari bekerja akan pasti lebih meledak coz masing-masing tak sempat nak masak... yang datang membeli saya tengok ramai diantaranya adalah customer-customer setia yang setiap tahun akan datang..ditambah pula "Hyper Market Jusco" baru buka kat sini minggu lepas...fuh ramai betul orang....

Ok...kita sambung esok yer dan saya akan ceritakan setiap hari kisah perniagaan di Bazaar Ramadan ni selama 28 hari berterusan coz hari ke 29 dan 30 saya cuti buat persiapan raya....jumpa esok..bye

DAPATKAN EBOOK RAHSIA PERNIAGAAN PASAR MALAM DI BONGKAR DISINI